BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Tokoh Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh Dunia. Papar semua catatan

Isnin, April 09, 2012

Al-Khawarizmi Penyelamat Malaysia


AL-KHAWARIZMI PENYELAMAT MALAYSIA
Strategi PengIslaman Sains dan Matematik
Penulis: Amiene Rev (C) 2012


Negara kita pernah dijajah Jepun. Pada ketika itu rakyat Malaysia hidup penuh penderitaan. Jika bukan kerana Nagasaki dan Hiroshima diletupkan dengan bom nuklear, barangkali Jepun belum mahu menyerah kalah, dan Malaysia akan terus tinggal mimpi, dengan nama Tanah Melayu dijajah Jepun kekal dalam lipatan sejarah. Bom atom atau bom nuklear yang digugurkan di kedua-dua tempat itu adalah berdasarkan formula algebra yang dicipta oleh Albert Einstein. Namun begitu, siapakah pencipta algebra? Pencipta algebra, adalah Al-Khawarizmi. Dengan izin Allah, secara tidak langsung, penemuan cabang ilmu algebra oleh Al-Khawarizmi, telah membantu Tentera Perikatan mengalahkan Jepun, dan seterusnya Jepun meninggalkan Malaysia.

Al-Khawarizmi adalah nama gelaran bagi Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi. Nama lain beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Orang Barat pula memanggil Al-Khawarizmi dengan beberapa nama mengikut lidah mereka iaitu seperti Al-Cowarizmi, Al-Ahawizmi, Al-Karismi, Al-Goritmi dan beberapa nama lagi. Namun, Orang Barat tidak pernah memanggil Al-Khawarizmi sebagai Al-Gore.
   
Al-Khawarizmi telah dilahirkan di Bukhara. Beliau mencapai zaman kegemilangannya sekitar tahun 780 hingga 850 Masihi. Al-Khawarizmi telah dilaporkan meninggal dunia sekitar tahun 220 dan 230 Masihi. Kisah kematiannya tidak cukup jelas, kerana ada pula yang mengatakan Al-Khawarizmi hidup di sekitar abad ke-9 Masihi.

Seperti kebanyakan tokoh-tokoh intelektual Islam yang lain, Al-Khawarizmi juga menguasai banyak cabang ilmu termasuklah bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kimia, kejuruteraan dan juga sejarah Islam. Kerana cintanya Al-Khawarizmi terhadap ilmu sehingga beliau mampu menguasai banyaknya cabang ilmu ini, Al-Khawarizmi mula dikenali sebagai Mufatih Al-Ulum.

Al-Khawarizmi telah memperkenalkan Al Jabar atau lebih dikenali sebagai algebra dalam dunia Matematik hari ini. Menerusi ilmu ini, pelbagai formula terhasil. Menerusi ilmu algebra jugalah, Albert Einstein berjaya mencipta formula tenaga sehingga terhasilnya bom nuklear. Boleh dikatakan Al-Khawarizmi secara tidak langsung adalah Penyelamat Malaysia.

Hasil-hasil karya Al-Khawarizmi termasuklah Al-Jabr wa’l Muqabalah, di mana beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Beliau juga telah menghasilkan karya yang berjudul    Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah. Menerusi karya ini, Al-Khawarizmi telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi. Menerusi karya beliau yang berkaitan dengan Sistem Nombor pula beliau telah memperkenalkan konsep angka sifar dan kini angka sifar merupakan angka yang sangat penting dan digunakan secara meluas di seluruh dunia sehinggalah ke hari ini. Sistem Nombor telah diterjemahkan ke bahasa Latin, iaitu De Numero Indorum. Karya beliau yang berjudul Al-Jami wa Al-Tafsir bi Hisab al-Hind juga turut diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

Al-Khawarizmi turut memperkenalkan konsep kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segi tiga sama, mengira luas segi tiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Selain itu, beliau turut memperkenalkan permasalahan melibatkan pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor.

Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana Matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat. G.Sarton telah mengatakan “pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperolehi oleh orang-orang Timur....” dan ini turut melibatkan Al-Khawarizmi.

Menurut Wiedmann pula berkata, "al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains".

Strategi Pengislaman Sains Matematik

Dalam melaksanakan proses pengIslaman Sains Matematik, konsep ilmu Sains Matematik perlulah mengambil kira aspek tauhid, syariah dan akhlak.

DEFINISI

Tauhid: Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain.  Mengikut matlamat  Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu simbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan.  Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan Matematik. Setiap falsafah dan epistemologi Sains Matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

Syariah: Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat.  Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri.  Dari sudut ini, ahli Matematik Islam yang cuba menyelesaikan masalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi.  Oleh itu, Matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.

Akhlak: Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan ke dalam Matematik dan juga ia perlu dimasukkan ke dalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni.  Ilmu yang dipelajari contohnya akhlak yang terdapat dalam bidang Matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan.  Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri.  Melalui asas paradigma tauhid dan syariah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

Selasa, Februari 10, 2009

100 Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah

"Bukan senang hendak jadi pemimpin terulung, bukan susah hendak jadi pemimpin terguling." - Amiene Rev

No. Nama Pengaruh/Peranan
1 Muhammad S.A.W Pengasas Islam, penakluk Tanah Arab
2 Isaac Newton Ahli fizik, penemu teori kegravitian semesta dan hukum gerakan
3 Isa A.S/Jesus Pembawa asal agama Nasrani
4 Siddharta GautamaBuddha) ( Membawa fahaman Buddha
5 Confucius Pengasas fahaman Konfusianisme
6 St. Paul Penyebar agama Kristian
7 Ts'ai Lun Pencipta kertas
8 Johann Gutenberg Memajukan mesin percetakan; memperkenalkan percetakan Bible
9 Christopher Columbus Pelayar; Pemula ekspedisi rakyat Eropah ke Amerika
10 Albert Einstein Ahli fizik, penemu teori kerelatifan dan Fizik Einstein
11 Louis Pasteur Ahli sains, penemu proses pempasteuran
12 Galileo Galilei Ahli astronomi, mengembangkan teori sistem suria heliosentrik (berpusatkan matahari)
13 Aristotle Ahli falsafah Yunani berpengaruh
14 Euclid Ahli matematik, memperkenalkan geometri Euclid
15 Musa Nabi bagi penganut Yahudi, Nasrani dan Islam
16 Charles Darwin Ahli biologi, menerangkan teori evolusi
17 Shih Huang Ti Maharaja China
18 Augustus Caesar Maharaja Empayar Rom
19 Nicolaus Copernicus Ahli astronomi, mengusulkan sistem suria heliosentik
20 Antoine Laurent Lavoisier Bapa kimia moden, ahli falsafah dan ekonomi
21 Constantine Maharaja Rom yang mengiktiraf Kristian sebagai agama rasmi negara
22 James Watt Memajukan enjin wap
23 Michael Faraday Ahli fizik, kimia dan penemu aruhan magnet-elektrik
24 James Clerk Maxwell Ahli fizik, penemu spektrum elektromagnet
25 Martin Luther Pengasas mazhab Protestan dan Lutheranisme
26 George Washington Presiden pertama Amerika Syarikat
27 Karl Marx Pengasas Marxisme, Komunisme Marxisme
28 Orville dan Wilbur Wright Pencipta kapal terbang
29 Genghis Khan Penakluk Mongol
30 Adam Smith Ahli ekonomi, falsafah, menerangkan kapitalisme, pengarang The Thoery of Moral Sentiments
31 Edward de Vere/William Shakespeare Sasterawan, juga menulis 6 jilid buku falsafah dan keagamaan
32 John Dalton Ahli kimia, fizik, mengembangkan teori atom dan hukum tekanan separa (Hukum Dalton)
33 Alexander yang Agung Penakluk, putera Makedonia
34 Napoleon Bonaparte Penakluk, maharaja Perancis
35 Thomas Edison Pencipta mentol lampu, fonografi, dll.
36 Antony van Leeuwenhoek Memperkembangkan mikroskop, mengkaji hidupan mikroskopik
37 William T.G. Morton Perintis anestesiologi (pelalian)
38 Guglielmo Marconi Pereka radio
39 Adolf Hitler Penakluk, peneraju Kuasa Paksi dalam Perang Dunia Kedua
40 Plato Pengasas fahaman Platonisme
41 Oliver Cromwell Ketua politik dan ketenteraan British
42 Alexander Graham Bell Pencipta telefon
43 Alexander Fleming Penemu penisilin, ahli bakteriologi, imunologi dan kemoterapi
44 John Locke Ahli falsafah dan fahaman liberal
45 Ludwig van Beethoven Ahli muzik dan pengarang lagu
46 Werner Heisenberg Penemu mekanik kuantum, prinsip ketidakpastian, ketua program nuklear Nazi Jerman
47 Lousi Daguerre Penemu/pencipta fotografi
48 Simon Bolivar Wira kebangsaan Venezuela, Colombia, Peru, Equador dan Bolivia
49 Rene Descartes Ahli matematik dan falsafah rasional
50 Michelangelo Ahli seni, pelukis, arkitek dan pengukir
51 Paus Urban II Menyeru Perang Salib pertama
52 Umar ibni Al-Khattab Khalifah kedua, meluaskan empayar Islam
53 Asoka Raja India yang menganut dan menyebarkan Buddha
54 St. Augustine Ahli agama Kristian awal
55 William Harvey Mengembangkan sistem kitaran darah, menulis asas bagi embriologi moden
56 Ernest Rutherford Ahli fizik, perintis fizik subatom
57 John Calvin Pembentuk semula Protestan, pengasasn Calvinisme
58 Gregor Mendel Memperkenalkan genetik Mendelian
59 Max Planck Ahli fizik dan pakar termodinamik
60 Joseph Lister Menemui antiseptik
61 Nikolaus August Otto Membina enjin pembakaran 4 lejang pertama
62 Francisco Pizarro Penakluk Sepanyol di Amerika Selatan dan menewaskan kaum Inca
63 Hernando Cortes Menguasai Mexico untuk Sepanyol, memusnahkan tamadun Aztec
64 Thomas Jefferson Presiden ketiga Amerika Syarikat
65 Ratu Isabella I Pemerintah Sepanyol yang mengizinkan Christopher Columbus belayar
66 Joseph Stalin Pemimpin revolusi Kesatuan Soviet
67 Julius Caesar Penakluk, diktator Rom
68 William si Penakluk Penakluk, mengasaskan England moden
69 Sigmund Freud Mengasaskan sekolah psikologi/psikoanalisis Freudian
70 Edward Jenner Penemu vaksinasi bagi campak
71 Wilhelm Conrad Roentgen Penemu sinar X
72 Johann Sebastian Bach Ahli muzik, penggubah lagu
73 Lao Tzu Pengasas fahaman Taoisme
74 Voltaire Penulis dan ahli falsafah, menulis Candide
75 Johannes Kepler Ahli astronomi, menerangkan pergerakan planet dalam Hukum Kepler
76 Enrico Fermi Memulakan zaman atom, bapa bom atom
77 Leonhard Euler Ahli fizik, matematik, kalkulus pengkamiran dan pembezaan
78 Jean-Jacques Rousseau Pengarang dan ahli falsafah
79 Niccoló Machiavelli Menulis the Prince, risalah politik berpengaruh
80 Thomas Malthus Ahli ekonomi, penulis Essay on the Priciple of Population
81 John F. Kennedy Presiden Amerika Syarikat yang mengetuai usaha manuisa untuk ke "planet" lain.
82 Gregory Pincus Ahli endokrinologi, meperbaiki pil pencegah kehamilan
83 Mani Pengasas Manicheanisme
84 Lenin Pemimpin Rusia
85 Sui Wen Ti Menyatukan China
86 Vasco Da Gama Ahli pelayaran, menemui jalan ke India melalui Tanjung Harapan
87 Cyrus yang Agung Pengasas empayar Parsi
88 Peter yang Agung Memasukkan Rusia ke dalam negara-negara Eropah
89 Mao Zedong Membentuk fahaman Maoisme, satu bentuk komunismeChina
90 Francis Bacon Ahli falsafah, menerangkan secara induktif akan kaedah ilmiah
91 Henry Ford Memajukan automobil, pencapaian dalam pengilangan
92 Mencius Ahli falsafah, menubuhkan sekolah Konfusianisme
93 Zoroaster Mengasaskan agama Majusi (Zoroastrianisme)
94 Ratu Elizabeth I Pemerintah England, mengembalikan kuasa Gereja England selepas Ratu Mary
95 Mikhail Gorbachev Perdana Menteri Rusia yang membantu menamatkan komunisme di Kesatuan Soviet
96 Menes Menyatukan Mesir Hulu dan Mesir Hilir
97 Charlemagne Pembaptisannya mendorong kepada terciptanya Empayar Rom Suci pada 800 Masihi
98 Homer Pemuisi epik
99 Justinian I Maharaja Rom, menakluk kembali empayar Mediterranean
100 Mahavira Pengasas fahaman Jainisme
sumber: Wikipedia.com