ULASAN BLOG: Blog Komik Malaysia RA-CD
Blog Komik Malaysia ini memuatkan senarai berpuluh-puluh dan mungkin beratus-ratus komik karya penulis tempatan. Komik-komik yang dikumpulkan di sini termasuklah komik-komik dari era 1980-an. Sudah lama saya tidak menerokai dunia blog kerana situasi profesionalisme di tempat kerja tidak mengizinkan. Lalu, saya berhenti agak lama daripada mengulas blog.
Namun, baru-baru ini saya tertarik dengan sebuah blog tempatan, yang dihasilkan oleh blogger bernama Rasidi. Alamat blog beliau, ra-cd.blogspot.com yang mungkin merupakan singkatan bagi nama beliau sendiri. Persoalannya, kenapa beliau tidak menggunakan nama blog Komik Malaysia? Saya cuba menaip menggunakan nama Komik Malaysia di blogspot, dan ternyata nama tersebut telah pun digunakan oleh blogger lain, tetapi isi kandungannya kosong.
Komik Misteri Penyiasatan dan Thriller Malaysia
Komik Rahsia Pulau Terpencil dan Komik Misteri Harta Karun
Komik Rahsia Pulau Terpencil dan Komik Misteri Harta Karun
Antara penerbit-penerbit komik yang pernah dibicarakan di dalam Blog Komik Malaysia hasil usaha Rasidi ini termasuklah Adabi, Bayan, Berita Publishing, Bina Publishing, Buku Prima, CESB, Dayacipta, Gala Unggul, Komik Cempaka, KRU Studio, Kumpulan Karangkraf, Majaya Enterprise, Mediaseni, MOY, Penerbitan Karyatis dan Pustaka Trijaya. Dengan ilmu tentang komik-komik yang luas seperti ini, ternyata Rasidi sememangnya seorang peminat dan penggemar komik tempatan yang sejati.
Beliau juga ada menulis mengenai pelukis-pelukis komik dan kartunis tempatan seperti A. Ghafar Bahari, Aie, Ashraf, Athool, Cik Li, D.Yusuff, Don, Embong Mohd, Fatah, Halimah, Hussain Sa'ad, Ibrahim Hamid, Johari Md. Desa, Kasbi Sarbini, Khuzae, Lat, Lee Inas, Leo, Mab, Marzuki, Mohd. Abqari Ayob, Mohd. Nor Kasman, Mohd. Rohaidi Ramli, Muhajir, Nik Abdullah, Nik Hashim NMY, Pot, Rasyid Asmawi, Rejabhad, Rosli Abd. Hamid, Salman Johari, Sanjay, Sudirman, Sun, Ubi, Ujang, Yamin Daud, Zaharuddin Sarbini, Zainal Buang Hussein, Zint dan Zulk.
Menerusi blog beliau juga, pengunjung akan dapat mencari blog-blog kepunyaan pelukis komik dan kartunis Malaysia. Memandangkan blog yang berusia 2 tahun ini masih aktif, maka saya berharap untuk melihat apakah berkembang selanjutnya yang akan dicapai oleh blog ra-cd.blogspot.com ini. Kebanyakan komik sekitar tahun 1980an yang dikongsi menerusi Blog Komik Malaysia ini juga boleh dibaca secara online atau dimuat-turun begitu saja.
Perkara terakhir yang ingin saya sentuh di dalam ulassan blog saya ini, ialah, bagaimana pula dengan status hakcipta karya-karya pelukis komik tempatan tersebut? Adakah masih wujud? Maka di sini cadangan saya buat pemilik Blog Komik Malaysia, semoga anda akan dapat melihat aspek hakcipta ini dengan lebih serius kerana saya dapati kebanyakan komik yang dimuatkan di Blog Komik Malaysia boleh dibaca secara sepenuhnya, sama ada satu keluaran atau edisi.
Kesimpulannya usaha Rasidi untuk menghimpun kembali nostalgia komik-komik Malaysia boleh dipuji. Usaha beliau yang berterusan sepanjang dua tahun ini, iaitu sekitar tahun 2008 menunjukkan minat dan komitmen beliau yang mendalam dalam terus memperkenalkan komik-komik tempatan yang terdahulu. Rasidi juga turut menyebut nama setiap pelukis luaran (kulit komik) dan pelukis utama bagi setiap komik yang diulasnya. Ini sedikit sebanyak membantu menghargai usaha para pelukis komik tempatan di Malaysia.
Ensiklopedia Blog Duke Amiene RevPerkara terakhir yang ingin saya sentuh di dalam ulassan blog saya ini, ialah, bagaimana pula dengan status hakcipta karya-karya pelukis komik tempatan tersebut? Adakah masih wujud? Maka di sini cadangan saya buat pemilik Blog Komik Malaysia, semoga anda akan dapat melihat aspek hakcipta ini dengan lebih serius kerana saya dapati kebanyakan komik yang dimuatkan di Blog Komik Malaysia boleh dibaca secara sepenuhnya, sama ada satu keluaran atau edisi.
TQ untuk review anda. Mengenai hak cipta sebenarnya saya memang menitik beratkan bahan-bahan yang mempunyai hak cipta sebab itu komik yang dipaparkan kandungan hanya komik yang saya pastikan tidak timbul masalah hak cipta kelak sebab itu komik-komik keluaran KRU, Bayan, Creative dan Karangkraf saya tidak upload kerana tidak mahu timbul masalah hak cipta kelak. - Maklum balas daripada Rasidi, Isnin, 20 Disember 2010, 16:53
Kesimpulannya usaha Rasidi untuk menghimpun kembali nostalgia komik-komik Malaysia boleh dipuji. Usaha beliau yang berterusan sepanjang dua tahun ini, iaitu sekitar tahun 2008 menunjukkan minat dan komitmen beliau yang mendalam dalam terus memperkenalkan komik-komik tempatan yang terdahulu. Rasidi juga turut menyebut nama setiap pelukis luaran (kulit komik) dan pelukis utama bagi setiap komik yang diulasnya. Ini sedikit sebanyak membantu menghargai usaha para pelukis komik tempatan di Malaysia.
- Blog: Komik Malaysia
- Alamat Blog: http://ra-cd.blogspot.com
- Blogger: Rasidi
- Tahun terbitan: 2008 - sekarang (2010-aktif)
- Kategori Blog: Hobi, Arkib, Komik, Karya Seni
|