BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Disember 12, 2010

Prosedur Dari Penempatan, Pelantikan Tetap ke Pengesahan Jawatan

Prosedur Dari Penempatan, Pelantikan Tetap ke Pengesahan Jawatan
Tidak pasti jika sekarang ada prosedur baru untuk proses pengesahan jawatan. Prosedur yang dinyatakan di sini bermula selepas tamat pengajian.
  1. Dapat surat tawaran sebagai GSST daripada Bahagian Sumber Manusia (BSM).
  2. Dapat surat penempatan (posting) ke sekolah sama atau penempatan semula (reposting) ke sekolah lain (jika diperlukan).
  3. Berkhidmat seperti seorang guru profesional untuk penilaian pra-perkhidmatan.
  4. Memohon temuduga SPP menerusi e-permohonan di laman web SPP, paling cepat 4-6 bulan dipanggil.
  5. Dapat surat panggilan temuduga SPP.
  6. Lepas sebulan temuduga dapat surat tawaran ke lantikan tetap daripada SPP
  7. Surat tawaran tersebut perlu dijawab segera, dan patuhi kehendak surat termasuk buat akuan sumpah dan medical check-up.
  8. Dapat surat pengesahan pelantikan.
  9. Penilaian Guru Besar/Pengetua (pencerapan P&P biasanya)
  10. Guru Besar/Pengetua akan buat permohonan untuk mengesahkan guru dalam perkhidmatan, biasanya dalam tempoh setahun lepas dapat surat pengesahan pelantikan. Kita diminta pilih skim KWSP atau pencen.
  11. Terima surat akuan penerimaan urusan pengesahan dalam perkhidmatan daripada JPN dan SPP (dua surat berlainan).
  12. Dapat surat pengesahan dalam perkhidmatan (layak mohon PTK, tetapi kini PTK sudah dimansuhkan - mungkin ada benda baru menggantikan PTK)
  13. Dapat surat pengesahan masuk ke skim pencen jika sebelum ini guru ada pilih pencen (semasa diminta pilih skim KWSP atau pencen - rujuk Nombor 10) dalam tempoh 3 tahun.
  14. Surat LHDN akan datang menemui guru, jika guru tersebut layak (atau mungkin sekarang dah sampai pun).
PERKARA NO.8: DAPAT SURAT PENGESAHAN PELANTIKAN
Kebiasaannya selepas prosedur nombor 8, guru akan dapat tunggakan sebelum ini.