BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label PBB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PBB. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 01, 2012

Virus Flame - Isyarat Baru Perang Siber

Awas virus Flame: PBB
Disediakan oleh Berita Harian

BOSTON: Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membantu negara anggota melindungi infrastruktur nasional, memberi amaran mengenai bahaya virus Flame yang baru-baru menyerang komputer di Iran dan tempat lain di Asia Barat.

“Amaran ancaman siber ini adalah yang paling serius,” kata Marco Obiso, koordinator keselamatan siber Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) PBB di Geneva. Amaran sulit itu akan memaklumkan negara anggota bahawa virus Flame adalah alat perisikan berbahaya yang berpotensi digunakan untuk menyerang infrastruktur kritikal, katanya ketika ditemuramah kelmarin. “Mereka perlu berada dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya, menambah bahawa beliau percaya Flame kemungkinan dibangunkan untuk negara tertentu.

Amaran itu adalah isyarat terbaru satu era baru peperangan siber sudah bermula selepas serangan virus Stuxnet 2010 yang menyasarkan program nuklear Iran.

Amerika Syarikat secara terang-terang berkata buat kali pertama tahun lalu bahawa ia berhak bertindak menggunakan kekerasan jika menghadapi serangan siber.

Bukti menunjukkan virus Flame mungkin dibina satu atau negara yang melancarkan cecacing Stuxnet untuk menyerang program nuklear Iran pada 2010, menurut Kaspersky Lab, pembuat perisian keselamatan siber Russia yang menemui Flame.

“Saya fikir ia adalah ancaman lebih serius berbanding Stuxnet,” kata Obiso. Katanya, ITU akan membangunkan satu program untuk mengumpul data, termasuk sampel virus, bagi mengesan penyebaran Flame di seluruh dunia dan memantau sebarang perubahan dalam komposisinya.

Kaspersky Lab menemui Flame selepas ITU memintanya menyiasat laporan terbaru Tehran bahawa satu virus misteri bertanggungjawab atas kehilangan data besar-besaran dalam sesetengah sistem komputer Iran. – AF

Khamis, November 10, 2011

Berikan Palestin Satu Undi Lagi

Satu Undi Lagi
Sajak oleh Amiene Rev (C) 2011

Berikan Palestin satu undi lagi,
biar tamat cerita derita
dalam hati tanpa sengketa
biar tipis air mata
cuma tinggal rindu lalu


Menteri Luar dedah masalah dapat sokongan di Majlis Keselamatan PBB 
Dipetik daripada Berita Harian 

RAMALLAH: Pemimpin Palestin buat kali pertama mengaku tidak mendapat sokongan mencukupi dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengiktiraf negara Palestin yang merdeka. Kenyataan itu dikeluarkan ketika Majlis Keselamatan PBB menerima laporan menyebut belum ada kata sepakat di kalangan 15 negara anggotanya mengenai permohonan menjadikan Palestin anggota baru badan dunia itu. Sembilan undian diperlukan untuk kelulusan tetapi mana-mana lima negara anggota boleh menggunakan kuasa veto iaitu Amerika Syarikat, Russia, China, Perancis dan Britain. Amerika dan Israel menegaskan negara Palestin hanya boleh wujud menerusi rundingan. Menteri Luar Palestin, Riad Malki, memberitahu agensi berita kelmarin: “Jelas sekarang, kami tidak akan memperoleh sembilan undi kerana campur tangan Amerika.” Namun, mereka masih boleh memohon kepada Perhimpunan Agung PBB. Palestin memulakan usaha mereka di PBB September lalu, membayangkan kemarahan berhubung rundingan damai dengan Israel tergantung. Terdahulu, 15 negara anggota Majlis Keselamatan tidak mencapai kata sepakat berhubung permohonan Palestin menganggotai PBB, menurut deraf laporan diedarkan kelmarin. Laporan empat muka surat itu yang diperoleh Associated Press menyebut anggota majlis terbahagi antara mereka yang menyokong keanggotaan Palestin, mereka yang tidak dapat menyokongnya sekarang dan mereka yang menentang kerana percaya permohonan tidak memenuhi kriteria keanggotaan. Selepas menilai deraf laporan, Duta Portugal ke PBB, Jose Filipe Moraes Cabral, yang menjadi Presiden Majlis Keselamatan, merumuskan jawatankuasa kemasukan tidak dapat membuat cadangan sebulat suara kepada Majlis Keselamatan. Lima belas negara anggota itu, yang mengandungi jawatankuasa kemasukan, diberi deraf berkenaan untuk menilai dan diminta memberikan sebarang cadangan menjelang semalam. “Kami akan meneliti sama ada akan memindanya lagi,” kata Duta Perancis ke PBB, Gerard Araud. Jawatankuasa kemasukan penuh dijangka mengadakan pertemuan esok, dan diplomat berkemungkinan meluluskan deraf berkenaan dan menghantarnya kepada Majlis Keselamatan. Apa yang akan berlaku seterusnya masih samar. Salah satu penyokong Palestin dalam majlis berkenaan, berkemungkinan Lubnan atau Afrika Selatan, akan menyerahkan resolusi mencadangkan keanggotaan Palestin diundi dalam badan itu, kata diplomat yang enggan dikenali. Bagi membolehkan resolusi itu diterima majlis, ia memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong dan mesti mengelak veto daripada mana-mana anggota tetap iaitu Amerika, Russia, China, Britain dan Perancis. – AFP