TRON LEGACY - TRON MOVIE POSTER REVIEW
Pengulas: Amiene Rev (C) 2010
Ulasan Ringkas Poster, Watak dan Prop dalam Filem TRON Legacy menerusi gambar-gambar dalam filem TRON Legacy, oleh Amiene Rev (C) 2010. Amiene Rev melakukan sedikit kajian untuk mempersembahkan data-data dan fakta-fakta berkenaan filem TRON Legacy untuk para pengunjung blog Duke Amiene Rev sebagai satu lagi tanda penghargaan Amiene Rev kepada para pengunjung blog Duke Amiene Rev.
Poster Tron Legacy ini sesuai untuk papan-papan yang besar, dipasang pada bas dan juga pada jejantas. Poster TRON Legacy ini mungkin juga patut ditambah, "Jangan merempit, kerana kamu di alam nyata." Kenderaan yang dinaiki oleh program ini dikenali sebagai LightCycle Generation 5. Dalam dunia Sistem Tron atau Tron System, manusia adalah dalam bentuk program.
Poster TRON Legacy ini juga masih memaparkan watak utama, sebuah program lelaki, sedang memandu sebuah kenderaan yang dikenali sebagai Roda Cahaya Generasi Ke-5 atau LightCycle Generation 5. Rekabentuk kenderaan LightCycle ini dikemaskini daripada rekabentuk LightCycle semasa filem pertamanya, iaitu TRON.
Poster TRON Legacy yang ini memaparkan beberapa watak dalam filem apa? Sudah pasti, filem TRON Legacy. Dua orang watak di dalam filem ini kemungkinan dari Jabatan Pencegah Maksiat. Ini kerana mereka sedang mendapati ada dua orang pasangan bukan muhrim saling berpeluk-pelukan. Pakcik Tua itu pula tidak sanggup melihat aksi anak-anak muda yang tidak senonoh itu sambil berpaling ke arah para penonton. Pastinya dia berkata, "Astaghfirullahazim, anak-anak muda zaman sekarang. Punah, akhlak mereka."
Poster TRON Legacy atau TR2N yang memaparkan kerosakan akhlak secara nyata di mana pasangan bukan muhrim berpeluk-pelukan. Apa pun, mereka ini bukanlah beragama Islam. Oleh itu, wahai pembaca-pembaca yang beragama Islam sekalian, janganlah kalian meniru aksi seperti ini.
Wanita ini adalah satu program. Di dalam dunia TRON ini, manusia adalah dalam bentuk program. Program wanita ini berbangga dengan senjata yang berada di belakang badan beliau. Senjata tersebut dikenali sebagai Identity Disc atau Cakera Pengenalan. Gunanya adalah untuk merekodkan semua pengalaman yang dialami, sama ada dilihat, dibuat atau dipelajari oleh satu-satu program.
Clu dan Clu 2 bertembung. Clu adalah satu program yang menyerupai pereka program tersebut iaitu Kevin Flynn. Namun, Clu 2 adalah versi kedua yang merupakan salinan kepada Clu yang asal. Mungkinkan Clu yang kelihatan lebih tua itu adalah Kevin Flynn yang asal, yang telah membantu Tron atau Alan Bradley, atau Alan-One melepaskan diri dari dunia digital?
Poster ini memaparkan Quorra dan Sam Flynn yang berusia 27 tahun dengan Cakera Pengenalan atau Identity Disc masing-masing. Berdasarkan warna garis cahaya pada pakaian mereka, ternyata mereka ini adalah dalam satu pasukan yang sama.
Sam Flynn, berusia 27 tahun, anak kepada Kevin Flynn yang menggubah program Clu. Sam Flynn bergambar dengan Identity Disc atau Cakera Pengenalan miliknya.
Sebuah atau mungkin seorang program sedang menunggang laju sebuah LightCycle Generation 5. LightCycle Generation 5 berbeza dengan LightCycle Generation 2, di mana terdapat banyak garisan cahaya pada badannya, serta jika LightCycle Generation 5 terhempas, sejenis cecair misteri akan dikeluarkan. Ini bermaksud LightCycle Generation 5 menggunakan Energy atau Tenaga untuk dihidupkan.
Lelaki misteri dengan Cakera Pengenalan atau Identiy Discnya. Tron adalah sebuah program sekuriti atau program keselamatan yang dicipta oleh Alan Bradley, juga dikenali sebagai Alan-One atau Tron. Program ciptaan beliau telah diceroboh oleh Kevin Flynn. Alan Bradley merupakan hero dalam TRON Evolution.
Pertembungan antara dua pasukan. Warna litar cahaya yang berbeza adalah warna kod yang menentukan pendirian satu-satu program atau manusia elektronik. Program dengan litar berwarna biru bermaksud program tersebut percaya dan berjuang untuk Users atau pengguna, manakala program dengan litar berwarna kuning menandakan program itu mewakili Hacker atau Penceroboh dan berjuang untuk kebebasan program yang dipanggil sebagai Independent Programs.
Poster TRON Legacy dalam bentuk teks yang menyatakan secara ringkas tentang dunia yang dikenali sebagai TRON City.
Quorra, program wanita yang mampu menunggang LightCycle Generation 2. Beliau bergaya dengan Cakera Pengenalan milikknya. Cakera Pengenalan atau Identity Disc ini juga boleh digunakan sebagai perisai untuk menangkis serangan musuh, selain boleh juga dilontarkan sebagai senjata. Apabila sebuah program yang lain terkena serangan Identity Disc ini, maka program itu akan derez. Derez bermaksud program tersebut akan dipadamkan, atau dalam erti kata lain, mati.
Quorra, program yang setia kepada Kevin Flynn. Beliau akan membantu Sam Flynn mencari ayahnya, Kevin Flynn.
Poster Filem TRON Legacy dalam bentuk lebar, memaparkan seorang program sedang menunggang Roda Cahaya Generasi Ke-5.
Roda Cahaya Generasi Ke-5 atau LightCycle Generation 5, tampak popular dalam mana-mana poster filem TRON Legacy.
Poster Filem TRON Legacy dalam bentuk lebar, sekali lagi memaparkan aksi antara dua program berlainan warna cahaya litar yang mewakili Hacker (kuning) dan User (biru).
Poster Filem TRON Legacy yang memaparkan Identity Disc atau Cakera Pengenalan sebagai subjek utamanya. Identity Disc yang dimiliki oleh semua program atau manusia elektronik di alam siber.
Poster Filem TRON Legacy yang memaparkan Identity Disc atau Cakera Pengenalan sebagai subjek utamanya. Identity Disc yang dimiliki oleh semua program atau manusia elektronik di alam siber. Kali ini berwarna kuning, yang sudah semestinya mewakili program-program yang menyokong Hacker.
Poster Filem TRON Reborn Legacy, memaparkan pakaian litar lama yang digunakan oleh program dalam filem terdahulu.
Sam Flynn berusia 27 tahun, anak kepada Kevin Flynn, bergaya dengan Identity Disc atau Cakera Pengenalan miliknya. Beliau adalah manusia, jadi tidak hairanlah dia muncul sebagai program berlitar biru, yang menunjukkan dia menyokong dan berjuang untuk User. User adalah pengguna, pengguna adalah manusia.
TRON: Legacy Movie Synopsis
TRON: Legacy is a 3D high-tech adventure set in a digital world that's unlike anything ever captured on the big screen. Sam Flynn (Garrett Hedlund), a rebellious 27-year-old, is haunted by the mysterious disappearance of his father Kevin Flynn (Jeff Bridges), a man once known as the world's leading video-game developer. When Sam investigates a strange signal sent from the old Flynn's Arcade—a signal that could only come from his father—he finds himself pulled into a digital world where Kevin has been trapped for 20 years. With the help of the fearless warrior Quorra (Olivia Wilde), father and son embark on a life-and-death journey across a visually-stunning cyber universe—a universe created by Kevin himself that has become far more advanced with never-before imagined vehicles, weapons, landscapes and a ruthless villain who will stop at nothing to prevent their escape.
Terjemahan sinopsis Filem Tron Legacy
Sam Flynn, seorang anak muda berusia 27 tahun yang suka memberontak, telah dihantui dengan misteri kehilangan ayahnya, Kevin Flynn, yang pada suatu ketika dahulu amat terkenal sebagai raja dalam industri pembangunan permainan video. Suatu hari, Sam telah pergi menyiasat satu isyarat aneh yang terpancar dari permainan Arcade Flynn yang lama, dan isyarat itu menyerupai isyarat yang hanya boleh dilakukan oleh ayahnya. Sam kemudian telah disedut masuk ke dalam dunia digital, di mana Kevin Flynn terperangkap selama 20 tahun. Dengan bantuan wirawati berani bernama Quorra, maka bermulalah perjuangan hidup dan mati antara ayah dan anak di dalam alam semesta siber yang serba luas. Dapatkah kedua anak-beranak Flynn keluar dari alam permainan digital itu?

|