BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Disember 31, 2010

Kata-kata Hikmah - Pengubah Dunia

You must be the change you wish to see in the world.

– Mahatma Gandhi

Khamis, Disember 30, 2010

Jadual Gaji Kakitangan Awam Kerajaan 2011

Atas permintaan beberapa orang pengunjung blog Duke Amiene Rev, di sini disiarkan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2011 berdasarkan Lampiran A Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2010.

Jumaat Cuti Umum - Piala AFF Suzuki 2010 Milik Malaysia

Hari Jumaat 31 Disember 2010 Cuti Umum - Piala AFF Suzuki 2010 milik Malaysia

Sebagai menghargai kejayaan Pasukan Bola Sepak Malaysia sebagai Juara Piala AFF Suzuki 2010 kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat (31 Disember 2010) ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Malaysia akhirnya berjaya menjadi Juara Piala Suzuki AFF 2010 setelah mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2. Nampaknya tiada lagi isu laser dibangkitkan dengan kejuaraan kali ini.

MALAYSIA 4 : 2 INDONESIA - Tirai Akhir Tahun 2010 ditutup dengan penuh gaya.

Juara : USD100,000
Naib juara : USD50,000


REKOD KEJUARAAN DAN KEMENANGAN PIALA AFF SUZUKI 1996-2010
  • 1996 - Thailand menewaskan Malaysia 1-0 di Singapura
  • 1998 - Singapura menewaskan Vietnam 1-0 di Hanoi
  • 2000 - Thailand menewaskan Indonesia 4-1 di Bangkok
  • 2002 - Thailand menewaskan Indonesia 2-2 (4-2 pens) di Jakarta
  • 2004 - Singapura menewaskan Indonesia 5-2
  • 2007 - Singapura menewaskan Thailand 3-2
  • 2008 - Vietnam menewaskan Thailand 3-2
  • 2010 - Malaysia menewaskan Indonesia 4-2 (agregat)

PETIKAN BERITA:
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Dis 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki rabu malam. – BERNAMA

Mutiara Kata - Imaginasi

All the breaks you need in life wait within your imagination, Imagination is the workshop of your mind, capable of turning mind energy into accomplishment and wealth.

– Napoleon Hill

Rabu, Disember 29, 2010

Mutiara Kata - Membuat Pilihan

You and I are essentially infinite choice-makers. In every moment of our existence, we are in that field of all possibilities where we have access to an infinity of choices.

– Deepak Chopra

Selasa, Disember 28, 2010

Mutiara Kata - Motivasi Diri

To be yourself in a world that is constantly trying to make you something else is the greatest accomplishment.

– Ralph Waldo Emerson

Isnin, Disember 27, 2010

Kata-kata Hikmah - Masa

Know the true value of time; snatch, seize, and enjoy every moment of it. No idleness, no delay, no procrastination; never put off till tomorrow what you can do today.

– Earl of Chesterfield

Ahad, Disember 26, 2010

Kata-kata Hikmah dan Motivasi

Finish each day and be done with it. You have done what you could; some blunders and absurdities have crept in; forget them as soon as you can. Tomorrow is a new day; you shall begin it serenely and with too high a spirit to be encumbered with your old nonsense.

– Ralph Waldo Emerson

Sabtu, Disember 25, 2010

Menjelang Lembaran Baru 2011

Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, saya ingin memaklumkan terlebih dahulu mengenai surat-surat pembaca atau lebih tepat, surat-surat elektronik yang telah saya terima daripada para pembaca blog Duke Amiene Rev. Terima kasih saya ucapkan di atas surat elektronik yang telah anda kirimkan kepada saya. Hari ini saya dapat melihat semuanya, dan memang saya tahu masih banyak yang belum sempat saya balas.

Kedua, saya meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi kehendak peminat-peminat blog saya, di mana identiti saya sebagai Amiene Rev adalah rahsia. Ini kerana saya tidak suka mendedahkan apa-apa tentang dunia realiti saya dan itu bermaksud diri saya juga. Malah, saya juga tidak mempromosikan blog saya kepada rakan-rakan saya di dunia realiti. Bagi saya, blog saya adalah satu dimensi yang berbeza. Tidak seronoklah menulis blog jika saya mendedahkan diri saya di sini. Lagi pun, saya bukanlah jenis yang suka mempromosikan diri, jauh sekali menginginkan populariti. Saya lebih suka mempromosikan blog saya kepada orang-orang yang jauh, yang bukan terdiri daripada mereka yang berada di persekitaran saya. Saya begitu perahsia orangnya.

Saya tidak pernah memberitahu di dalam blog saya tentang di mana saya tinggal secara jelas, apakah pekerjaan saya, dan apakah status saya yang terkini. Ini kerana saya sememangnya tidak suka dikenali. Sebagai blogger, apa yang saya utamakan ialah tulisan saya dan bukan hal-hal peribadi saya. Tulisan saya adalah ulasan saya berkenaan hal-hal di dunia dan juga di akhirat. Semoga ini menjawab pertanyaan beberapa orang peminat blog Duke Amiene Rev. Semoga anda yang bertanyakan soalan ini dapat menerima jawapan ini.

Orang yang tahu mengenai siapa diri saya cuma penerbit-penerbit akhbar, majalah dan buku-buku yang tertentu sahaja. Itu pun atas dasar urusan 'profesional' atau urusan kerjaya. Saya akui saya pernah beberapa kali dihubungi oleh pihak media, akhbar dan malah penerbit besar itu sendiri. Namun sekali lagi saya beritahu, saya adalah seorang yang low profile. Saya pernah menghadiri majlis ilmu di mana terdapat ramai orang-orang terkenal dan di situ saya masih tidak memperkenalkan identiti saya. Bagi saya, dunia blogger, dunia penulisan dan dunia realiti saya adalah dua perkara berbeza yang semakin dirahsiakan semakin bagus.

Hal di dunia nyata dan hal blogger adalah dua perkara berlainan. Ada orang pernah bertanya dan meminta alamat blog saya di dunia nyata, tidak saya layan. Ada yang berasa pelik kenapa saya tidak mahu memberikan alamat blog saya sedangkan ramai blogger suka memberikan alamat blog mereka kepada kawan-kawan mereka.

Jawapan saya cuma ini, saya mahukan privasi dan pada masa yang sama saya tidak dapat berdiam diri apabila melihat terlalu banyak isu yang kelihatan tidak terubat atau terbiar. Saya juga kasihan melihat ramai manusia dilanda masalah dan tidak berpeluang untuk menyuarakan luahan hati mereka, maka saya wujudkan ruangan tersebut di blog saya.

Asalnya, saya memiliki sebuah web forum sahaja. Temanya "Find Your Destiny Through Unity" dan "Cari Kawan dan Kaunseling" yang bertujuan membantu individu-individu yang mengalami masalah peribadi atau jiwa yang serius. Alhamdulillah, sepanjang beberapa tahun laman forum itu dihidupkan, terdapat beberapa individu yang bermasalah berjaya menemui haluan hidup mereka. Kemudian saya mendapati satu perkara berkaitan internet, yang kalau tidak dibendung boleh mendatangkan ketagihan. Lalu saya meminta semua ahli forum tersebut supaya tidak menumpukan sangat terhadap laman forum saya, dan saya menarik diri supaya ahli-ahli yang lain juga berbuat begitu. Hal ini ada saya ceritakan dalam salah satu edisi majalah elektronik Amiene Rev E-Zine saya.

Ini kerana saya tidak mahu mereka menghabiskan banyak masa di depan komputer. Lebih baik mereka tumpukan hal-hal di dunia realiti. Lalu kemudian, saya muncul kembali secara tunggal menerusi blog Duke Amiene Rev. Biarpun begitu, saya dapati masih ramai individu yang masih mahu membantu, menjadi sukarelawan. Terima kasih.

Saya tidak tahu kenapa ramai orang sudi mengikuti saya. Namun saya tahu, mereka ini semuanya ikhlas mahu membantu saya. Itu pun saya hadkan juga. Saya percaya, setiap orang berhak mencipta laluan sendiri, dan mungkin kita akan sama-sama bertemu dalam laluan tersebut. Jika haluan kita sama, mungkin, ya, mungkin itu ada baiknya. Perjuangan yang seiring.

Di sini saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca, pada tahun 2011, saya ternyata akan lebih sibuk. Jadual saya semakin padat. Untuk membaca surat pembaca, saya selalunya akan membacanya apabila saya berada dalam keadaan damai atau tenang. Ini memudahkan saya untuk menghayati masalah atau luahan yang dikirimkan oleh pembaca. Cuma satu sahaja, saya sangat pantang apabila orang menulis surat kepada saya dengan menggunakan Bahasa SMS. Semasa zaman aktif web forum Dragonizer, kerap kali saya mengingatkan ahli-ahli supaya menggunakan Bahasa Melayu Standard dan ejaan yang betul. Alhamdulillah, ahli-ahli pada ketika itu menghormati permintaan saya.

Memang saya akui, saya banyak bersabar apabila membaca surat-surat pembaca. Pada fikiran saya, mereka ada masalah dan perlu saya bantu. Namun cara penulisan surat menggunakan tanda baca, ejaan dan Bahasa SMS menyebabkan surat tersebut susah untuk dibaca. Semoga peristiwa penulisan surat seperti itu tidak berulang lagi. Kadang kala saya lebih kagum dengan orang Barat yang apabila menulis surat, mereka menulis dengan sopan walaupun mereka menceritakan masalah mereka. Lihat sahaja blog-blog mereka. Mereka menyanjungi bahasa ibunda mereka. Kenapa tidak orang Malaysia? Semoga semua pembaca akan semakin mencintai bahasa kebangsaan.

Tahun 2011 bakal menjelma. Saya tidak pasti saya akan ada banyak masa lapang lagi selepas ini, kerana selepas ini, saya perlu banyak membuat persediaan untuk ke tahun 2011. Apa pun saya memohon maaf kepada semua pihak jika saya ada terkasar bahasa atau tersilap kata dalam penulisan saya sehingga ke hari ini, dan semoga bertemu lagi pada tulisan yang akan datang!

Salam hormat,
Amiene Rev

Jumaat, Disember 24, 2010

Kepada Para Pengunjung dan Pembaca Blog Duke Amiene Rev

Salam sejahtera buat para pembaca blog Duke Amiene Rev yang terdiri daripada pelbagai golongan kaum, agama dan usia. Sejak dari tahun pertama blog ini diperkenalkan, saya telah menggunakan Haloscan, yang mempunyai sistem mengesan lokasi pemberi komen di blog ini.

Berkenaan Haloscan
Di sini saya memaklumkan kepada anda semua, sekitar bulan Disember tahun 2009, Haloscan telah menamatkan perkhidmatan percumanya. Sejak itu ECHO telah mengambil alih pengurusan Haloscan. Pembantu saya ada memberitahu saya terdapat banyak komen yang dihantar menerusi ECHO, boleh ditemui di setiap entri atau artikel, tetapi komen-komen tersebut tidak lagi diluluskan untuk disiarkan, memandangkan saya bukan pengguna berbayar ECHO. Komen-komen tersebut walau bagaimana pun boleh dibaca oleh pembantu-pembantu sukarelawan saya. Mereka bertugas menguruskan mana-mana maklum balas yang dihantar kepada saya.

Entri berkenaan Haloscan boleh ditemui di sini:
In Memory Of Haloscan - Haloscan Meninggalkan Dunia Blogger Dengan Bermaruah


Pos Masalah Anda
Sementara itu, urusan surat-menyurat di Pos Masalah Anda pula adalah menerusi BORANG POS MASALAH ANDA yang boleh anda temui sekiranya anda merujuk pada entri atau pos terawal di ruangan Masalah Anda. Untuk pengetahuan para pembaca, sehingga kini, saya menerima ratusan surat pembaca yang belum sempat dibalas. Bayangkan setahun cuma ada 365 hari sahaja. Diminta mematuhi syarat-syarat penulisan surat kerana setiap surat akan ditapis terlebih dahulu. Mana-mana surat yang menggunakan Bahasa SMS akan lambat dilayan, dan manakala surat yang ditulis dan ditaip dengan baik, mematuhi struktur ejaan, tanda baca dan tatabahasa akan dilayan lebih awal.


Tanya Sama Amiene Rev
Sumber lain untuk menghubungi saya adalah menerusi Tanya Sama Amiene Rev. Untuk makluman anda, kebanyakan entri dan artikel yang ditulis dan disiarkan di blog ini adalah atas permintaan pembaca, dan sekiranya para pembaca ada sesuatu yang hendak ditanya, yang bukan berkenaan masalah peribadi bolehlah merujuk ke bahagian tersebut. Jenis-jenis e-mel yang cepat dilayan ialah e-mel yang berkaitan dengan kontrak penulisan atau apa-apa jemputan khusus sahaja.


Facebook Amiene Rev
Untuk lebih pantas, boleh berhubung dengan saya menerusi Facebook. Buat masa ini saya cuma memiliki satu Facebook dan satu Facebook Page untuk urusan berkenaan dengan Duke Amiene Rev.

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengunjungi blog Duke Amiene Rev.

Khamis, Disember 23, 2010

PERMOHONAN KE SMK TEKNIK SEKARANG! JPNJ

BERITA TERKINI. Sesiapa yang ingin merayu atau memohon buat pertama kali ke SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, segera ambil borang di JPNJ (Jabatan Pelajaran Johor) secepat mungkin dan bawa borang tersebut ke sekolah yang hendak dibuat rayuan. Maklumkan kepada kawan-kawan.

BERITA: 23 DISEMBER 2010

Keputusan PMR 2010 - 30,863 Calon PMR Dapat Semua A

30,863 calon PMR dapat semua A
23/12/2010 12:01pm
sumber: Kosmo!

PUTRAJAYA – Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.

"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun,” katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di sini hari ini.

Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas.

Abdul Ghafar berkata, bagi calon luar bandar, pencapaian mereka mencatatkan peningkatan daripada segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap minimum.

Nilai GPN calon luar bandar adalah 2.97 berbanding 2.93, manakala calon bandar mencatat nilai GPN daripada 2.68 kepada 2.65, bermakna jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar semakin rapat, katanya. – Bernama

Rabu, Disember 22, 2010

Hadis Percintaan untuk Wanita yang dipermainkan Lelaki - Surat Pembaca

NURKASIH: Cinta tiga segi merumitkan? Istikharahlah kamu.

Surat kiriman daripada Girlz - Perlukah kuterima lagi?
Assalammualaikum. Di sini kuingin meminta pendapat tentang masalah yang kuhadapi sekarang. Saya mengenali seorang lelaki yang sama umur denganku. Aku bercinta dengan dia cukup sempurna pada mulanya tetapi selepas beberapa bulan hatiku cukup sangsi dengan cintanya dengan kesangsian dan tidak percaya kepadanya benar-benar berlaku apabila aku mendapat tahu dia mempunyai kekasih yang lain selepas dia mencuri hatiku DAN KETIKA CINTAKU KEPADANYA BAHAGIA.

Berdasarkan surat ini, ada kemungkinan dia hendak kahwin dua.

Allah ingin tunjukkan kepadaku tentang kejujuran dia dalam bercinta. Rupa-rupanya dia menduakanku selama ini. Kumendapat tahu dia dan perempuan itu baru saja bercinta dalam masa 2 hari. Hatiku hancur musnah dengan sikap dia sebenar. Aku macam tidak percaya dengan apa yang dilakukan kerana selama ini dia menasihatiku tentang kejujuran dan keikhlasan dalam hubungan tapi sebaliknya dia yang menghancurkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan.

Selepas aku mendapat tahu dengan semua itu, dia meminta maaf dengan apa yang dilakukan, dia beritahu kepadaku bahawa dia dengan perempuan itu sudah putus dan dia memilihku untuk teruskan hubungan ini dengan perasaan sayang yang kuat aku menerimanya semula tetapi manisnya sementara apabila aku dapat mengetahui lagi tentang kejujuran dia dalam hubungan ini.

Setiap orang berhak membuat pilihan hati tetapi kuasa jodoh di tangan Allah.

Allah cukup memberikan ku petunjuk untuk aku ketahui tentang kejujurannya kepadaku kali ini. Rupa-rupanya dia masih bersama perempuan itu. Dia tidak memutuskan perhubungan. Aku jadi lemah dan hancur. Masa itu tahap kesabaranku tidak terkawal selepas ditipu untuk kedua kalinya. Hanya Allah sahaja yang tahu dengan apa kurasakan. Aku memutuskan hubunganku dengan dia.

Tetapi hingga kini dia mencariku untuk teruskan hubungan. Dia memujuk ku dan masih memanggil ku SAYANG walaupun aku dan dia sudah putuskan hubungan. Katannya dia betul-betul telah meninggalkan perempuan itu kerana dia terlalu sayang kepadaku dan tidak boleh kehilangan ku. HARUSKAH KU PERCAYA SEMUA KATA-KATANYA?????????????

Jika cintamu ibarat kisah dalam filem Sembilu, maka cinta itu
akan ada duka dan lara. Kembalilah ke jalan Allah.


Aku perlukan ketenangan tetapi dia kerap hadir dalam hidupku untuk teruskan lagi hubungan yang dulu. AKU BINGUNG DENGAN SEMUA NI. APA YANG PERLU KULAKUKAN??? HARUSKAH AKU TERIMA NYA KEMBALI????? HARUSKAH KULUPAKN SEMUA INI??? TOLONG BERIKAN PENDAPAT KEPADAKU.


Surat balasan daripada Amiene Rev
Waalaikumussalam. Jawapan saya sangat mudah. Buat solat istikharah seberapa segera. Itu sahaja. Kalau secara logiknya, memang saudari digalakkan untuk meninggalkan lelaki tersebut. Tetapi, kalau sikap saudari yang masih merelakan diri untuk bermain dalam api derita cinta yang sebegini, saya cadangkan buatlah solat istikharah. Sekian, terima kasih.

Jika kamu ingin menjadi madu kerana sukar untuk meninggalkan si dia,
maka peduli apa tentang kekasihmu ada perempuan lain?

Lelaki yang beriman akan mencari calon isteri berpandukan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Pilihlah perempuan beragama, nescaya kamu diberkati Allah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang wanita yang apabila keliru dalam percintaannya dan kemudian dia melakukan istikharah, maka itulah wanita yang bijak. Namun, kalau wanita itu enggan melakukan istikharah biarpun sudah diberitahu maka itulah serugi-rugi wanita.

SKETSA (sekadar berhibur)
Gadis Keliru: Ah, peningnya hidup ini. Patutkah aku pilih si dia?
Ustazah: Buatlah solat istikharah, mohon petunjuk dari Allah.
Gadis Keliru: Tapi... tapi...
Ustazah: Tapi apa, itulah yang terbaik daripada pening-pening kepala tak tentu hala.
Gadis Keliru: Tapi saya tak tahu macam mana nak buat. Thee.. hee.. hee...
Ustazah: Astagfirullahalazim. Belajarlah.

Selasa, Disember 21, 2010

Suami Curiga Hukum Isteri Curang Membuat Hubungan Dengan Lelaki Lain - Surat Pembaca

Surat kiriman daripada Suami Curiga

Salam, Saya ada masalah di dalam rumah tangga baru-baru ini. Hubungan saya antara isteri saya menjadi lebih complicated apabila saya terbaca SMS di telefon bimbit isteri saya, yang dia telah membuat janji untuk bertemu dengan lelaki rakan seperjuangannya tanpa memberi tahu saya terlebih dahulu. Perkataan dan ayat yang terdapat itu sungguh mencurigakan saya kerana terdapat perkataan "dating".

Hukum Isteri Curang - Suami mesti bertindak segera!

Si isteri; "abang tingkap (nama samaran), saya nak ke kuantan esok, saya nak jumpe abang tingkap, jam 11.30 mlm sok...kita sahul sama2."

balas abang tingkap; "ok..kita dating sok mlm... abang buat 8 rakaat je trawkh, jumpe sok mlm jam 11;30 mlm."
Skandal isteri curang - Isteri adalah milik suami sepenuhnya.

Dipendekkan cerita, dia pergi tanpa meminta izin dari saya. Sedangkan yang saya sudah tahu yang dia bukan sahaja ke Kuantan untuk urusan kerja, tetapi mengambil kesempatan untuk membuat dating.

Suami harus ambil tahu setiap kegiatan isteri

Ibarat sambil menyelam sambil minum air, keesokannya isteri pulang dengan wajah penuh keletihan, kepenatan konon, sedangkan saya tahu apa yang dilakukannya di kuantan, tanpa meminta maaf daripada saya. Sedangkan dia tahu bahawa dia telah mengecewakan hati saya.

  1. Di sini saya merasa keliru dan ingin tahu, apakah hukum dan hukuman dengan peristiwa yang telah dia lakukan di dalam cerita di atas??
  2. Apakah hukumnya seorang isteri yang selalu merendahkan dan mengecewakan hati suami??
  3. Apakah yang perlu saya lakukan..??
Lelaki yang takut bertindak terhadap isteri curang adalah
lelaki dayus dan pengecut.


Maklum balas daripada Amiene Rev
Kepada Suami Curiga, memandangkan anda sudah pun mengetahui mengenai skandal isteri anda dengan lelaki lain, maka anda sebagai suami dan ketua keluarga hendaklah bertindak segera. Jangan diamkan diri apabila anda telah pun membaca mesej isteri anda. Segera soal-siasat isteri anda dan tanyalah dia kenapa dia keluar makan dengan lelaki lain tanpa meminta izin atau meninggalkan apa-apa pesanan kepada anda sebagai suaminya.

Jadilah seorang suami yang prihatin dan bertanggungjawab.

Isteri anda seharusnya memberitahu anda ke mana dia hendak keluar. Isteri anda juga harus meminta izin daripada anda sebagai suami jika dia hendak pergi ke mana-mana.

Suami harus tegas terhadap isteri. Isteri adalah kepunyaan suami.

HADIS-HADIS NABI BERKENAAN HUKUM DAN HUKUMAN ISTERI CURANG
Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A: "Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?" Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah S.A.W ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)

Berikut saya sertakan beberapa hadis berkenaan isteri berlaku biadab dan suka menyakiti hati suami. Semoga hadis-hadis ini dapat menjadi panduan buat Suami Curiga.

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk
Sabda Rasulullah S.A.W: ” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah)

Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keluar rumah tanpa izin suami
“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah S.A.W: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah S.A.W: “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kepada Suami Curiga, hendaklah anda bersegera mengajar isteri anda tentang hadis-hadis di atas supaya isteri anda tidak mengulanginya lagi.

Blog Retro - An Apple A Day - Maxolon 2000-2006

Blog: An Apple A Day - Blogger: Max atau Maxolon
Alamat: http://maxolon.tripod.com
Ulasan Blog Komik Malaysia oleh Amiene Rev (C) 2010
Blog Pengulas Blog: http://dukeamienerev.blogspot.com

Blog ini mempunyai cerita. Kisah seorang blogger yang dikenali sebagai Max atau Kak Max. Beliau menulis blog ini, sebagai diari beliau, namun kemudian beliau menulis untuk anak lelaki beliau, Adam yang telah meninggal dunia. Suatu ketika dahulu, sekitar tahun 2006, genre blog seperti ini adalah banyak.

Maxolon dan Sera Honeybiru
Blog ini seangkatan dengan Blog Honeybiru, karya blogger legenda, Sera yang sudah sekalian lama menamatkan pengajiannya dalam bidang animasi komputer (tidak silap saya). Saya masih memiliki e-mel Sera Honeybiru (jika beliau masih menggunakan e-mel tersebut, mungkin suatu hari saya boleh menghubunginya), namun saya tidak ada maklumat yang jelas tentang Maxolon. Buat masa ini biarlah mereka dengan kehidupan peribadi mereka. Barangkali mereka sudah ada kehidupan yang lebih ceria.

Tentang Kak Max, saya juga tidak pasti kerana saya tidak mengenali Kak Max dengan lebih dalam. Namun, sekitar awal era Millenium, Sera Honeybiru dan Maxolon boleh dikatakan antara dua penulis blog yang hebat, selain Rudy Bluehikari, Tok Rimau dan Sultan Muzaffar. Sera mengumpul begitu ramai pengikut sehingga ada yang berbangga dapat mencetak dan menjadikan tulisan-tulisan Sera di blognya dalam bentuk manuskrip, dibukukan!

Era penulisan blog Sera Honeybiru walau bagaimana pun berakhir selepas beliau tamat pengajian dan mendapat pekerjaan. Era Maxolon juga tamat begitu sahaja, tidak ada lagi berita tentang beliau. Namun, Sera Honeybiru kembali aktif menulis blog beberapa tahun kemudian. Catatan lama beliau dipadamkan, dan catatan baru menghiasi blog beliau. Namun sekadar itu sahaja, beliau semakin kurang berblog. Mungkin, ketika itu, beliau sudah sibuk dengan tugasan harian sebagai seorang isteri dan sebagai seorang animator (barangkali).

Apa yang menarik tentang blog Sera Honeybiru dan Maxolon ini, kedua-duanya menggunakan bahasa yang mudah tetapi tersarat emosi. Blog Maxolon misalnya tidak ada menggunakan bahasa-bahasa SMS, yang menjadikan blog Maxolon ini sangat istimewa, menyenangkan, dan mampu diikuti oleh golongan dewasa. Blog Maxolon - An Apple A Day juga turut memuatkan kisah-kisah kerjaya Kak Max selain beberapa kisah-kisah berkenaan perubatan.
Mengikut arahan baru, Pegawai Perubatan U3 seperti aku dibenarkan 'handle' kes tertentu sahaja. Yang tidak termasuk dalam senarai credentials aku mesti di'handle' oleh pakar yang berada dua setengah jam perjalanan melalui jalan laut dan darat. Bermakna beban kerja Pegawai Perubatan U3 O&G jadi semakin kurang. Kebanyakan kes yang dahulunya aku 'handle' di sini dengan kebenaran Boss lama sekarang kena dihantar ke seberang atas arahan Boss baru. Sudahlah selama ini pun aku bagai tidak ada kerja. Lima belas hari dalam sebulan, aku makan gaji buta. Mereka yang lain pula asyik bertanya kenapa aku tidak balik ke hospital besar. Mereka kekurangan tenaga kerja. Kehadiran aku boleh bantu ringankan beban yang mereka tanggung. - Maxolon, 15 JANUARY 2002, 11:54PM.
Apabila orang dewasa mengikuti satu-satu blog, maka jika ada permasalahan yang diutarakan oleh seseorang blogger, masalah peribadi atau luahan peribadi misalnya, maka mudahlan pengunjung dewasa tersebut mengeluarkan buah fikiran dan pandangannya untuk blogger terbabit. Hal ini sudah pasti menguntungkan blogger tersebut.

Malah, fungsi asal blog pada awal era Millenium lebih kepada catatan peribadi, satu terapi emosi dan jiwa, di mana penulis mengekpresikan isi hati, kesedihan mereka, permasalahan mereka menerusi tulisan mereka. Blog Maxolon adalah antara blog yang diterbitkan sekitar zaman tersebut.

Era penulisan blog walau bagaimana pun semakin berubah sedikit demi sedikit apabila blogger kini lebih tertarik untuk mengulas bukan sahaja hal-hal peribadi mereka, tetapi pandangan mereka terhadap isu-isu semasa yang sedang berlaku di persekitaran dan dunia mereka.

Dia lahir ke dunia pada jam 12.12 tengah malam disambut oleh rakan aku, Dahlia (bukan nama sebenar). Dia tidak bersuara. Hanya segumpal daging yang mengerekot atas tilam katil aku. Kaku.

Aku hanya sempat melihat sekejap kelibatnya sebelum dia dibawa pergi. Dr MC, MO paediatrik, sedang menunggu di bilik resuscitation. Aku hanya berdoa dalam hati agar Tuhan jangan ambil dia sekarang. Jangan, sebelum aku sempat tengok dia sekali lagi. Jangan, sebelum aku sempat sentuh dia.

“Kak Max, 890 gram!” hebah Dahlia, seraya meletak gagang telefon.

Dia sudah sampai ke SCN. Timbangannya 890 gram, berat sedikit daripada jangkaan.

Aku tak tahu apa perasaan yang harus aku rasa ketika itu. Syukur sebab dia dilahirkan hidup? Kesal sebab aku tidak sempat panggil Abang datang ketika aku melahirkan? Risau sebab aku tak dapat menjaganya sendiri? Marah pada keadaan yang aku tak jangka ini?

Pasrah, mungkin.
- Maxolon, 17 OKTOBER 2005
Maxolon turut menyatakan harapannya terhadap anak kecilnya, Adam ketika bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu masih bernyawa.
Tengah hari. Rasa tidak sabar menunggu Abang datang.

Kami ke SCN berjalan kaki. Aku tak mahu disorong dengan kerusi roda. Aku mahu nampak sihat di depan anak aku. Moga-moga dia juga cuba tunjuk dirinya kuat di depan aku.

Dia sangat sempurna di mata aku. Sangat sempurna. Hidung mancung macam dalam gambar scan itu. Bibir comelnya kadang-kadang bergerak seakan mahu memberitahu dia kurang selesa ada ET tube dalam mulutnya. Kepalanya dipakaikan topi menahan kehilangan haba dan dia nampak lebih comel. Kulit yang hampir lutsinar kerana masih belum matang menampakkan segala urat darah. Ada kesan lebam di beberapa tempat, mungkin sukar juga untuk MC yang cekap itu untuk memasukkan IV line pada urat sekecil dia.

Aku sentuh lengannya dengan jari kelingking aku. Dia bergerak balas. Tangan seolah mahu diangkat. Jari-jarinya yang panjang dan runcing bergerak-gerak. Aku belek kuku ibu jari tangannya dan tersenyum sendiri. Dia tidak mewarisi ibu jari aku dan Mak, yang pendek dan lebar. Bukan juga kuku Abang yang clubbed. Dia adalah dia, dengan segala kesempurnaan.

Aku usap dadanya, cuba membayangkan betapa sedikitnya tisu paru-paru yang ada di dalam pada usia semuda itu. Kakinya menendang-nendang lemah. Sama macam dulu bila perut aku diusap, menendang refleks seperti itulah dia.

“Prognosis is still guarded,” kata MC perlahan, mematahkan angan aku apa mungkin kaki-kaki panjang itu suatu hari menendang bola bersama Abang.

Grade IV RDS. Inotropes. Survanta. Aku bersyukur dia hidup. - Maxolon, 17 OKTOBER 2010
Namun semua harapan itu akhirnya berkecai. Adam menghembuskan nafasnya. Maka bermula episod sedih dalam catatan An Apple A Day. Catatan mengenai Adam, dan betapa beratnya hati Maxolon untuk melupakan Adam.
Pukul 8.30 malam. Dia disahkan sudah dijemput Izrail menemuiNya.

Satu-satunya anak aku. Yang sangat istimewa. Yang sangat sempurna. Dipilih Tuhan untuk kembali ke sisiNya pada malam 15 Ramadhan.

Dan hidup tidak akan seperti dulu lagi. - Maxolon, 18 OKTOBER 2005
Kadangkala kita berlaku adil kepada orang lain, kita memberi perkhidmatan yang adil kepada orang lain, tetapi apabila tiba giliran kita meminta untuk diberikan perkhidmatan, orang lain memberikan yang tidak adil kepada kita. Kesedihan dan kemarahan Maxolon tergambar menerusi catatan ini.
Kami namakan dia Adam. Sempena nama manusia ciptaan Allah yang pertama. Sesempurna kejadian.

Aku keluar rumah buat kali pertama hari ini. Ke hospital untuk menghantar surat penangguhan pengajian aku. Aku sudah tidak lagi dalam mood untuk mengambil peperiksaan bulan depan. Lagi pula dengan tiada peruntukan untuk cuti sakit dan cuti bersalin dalam semester universiti, aku tiada pilihan lain.

“Dr BV talked to Dr TH about what happenned. She said you could write a letter of complaint, if you like, so she can transfer the staff out,” kata Dr NZ.

Aku diam. Aku cuma ceritakan kepada Abang, tidak pada orang lain. Aku agak mesti Nor (bukan nama sebenar) yang hebahkan di jabatan. Aku sendiri pun sudah lupa tentang hal itu.

Waktu itu lebih kurang pukul 8 malam. Aku SMS Nor beritahu tentang keadaan anak aku jadi dia datang ke hospital untuk beri aku semangat. Aku bawa dia ke SCN tengok anak aku yang biru.

Semua monitor sudah dimatikan. Pemanas pun sudah dimatikan. Ventilator saja yang masih dibiar mengepam. Dia sejuk, biru dan kaku. Aku nampak jururawat sedang menyusun borang-borang yang sudah siap diisi. Semua bertulis ‘B/O Dr Max (bukan nama sebenar)’ dan ‘Cause of death: Severe prematurity with pulmonary haemorrhage.’ Jadi aku pasti dia sudah tiada.

Aku usap kepalanya. Aku rapatkan kedua-dua kakinya. Aku cuba qiamkan tangannya di atas dada tapi tangan-tangan itu sudah keras, dengan pantas jatuh semula ke sisi.

“Dia ada lagi tu doktor,” kata jururawat yang dari tadi memandang aku.

Jenaka apakah ini? Kalau anak aku masih hidup, kenapa dia sudah ada burial permit, borang sijil mati dan body tag yang siap ditandatangani pegawai perubatan?

“Dia belum mati tapi semua paperwork dah siap? Siapa punya kerja ni? Get me the MO on call!”

Kemarahan aku sudah tidak boleh ditahan. Aku sudah sahkan berpuluh kematian tapi aku tak pernah buat begini pada sesiapa. Kenapa ada orang sanggup buat begini kepada anak aku?

“Dr ZN, I want you to off the ventilator. I tak kira. Bagi you baby ni memang dah mati pun. You dah sign semuanya. So just off it,” kata aku.

Dia terkulat-kulat cuba beri penjelasan tapi dia sendiri tahu dia salah, mengambil jalan mudah tanpa memikirkan sensitiviti orang lain.

Aku tak mahu ungkit lagi. Adam sudah seminggu pergi. Aku cuma mahu ingat yang baik-baik tentang Adam. Aku sudah lupakan yang lain-lain. Lupakan, ya. Aku tidak kata maafkan. -
Maxolon, 25 OKTOBER 2005.
Barangkali, blogger Maxolon, berhenti menulis blog, kerana beliau sudah pun mendapat kekuatan menerusi terapi penulisan atau kemungkinan kedua, beliau mahu melupakan kisah sedihnya. Ini ditegaskan menerusi penulisan beliau dalam entri kedua terakhir beliau pada 5 November 2005 iaitu sekitar dua tahun kemudian. Pada kemunculan semula beliau. Nampaknya pada ketika itu Kak Max masih takut kalau-kalau dia telah melupakan anaknya, Adam. Pada entri-entri yang terakhir ini, terdapat perkataan Letting Go (Is there life after Adam?).
Hanya setelah itu aku puas. Pada noktah terakhir, tangisan itu berhenti. Kering. Sendiri. Mengulang baca entri-entri itu tidak lagi mengundang air mata. Rasa asing. Rasa seolah membaca cerita fiksyen orang lain. Bukan cerita aku.
-----
Dan aku menangis semalam. Takut. Aku menangis kerana aku takut untuk mengaku aku semakin melupakan Adam. - Maxolon, November 5, 2005
Maxolon, muncul semula kira-kira 9 hari kemudian. Ketika itu beliau tampak sudah memiliki keputusan yang semakin jelas. Beliau menulis:
"...even for those of us who have children Max, we don't know how long they are going to be with us," kata Dr NZ seminggu lepas kejadian itu.

Kebenaran kata-kata itu buat aku tersentuh. Semakin aku fikir, semakin aku rasa betapa benarnya kata-kata itu.

Adalah sombong bagi aku untuk menganggap tiada sebab untuk doa dan harapan aku tidak dipenuhi. Adalah angkuh bagi aku untuk menganggap Adam hak aku sedangkan Adam hakNya. Dia yang menjadikan Adam lalu Dia ambil balik. Aku sering terlupa dengan kekuasaanNya tapi Tuhan itu maha penyayang jadi dari semasa ke semasa Dia akan tolong ingatkan. Aku anggap diri aku bertuah kerana masih ada masa untuk diingatkan.

Tuhan itu maha kaya. Ada kejadianNya yang ditunjuk terang-terang (tapi kadang-kadang, ditunjukNya dengan terang pun kita tak nampak juga). Ada pula kejadianNya yang disembunyi dari mata dan akal kita supaya satu hari di saat yang paling kita tak duga, Dia boleh jerit, "Surprise!" dan buat satu kejutan yang bermakna. Lebih kurang macam itulah.

Adam aku tempatkan dalam hati aku di satu ruang istimewa hanya untuk dia. Hidup aku, walaupun tidak akan lagi seperti dulu, perlu diteruskan.

-----
"Allah answers prayers in three ways: He says yes and gives you what you want, He says no and gives you something better or He says wait and gives you the best in His own time."

Insya'Allah. - Maxolon, 14 NOVEMBER 2010
Penamatan blog beliau walau bagaimana pun ditulis pada senggang masa yang agak lama iaitu pada Oktober 2006. Nampaknya Maxolon pernah kembali setahun kemudian untuk meninggalkan catatan di blognya, sebelum pergi terus dan tidak kembali lagi.
Kuning. Putih. Magenta. Dan hibrid magenta dan kuning. Satu-satu. Atas batu kelikir putih. Antara nisan dua batang. Yang senget dan bergoyang.

Selamat hari jadi, sayang. - Maxolon, 17 OKTOBER 2006.
Dan begitulah blog Maxolon - An Apple A Day berakhir. Blog Maxolon masih memiliki Guestbook. Jika dahulu fungsi Guestbook atau Buku Tamu ini dianggap sebagai penghubung kata, medan interaksi antara penulis blog dengan pembaca. Kini Guestbook tidak lagi diperlukan. Kebanyakan laman blog memiliki sistem komentar yang tersendiri, mudah, automatik dan percuma.

Penulisan blog pada zaman itu tidak semudah penulisan blog pada masa ini. Pada ketika itu, penulisan blog memerlukan blogger mengetahui sedikit sebanyak tentang selok-belok kod-kod HTML. Kini, menulis blog adalah semudah menghantar e-mel. Segalanya semakin mudah. Namun, sayang sekali, kemudahan itu tidak dihargai lagi. Sukar untuk menemui blog yang memiliki bahasa seindah dan seringkas Maxolon. Penulis-penulis blog kini lebih suka merosakkan ejaan dan struktur bahasa ibunda mereka sendiri. Bahasa SMS telah menjahanamkan martabat penulisan karya seni. Alasannya ringkas, senang dan menjimatkan ruang. Namun, ketahuilah, ruang penulisan di dalam blog adalah tidak sesempit kotak-kotak SMS. Ini hakikat yang semakin tidak dipandang peduli. Adakah lagi penulis-penulis blog peribadi yang sehebat Maxolon, atau Sera pada masa kini?

Ensiklopedia Blog Duke Amiene Rev

* Blog: An Apple A Day
* Alamat Blog: http://maxolon.tripod.com
* Blogger: Maxolon
* Tahun terbitan: 2000 - 2006 (tidak aktif)
* Kategori Blog: Diari, Catatan Peribadi


Isnin, Disember 20, 2010

ULASAN BLOG: Blog Komik Malaysia RA-CD

Blog: Komik Malaysia - Blogger: Rasidi
Alamat: http://ra-cd.blogspot.com
Ulasan Blog Komik Malaysia oleh Amiene Rev (C) 2010
Blog Komik Malaysia ini memuatkan senarai berpuluh-puluh dan mungkin beratus-ratus komik karya penulis tempatan. Komik-komik yang dikumpulkan di sini termasuklah komik-komik dari era 1980-an. Sudah lama saya tidak menerokai dunia blog kerana situasi profesionalisme di tempat kerja tidak mengizinkan. Lalu, saya berhenti agak lama daripada mengulas blog.

Komik Sejarah Tempatan Keluaran CESB
Komik/Novel Grafik Tun Perak dan Bawang Putih Bawang Merah

Namun, baru-baru ini saya tertarik dengan sebuah blog tempatan, yang dihasilkan oleh blogger bernama Rasidi. Alamat blog beliau, ra-cd.blogspot.com yang mungkin merupakan singkatan bagi nama beliau sendiri. Persoalannya, kenapa beliau tidak menggunakan nama blog Komik Malaysia? Saya cuba menaip menggunakan nama Komik Malaysia di blogspot, dan ternyata nama tersebut telah pun digunakan oleh blogger lain, tetapi isi kandungannya kosong.

Komik Misteri Penyiasatan dan Thriller Malaysia
Komik Rahsia Pulau Terpencil dan Komik Misteri Harta Karun

Antara penerbit-penerbit komik yang pernah dibicarakan di dalam Blog Komik Malaysia hasil usaha Rasidi ini termasuklah Adabi, Bayan, Berita Publishing, Bina Publishing, Buku Prima, CESB, Dayacipta, Gala Unggul, Komik Cempaka, KRU Studio, Kumpulan Karangkraf, Majaya Enterprise, Mediaseni, MOY, Penerbitan Karyatis dan Pustaka Trijaya. Dengan ilmu tentang komik-komik yang luas seperti ini, ternyata Rasidi sememangnya seorang peminat dan penggemar komik tempatan yang sejati.

Komik Kepahlawanan Malaysia dan Komik Fantasi
Komik Lembah Maut dan Komik Pendekar Monyet

Beliau juga ada menulis mengenai pelukis-pelukis komik dan kartunis tempatan seperti A. Ghafar Bahari, Aie, Ashraf, Athool, Cik Li, D.Yusuff, Don, Embong Mohd, Fatah, Halimah, Hussain Sa'ad, Ibrahim Hamid, Johari Md. Desa, Kasbi Sarbini, Khuzae, Lat, Lee Inas, Leo, Mab, Marzuki, Mohd. Abqari Ayob, Mohd. Nor Kasman, Mohd. Rohaidi Ramli, Muhajir, Nik Abdullah, Nik Hashim NMY, Pot, Rasyid Asmawi, Rejabhad, Rosli Abd. Hamid, Salman Johari, Sanjay, Sudirman, Sun, Ubi, Ujang, Yamin Daud, Zaharuddin Sarbini, Zainal Buang Hussein, Zint dan Zulk.

Komik Komedi, Spoof dan Teladan: Tarjan (karya Pot)
dan Wak Dojer
(karya Hussain Sa'ad)

Menerusi blog beliau juga, pengunjung akan dapat mencari blog-blog kepunyaan pelukis komik dan kartunis Malaysia. Memandangkan blog yang berusia 2 tahun ini masih aktif, maka saya berharap untuk melihat apakah berkembang selanjutnya yang akan dicapai oleh blog ra-cd.blogspot.com ini. Kebanyakan komik sekitar tahun 1980an yang dikongsi menerusi Blog Komik Malaysia ini juga boleh dibaca secara online atau dimuat-turun begitu saja.

Contoh lukisan di dalam Komik Tarjan karya Pot (kiri)
dan Komik Pembela karya Ibrahim Hamid (kanan)


Perkara terakhir yang ingin saya sentuh di dalam ulassan blog saya ini, ialah, bagaimana pula dengan status hakcipta karya-karya pelukis komik tempatan tersebut? Adakah masih wujud? Maka di sini cadangan saya buat pemilik Blog Komik Malaysia, semoga anda akan dapat melihat aspek hakcipta ini dengan lebih serius kerana saya dapati kebanyakan komik yang dimuatkan di Blog Komik Malaysia boleh dibaca secara sepenuhnya, sama ada satu keluaran atau edisi.
TQ untuk review anda. Mengenai hak cipta sebenarnya saya memang menitik beratkan bahan-bahan yang mempunyai hak cipta sebab itu komik yang dipaparkan kandungan hanya komik yang saya pastikan tidak timbul masalah hak cipta kelak sebab itu komik-komik keluaran KRU, Bayan, Creative dan Karangkraf saya tidak upload kerana tidak mahu timbul masalah hak cipta kelak. - Maklum balas daripada Rasidi, Isnin, 20 Disember 2010, 16:53
Contoh lukisan di dalam Komik Pendekar Monyet karya Yamin Daud

Kesimpulannya usaha Rasidi untuk menghimpun kembali nostalgia komik-komik Malaysia boleh dipuji. Usaha beliau yang berterusan sepanjang dua tahun ini, iaitu sekitar tahun 2008 menunjukkan minat dan komitmen beliau yang mendalam dalam terus memperkenalkan komik-komik tempatan yang terdahulu. Rasidi juga turut menyebut nama setiap pelukis luaran (kulit komik) dan pelukis utama bagi setiap komik yang diulasnya. Ini sedikit sebanyak membantu menghargai usaha para pelukis komik tempatan di Malaysia.


Ensiklopedia Blog Duke Amiene Rev
  • Blog: Komik Malaysia
  • Alamat Blog: http://ra-cd.blogspot.com
  • Blogger: Rasidi
  • Tahun terbitan: 2008 - sekarang (2010-aktif)
  • Kategori Blog: Hobi, Arkib, Komik, Karya Seni

Ahad, Disember 19, 2010

Limited Edition Blackberry Smartphones - DiGi BlackBerry Contest - What Berry Are You?

Kali ini, kita akan bercerita tentang satu peraduan internet yang menarik. Pertandingan ini dianjurkan oleh DiGi dan BlackBerry. Menerusi pertandingan ini, para peserta berpeluang untuk memenangi BlackBerry Smartphone Edisi Terhad atau Limited Edition.

Kita tentu biasa lihat Blackberry Smartphones seperti gambar di atas iaitu BlackBerry Torch yang terkenal dengan kemudahan melayari internetnya, atau BlackBerry BOLD 9780 yang juga merupakan QWERTY BlackBerry yang paling berkuasa, atau BlackBerry CURVE 9300 yang merupakan model BlackBerry kompak yang terbaik.

Peraduan yang sedang saya ceritakan ini, walau bagaimana pun adalah berkenaan langkah-langkah untuk memenang hadiah-hadiah berupa BlackBerry Smartphones Limited Edition seperti gambar di atas menerusi peraduan DiGi yang terkini iaitu "What Berry Are You?". Jika anda bernasib baik, peraduan ini boleh diakses menerusi iklan Nuffnangs yang tertera di sebelah kanan blog ini. Jika anda tidak menemui ikan tersebut, silalah guna akses kecil menerusi gambar iklan REBUTLAH BLACKBERRY di bahagian kanan blog ini juga.

Keputusan PMR 2010 - Utusan Online

Keputusan PMR 2010 diumumkan 23 Disember ini
Dipetik daripada Utusan Online
Keputusan PMR 2010 Online - Tarikh Peputusan PMR 2010 - Keputusan PMR Tahun 2010
KUALA LUMPUR 15 Dis. — Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.
Keputusan PMR 2010 Online - Tarikh Peputusan PMR 2010 - Keputusan PMR Tahun 2010
Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.
Keputusan PMR 2010 Online - Tarikh Peputusan PMR 2010 - Keputusan PMR Tahun 2010
Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
Keputusan PMR 2010 Online - Tarikh Peputusan PMR 2010 - Keputusan PMR Tahun 2010
Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. - Bernama
Keputusan PMR 2010 Online - Tarikh Peputusan PMR 2010 - Keputusan PMR Tahun 2010
Adakah berdasarkan keputusan PMR 2010 ini sekolah-sekolah di bawah ini akan kembali mencatat keputusan cemerlang seperti tahun 2009? Keputusan PMR 2010 Online - Tarikh Peputusan PMR 2010 - Keputusan PMR Tahun 2010

Sekolah Harian Terbaik (Keputusan PMR 2009) :

  1. SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Selangor
  2. SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu
  3. SMK Sultan Badlishah, Kulim
  4. SMK Sultanah Asmah, Alor Setar
  5. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Agama Terbaik (Keputusan PMR 2009) :

  1. SM Imtiaz, Besut
  2. SM Imtiaz, Kuala Berang
  3. Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya
  4. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
  5. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu

Sekolah Berasrama Penuh Terbaik (Keputusan PMR 2009)

  1. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
  2. Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu
  3. Sekolah Dato Abdul Razak
  4. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
  5. SM Sains Tengku Abdullah, Raub.

MRSM Terbaik (Keputusan PMR 2009)

  1. MRSM Serting
Keputusan PMR 2010 Online - Tarikh Peputusan PMR 2010 - Keputusan PMR Tahun 2010

Sabtu, Disember 18, 2010

Petua Hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat Dengan Mudah dan Jimat

Petua Menghilangkan Jerawat dan Parut Jerawat
Ulasan oleh Amiene Rev

Adakalanya kita tidak perlu berbelanja besar untuk mencantikkan wajah. Jerawat dan parut jerawat boleh dihilangkan dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa didapati di dapur atau di sekitar kita.

Menghilangkan Jerawat Dengan Kelapa
Bahan-bahan: Air Kelapa Tua
Cara-cara: Jerawat boleh dihapuskan dengan air kelapa tua. Atau rajin-rajinkan diri minum minyak kelapa dara. Awet muda.

Menghilangkan Jerawat Dengan Kanji Nasi
Bahan-bahan: Nasi Sejuk
Cara-cara: Nasi yang tidak habis boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Pastikan guna kanji nasi yang sejuk.

Menghilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras dan Biji Betik
Bahan-bahan: Beras dan Biji Bitik
Cara-cara: Air rendaman beras dan biji betik yang ditumbuk lumat bila digabungkan akan menjadi bahan pencuci muka yang baik. Jika tidak digunakan boleh dijemur sehingga kering dan disimpan.

Menghilangkan Jerawat Dengan Teh Berwarna Hijau
Bahan-bahan: Daun Teh Hijau
Cara-cara: Daun teh terkenal sebagai rahsia melembutkan kulit tangan. Tangan jadi lebih mulus dan cantik. Siapa tahu, teh berwarna hijau juga boleh digunakan untuk melicinkan muka?


Menghilangkan Jerawat Dengan Jambu Batu
Bahan-bahan: Daun Jambu Batu
Cara-cara: Daun jambu batu yang telah dilumatkan juga berkesan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, gaulkan dengan bedak sejuk, lalu sapu ke muka bila hendak tidur.

Daun senduduk, salah satu bahan untuk menghilangkan parut jerawat

Petua Menghilangkan Kesan Parut Jerawat di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Muka yang ada kesan parut jerawat sudah tentulah kelihatan tidak menarik dan nampak ganas serta samseng. Janganlah bimbang sangat. Sebenarnya, ada beberapa cara untuk menghilangkan parut jerawat pada wajah anda. Cara-cara untuk menghilangkan parut jerawat pada kulit muka adalah seperti berikut:

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis
Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis
Cara-cara: Tumbuk atau kisarkan beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk kulit kayu manis tadi dengan sedikit air.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis dan Madu Lebah
Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis dan Madu Lebah
Cara-cara: Asahkan kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada kulit muka yang berparut pada setiap malam. Keesokkan harinya, cucilah muka dengan menggunakan air suam.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Timun
Bahan-bahan: Timun
Cara-cara: Kisarkan timun dan kemudian tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada kulit muka. Biarkan selama setengah jam. Kemudian, cuci muka sehingga bersih dengan air suam.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Daun Senduduk, Cekur dan Beras
Bahan-bahan: Daun Senduduk, Cekur dan Beras
Cara-cara: Rendamkan beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Daun Sirih
Bahan-bahan: Daun Sirih Muda
Cara-cara: Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka, terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Jumaat, Disember 17, 2010

Manga Ibu Robotku Sayang - Manga Terbaik Pilihan Amiene Rev

Manga Terbaik: Menyentuh Hati
Ibu Robotku Sayang
Manga Pilihan Amiene Rev 2010

Penulis Manga: Wang Xiao Yang

Bahasa: Bahasa Malaysia - Penerbit: Anjung Taipan Sdn. Bhd.
Kategori : Josei, Fiksyen Sains, Kekeluargaan

Ibu Robotku Sayang adalah sebuah manga yang mampu membuatkan pembaca mengalirkan air mata. Filem ini berlatar belakangkan masa depan, dunia alternatif. Robot dianggap memiliki perasaan, biarpun tidak memiliki deria rasa dan deria bau.

Cerita Ibu Robotku Sayang ini jika difilemkan mungkin dapat menarik perhatian ramai, seperti filem Artificial Intelligent atau A.I, lakonan Haley Joey Osment. Berbeza dengan filem A.I di mana filem itu mengisahkan budak lelaki robot dengan ibu angkatnya seorang manusia, manga Ibu Robotku Sayang tulisan Wang Xiao Yang ini pula mengisahkan tentang ibu robot yang ditugaskan untuk menjaga setiap anak yatim piatu di dunia tersebut.

Bagi kebanyakan anak manusia, dijaga oleh ibu robot adalah sesuatu yang agak memalukan. Itulah yang dirasai oleh Sinbell, seorang budak lelaki yang kehilangan kedua-dua orang tuanya semasa dia berusia sekitar 5 tahun. Disebabkan Sinbell telah menjadi yatim piatu, Kementerian Kebajikan telah menghantar sebuah ibu robot untuk menjaganya. Ibu Robot Sinbell sangat menyayangi Sinbell seperti anak kandung, tetapi Sinbell pula bersikap sebaliknya. Sinbell sering mengherdik, memarahi dan memalukan ibu robotnya tanpa menyedari perasaan ibu robot terhadap Sinbell adalah benar. Siapakah Ibu Robot sebenarnya?

Membaca kisah Ibu Robotku Sayang kadangkala mengingatkan saya tentang cerita Si Tanggang Anak Derhaka. Kisah ibu robot yang sanggup mengembara selama dua hari untuk memberikan burger-burger goreng kepada Sinbell amat menyedihkan, di mana burger-burger itu tidak pula dimakan oleh Sinbell kerana sudah busuk. Tapi apakan daya, Ibu Robot tidak memiliki deria bau dan deria rasa, oleh itu Ibu Robot tidak menyedari burger tersebut sudah basi.

Kesungguhan Ibu Robot mempertahankan Sinbell daripada bahaya amat menyentuh hati. Siapakah Ibu Robot yang sebenarnya? Kenapa Ibu Robot Sinbell memiliki keupayaan yang luar biasa berbanding robot-robot yang lain? Manga Ibu Robotku Sayang juga turut memuatkan asal-usul kisah Ibu Robot Sinbell ini pada bahagian akhir buku manga ini.

Sebelum memiliki anak, Ibu umpama memiliki sayap untuk terbang tinggi, namun selepas memiliki anak, Ibu akan korbankan kedua-dua belah sayapnya untuk diberikan kepada Anaknya. Betapa besarnya pengorbanan ibu. Hal ini seolah-olah sama juga dengan pengorbanan seorang guru terhadap anak-anak muridnya. Kadangkala ada guru yang ingin mencapai pencapaian yang lebih tinggi, tetapi hasrat itu terbatas kerana komitmen dan rasa tanggungjawab untuk meluangkan lebih masa untuk anak-anak muridnya.

Ibu Robotku Sayang, adalah sebuah manga yang sangat baik untuk dijadikan koleksi atau dihadiahkan kepada rakan-rakan. Wang Xiao Yang pastinya seorang penulis manga yang sangat berbakat.

Frostmourne - The Rune Blade Picture and Photo - Kesan Buruk Permainan Online

Pedang Frostmourne - The Rune Blade

Surat kiriman daripada Adik Paladin bertanya tentang Pedang Frostmourne:
Hi, Abang Amiene Rev yang best. Saya nak tau tentang Pedang Frostmoune. Bolehkah Abang Amiene Rev cerita pasal pedang Frostmoune ni dekat blog Abang Amiene?

Maklum balas daripada Amiene Rev: Kesan Buruk Permainan Online / Internet
Pertama, Abang Amiene Rev pun tak tahu pedang Frostmourne ni pedang apa, jadi memandangkan ini adalah permintaan daripada seorang peminat blog Duke Amiene Rev ni, maka di sini ada sedikit maklumat yang dikutip dari laman World of Warcraft. Abang pun tak pernah main permainan ni, jadi ini sajalah cerita yang dapat ditulis di sini.

Terdapat banyak kes di mana ramai pelajar sekolah terjebak dalam ketagihan
bermain permainan online hingga tidak siap kerja rumah dan kerja sekolah.

Rekaan pedang Frostmourne ini memang nampak cantik, tetapi jika Adik Paladin masih belajar di sekolah, eloklah jika kurangkan main permainan-permainan online seperti ini kerana boleh membuang masa. Kalau sudah bekerja pun, permainan seperti ini bukan elok untuk dimainkan, kerana boleh menyebabkan kepenatan otak. Golongan profesional yang cemerlang pula sudah tentu tidak akan membuang masa untuk bermain permainan-permainan ini sepanjang hidup mereka, kerana mereka lebih banyak kerja dan tugasan penting untuk diselesaikan di dunia nyata berbanding misi-misi dan tugasan khayalan dalam permainan online.

Ada pelajar sanggup menghabiskan wang saku semata-mata untuk membeli
peralatan khayalan untuk satu-satu permainan online. Apa kesudahannya?

Frostmourne is the runeblade that Ner'zhul, the Lich King, thrust from his Frozen Throne, intending that Arthas Menethil – his unwitting potential host – would discover it on the continent of Northrend. It is currently wielded by Arthas, the Lich King, who will be starring in the next World of Warcraft Expansion titled Wrath of the Lich King.

Ada juga pelajar yang tidak dapat fokus terhadap pembelajaran di sekolah
kerana lebih
risaukan keadaan di dunia permainan online berbanding
ujian yang semakin hampir.


Ada pemain yang sanggup menghabiskan duit sekitar RM3,000 ke RM8,000
untuk
permainan online, duit sebanyak itu boleh digunakan untuk
membayar yuran pengajian
di institusi pengajian tinggi.

History of Frostmourne
Muradin Bronzebeard, a dwarven explorer last seen in Northrend, had heard of Frostmourne's power and was searching for it when Arthas and his men arrived. When the forces of the Dreadlord Mal'Ganis began to close in around them, Arthas and Muradin set out to claim the weapon.

Kebanyakan pelajar yang bermain permainan online, mudah terpengaruh
dengan
penggunaan bahasa kesat, mencarut, lucah dan memaki-hamun.
Mereka cenderung
menggunakan perkataan biadab dan kurang ajar ini
dalam komunikasi harian mereka.



Ada pula pelajar yang sanggup mengabaikan kerja rumah semata-mata
menghabiskan masa untuk permainan online. Nampaknya mereka lebih hormat
amanah atau perintah kawan-kawan online berbanding guru yang seharusnya
lebih dihormati sebagai pemberi ilmu.

Frostmourne was guarded by several revenants who tried to warn Arthas of the danger, but he destroyed them regardless.

Di dunia nyata ada banyak aktiviti dan sumbangan yang boleh disertai
oleh para pelajar.
Kenapa mesti memperbodohkan diri
membuang masa di dunia permainan online?


After killing Muradin, Arthas returned to his base and staged a counterattack against Mal'Ganis, quickly destroying the dreadlord's base. The dreadlord confronted Arthas, telling him that Ner'zhul had known he would take the cursed sword. He spoke as if he believed Arthas was now on his side. To the demon's surprise, Arthas used the runeblade to slay the dreadlord at the Lich King's command.

Kadangkala bidang rekabentuk grafik jika disalah gunakan, pereka grafik
berkemungkinan dianggap 'bersubahat' dengan terlibat dalam membangunkan
permainan online
yang melalaikan generasi muda harapan bangsa.

Apakah keuntungan yang diperolehi oleh para pelajar dengan
menghabiskan
BANYAK masa dan duit bermain permainan online?

Permainan online umpama bendang berlumpur. Jika pelajar sudah termasuk ke dalamnya, semakin lama, semakin sukar untuk pelajar tersebut keluar dari lumpur tersebut. Daya pengaruh, tarikan dan keseronokan sementara dalam permainan online sangat kuat. Sebabnya, untuk menjaga punca pendapatan, pembangun permainan online perlu bekerja keras untuk memastikan permainan online yang dicipta memiliki pengaruh yang kuat untuk mengekalkan kesetiaan para pemain untuk terus bermain permainan online.

Alangkah bagusnya kalau para pembangun permainan online ini memanfaatkan kemahiran mereka untuk membangunkan permainan online yang berdaya untuk menarik minat pelajar supaya belajar dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, matematik dan teknologi secara konsep ilmiah.