BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Disember 30, 2010

Jumaat Cuti Umum - Piala AFF Suzuki 2010 Milik Malaysia

Hari Jumaat 31 Disember 2010 Cuti Umum - Piala AFF Suzuki 2010 milik Malaysia

Sebagai menghargai kejayaan Pasukan Bola Sepak Malaysia sebagai Juara Piala AFF Suzuki 2010 kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat (31 Disember 2010) ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Malaysia akhirnya berjaya menjadi Juara Piala Suzuki AFF 2010 setelah mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2. Nampaknya tiada lagi isu laser dibangkitkan dengan kejuaraan kali ini.

MALAYSIA 4 : 2 INDONESIA - Tirai Akhir Tahun 2010 ditutup dengan penuh gaya.

Juara : USD100,000
Naib juara : USD50,000


REKOD KEJUARAAN DAN KEMENANGAN PIALA AFF SUZUKI 1996-2010
  • 1996 - Thailand menewaskan Malaysia 1-0 di Singapura
  • 1998 - Singapura menewaskan Vietnam 1-0 di Hanoi
  • 2000 - Thailand menewaskan Indonesia 4-1 di Bangkok
  • 2002 - Thailand menewaskan Indonesia 2-2 (4-2 pens) di Jakarta
  • 2004 - Singapura menewaskan Indonesia 5-2
  • 2007 - Singapura menewaskan Thailand 3-2
  • 2008 - Vietnam menewaskan Thailand 3-2
  • 2010 - Malaysia menewaskan Indonesia 4-2 (agregat)

PETIKAN BERITA:
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Dis 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki rabu malam. – BERNAMA