BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Disember 18, 2010

Petua Hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat Dengan Mudah dan Jimat

Petua Menghilangkan Jerawat dan Parut Jerawat
Ulasan oleh Amiene Rev

Adakalanya kita tidak perlu berbelanja besar untuk mencantikkan wajah. Jerawat dan parut jerawat boleh dihilangkan dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa didapati di dapur atau di sekitar kita.

Menghilangkan Jerawat Dengan Kelapa
Bahan-bahan: Air Kelapa Tua
Cara-cara: Jerawat boleh dihapuskan dengan air kelapa tua. Atau rajin-rajinkan diri minum minyak kelapa dara. Awet muda.

Menghilangkan Jerawat Dengan Kanji Nasi
Bahan-bahan: Nasi Sejuk
Cara-cara: Nasi yang tidak habis boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Pastikan guna kanji nasi yang sejuk.

Menghilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras dan Biji Betik
Bahan-bahan: Beras dan Biji Bitik
Cara-cara: Air rendaman beras dan biji betik yang ditumbuk lumat bila digabungkan akan menjadi bahan pencuci muka yang baik. Jika tidak digunakan boleh dijemur sehingga kering dan disimpan.

Menghilangkan Jerawat Dengan Teh Berwarna Hijau
Bahan-bahan: Daun Teh Hijau
Cara-cara: Daun teh terkenal sebagai rahsia melembutkan kulit tangan. Tangan jadi lebih mulus dan cantik. Siapa tahu, teh berwarna hijau juga boleh digunakan untuk melicinkan muka?


Menghilangkan Jerawat Dengan Jambu Batu
Bahan-bahan: Daun Jambu Batu
Cara-cara: Daun jambu batu yang telah dilumatkan juga berkesan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, gaulkan dengan bedak sejuk, lalu sapu ke muka bila hendak tidur.

Daun senduduk, salah satu bahan untuk menghilangkan parut jerawat

Petua Menghilangkan Kesan Parut Jerawat di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Muka yang ada kesan parut jerawat sudah tentulah kelihatan tidak menarik dan nampak ganas serta samseng. Janganlah bimbang sangat. Sebenarnya, ada beberapa cara untuk menghilangkan parut jerawat pada wajah anda. Cara-cara untuk menghilangkan parut jerawat pada kulit muka adalah seperti berikut:

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis
Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis
Cara-cara: Tumbuk atau kisarkan beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk kulit kayu manis tadi dengan sedikit air.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis dan Madu Lebah
Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis dan Madu Lebah
Cara-cara: Asahkan kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada kulit muka yang berparut pada setiap malam. Keesokkan harinya, cucilah muka dengan menggunakan air suam.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Timun
Bahan-bahan: Timun
Cara-cara: Kisarkan timun dan kemudian tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada kulit muka. Biarkan selama setengah jam. Kemudian, cuci muka sehingga bersih dengan air suam.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Daun Senduduk, Cekur dan Beras
Bahan-bahan: Daun Senduduk, Cekur dan Beras
Cara-cara: Rendamkan beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Daun Sirih
Bahan-bahan: Daun Sirih Muda
Cara-cara: Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka, terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.