BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Disember 08, 2010

Cinta Buta Seorang Gadis Berusia 15 Tahun - Surat Pembaca

Cinta Monyet Yang Melibatkan Cinta Tiga Segi

Lagi-lagi Kes Gadis Buta Cinta Terperangkap Dengan Cinta - Ditipu Oleh Si Dia
Saya berumur 15 tahun. Mulanya masalah saya. Saya jenis yang tak percaya akan cinta ketika saya berusia 13 tahun. Tapi bila sudah 3 bulan saya bersekolah di mana saya bersekolah sekarang, saya sudah mula cintakan si S ini. Saya mula berkawan dengan si S ini.

Apabila sudah saya berganjak ke tahun ke-2 saya dikenalkan dengan si MS ni. Saya hanya mahu berkawan tetapi si MS ini mahu lebih dari sekadar kawan jadi saya tidak mahu lalu saya memberi nombor telefonnya kepada Kak Long saya.

Saya tidak mengambil tahu selepas mereka berkenalan walaupun ketika itu Kak Long saya lebih tua daripada si MS ini. Dalam tahun yang sama ketika bulan Ramadhan saya rasa bersalah jika saya tidak meminta maaf kepadanya. Jadi,saya menghantar mesej kepadanya.

Kami berkawan selama 7 bulan dia membicara tantang cintanya kepada saya dan dalam masa yang sama saya telah jatuh hati kepadanya lalu saya menerimanya.

Setelah saya bercinta dengannya selama 4 bulan dia dah menunjukkan yang dia sudah tidak berminat dengan saya. kami putus setelah saya mengetahuinya.

Tahun ini pula, saya telah bercinta dengan si F ni. Dia berjanji dia tidak akan menyakiti hati saya dan dia berkata dia juga faham apa perasaan saya ketika ini. Setelah 2 bulan kami bercinta dia juga melakukan perkara yang sama seperti si MS.

Saya betul-betul terluka ketika ini. Apa yang patut saya lakukan untuk tidak membenci lelaki?

Cinta Monyet menyebabkan pelakunya terpenjara dalam
derita seperti monyet yang dikurung di Zoo.

Jawapan Daripada Amiene Rev
Setelah membaca kisah Saudari Cinta Buta ini, saya dapati kesudahannya sama dengan kebanyakan kisah cinta monyet atau cinta di bangku sekolah yang dialami oleh kebanyakan pelajar atau remaja pada peringkat usia Saudari Cinta Buta.

Kerana itulah amalan cinta monyet ini sangat dilarang dalam agama kita. Azab dan deritalah yang bakal menimpa sesiapa yang bergaul bebas lelaki dan perempuan.

Apa yang patut Saudari Cinta Buta lakukan pada ketika ini ialah menginsafi diri atas dosa dan kejahilan yang telah dilakukan sebelum ini. Tumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menunaikan tanggungjawab saudari sebagai seorang anak. Cuba kira berapa banyak duit yang habis untuk urusan cinta buta dan cinta monyet saudari seperti kredit telefon, masa dan sebagainya.

Fokuslah terhadap pelajaran, dan semoga apabila usia saudari sudah matang dan dewasa, saudari akan faham apakah tujuan cinta yang sebenarnya. Tak perlulah susah-susah hendak berfikir patutkah saudari membenci lelaki atau pun tidak. Jangan kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar. Jika saudari membenci lelaki, itu bermaksud saudari mahu membenci ayah saudari jugalah? Astagfirulahazim, derhaka namanya tu!

Takkan saudari hendak membenci ustaz-ustaz, Perdana Menteri kita, Tuan Guru, Ulama-ulama, Brad Pitt, Justin Bibir, Awie, Nabil Raja Lawak, Rosyam Nor dan lain-lain lelaki di dunia ini semata-mata seekor kumbang murahan seperti itu?

Beristighfarlah wahai Saudari Cinta Buta. Saudari sudah pun mendapat hukuman daripada perbuatan saudari yang lalu, jangan ditambah lagi dengan mengambil keputusan yang sesat lagi menyeksakan seperti itu. Ikutlah cakap ibu bapa dan guru-guru, jangan bercinta, belajarlah rajin-rajin. Nanti di universiti, saudari akan bertemu dengan engineer, lawyer, doktor, imam muda dan sebagainya. Bukankah itu lebih baik?