BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Berita Johor Bahru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Johor Bahru. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 21, 2018

London Musical Circus - MCM Studio, Capital City Mall, Johor Bahru (Ogos 2018)

Saya sempat menonton London Musical Circus sekitar 2 jam di MCM Studio, Tingkat 7, Capital City Mall, Tampoi, Johor Bahru. Capital 21 merupakan taman tema di dalam bangunan (indoor theme park) terbesar di Asia Tenggara. Dengan tiket RM40, beli 1 percuma 1, harganya lebih kurang sama dengan harga tiket menonton wayang. London Musical Circus akan berlangsung dari 18 Ogos 2018 hingga 28 September 2018.

Antara persembahan yang menarik adalah persembahan menukar baju dalam sekelip mata selepas ditabur kepingan bercahaya dan juga selepas melalui tirai atau bekas, persembahan akrobatik, persembahan aksi motosikal di dalam sangkar, lagu-lagu dari filem The Greatest Showman dan lain-lain lagi.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya rakam sepanjang berada di London Musical Circus yang pertama di Malaysia.












Di bawah ini adalah gambar dalaman bangunan Capital City Mall yang masih belum dibuka sepenuhnya. Bangunannya kelihatan sangat menarik dari segi rekabentuk. Dikatakan akan menggabungkan sekitar 21 suasana bandaraya dari serata dunia.


Selasa, November 27, 2012

Berita Johor Bahru - Johor Bahru News

Berita Johor Bahru - Johor Bahru News
Blog: http://beritajohorbahrunews.blogspot.com

Blog Berita Johor Bahru - Johor Bahru News adalah blog dwi bahasa yang khusus untuk menyampaikan maklumat dan berita berkaitan dengan sebarang peristiwa yang berkaitan dengan Negeri Johor, khususnya Johor Bahru. Menerusi blog ini, pelbagai informasi yang diperlukan oleh para pengunjung dan pelancong untuk pergi ke Johor Bahru.

Blog Berita Johor Bahru - Johor Bahru News ini masih dalam peringkat percubaan. Sehingga ulasan blog ini ditulis, blog ini masih belum begitu sempurna tetapi berupaya untuk membantu para pelancong dan pengunjung untuk mengunjungi Negeri Johor.

Antara maklumat yang dimuatkan di dalam Blog Johor Bahru - Johor Bahru News ini termasuklah tempat-tempat menarik, maklumat pengangkutan, tempat-tempat membeli-belah, aktiviti tahunan peringkat daerah dan negeri dan berita-berita semasa.