BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Disember 05, 2010

Surat Pembaca - Tekanan Cinta Monyet

Surat Kiriman Ewa yang menyesal dengan Kisah Cinta Monyetnya
Saya berumur 15 tahun..saya sering mengalami tertekan. Ini kerana disebabkan oleh kerana saya sering dikecewakan oleh lelaki yang saya cintai. Walaupun saya tahu bahawa cinta saya hanyalah cinta monyet semata-mata, namun saya tidak boleh terima, saya sayang sangat-sangat pada si dia, namun tanpa diduga saya telah dipermainkan olehnya. Sebelum peperiksaan pertengahan tahun yang lepas, kami telah memutuskan hubungan. Ini disebabkan saya tertekan dan telah 'fail' dalam peperiksaan yang lepas. So, apa saya harus lakukan sekarang, dan macam mana harus saya lakukan untuk melupakan si dia?????
Jawapan balas daripada Amiene Rev yang tidak menggalakkan Ewa melibatkan diri dengan Cinta Monyet
Cinta Monyet adalah salah satu gejala akhlak yang buruk yang semakin menular di kalangan remaja sekolah pada hari ini, di mana mereka sudah mula 'pandai' bercinta ketika di bangku sekolah lagi. Cinta monyet itu sendiri adalah gejala yang tidak sihat, di mana pelakunya bercinta pada usia yang tidak matang dan belum berkemahiran dalam mengendalikan tanggungjawab dunia dan akhirat. Semoga Ewa mendapat pengajaran dan teladan daripada cinta monyet kali ini dan tidak lagi melibatkan diri dalam gejala moral seperti ini. Jauhi cinta monyet bermaksud jauhi kemurkaan Allah S.W.T. Untuk melupakan si dia, Ewa dicadangkan agar mengingati kemurkaan Allah mengatasi si dia yang cuma manusia ciptaan-Nya juga. Bacalah Al-Quran sentiasa, kerana itlah penawar hati yang paling mujarab. Selain itu beristighfarlah sebanyak-banyaknya. Anggaplah penderitaan Ewa pada hari ini adalah sebagai balasan Tuhan kerana kejahilan Ewa melibatkan diri dalam cinta monyet yang tidak berfaedah itu. Kuatkan semangatmu, Ewa.