BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Kurikulum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kurikulum. Papar semua catatan

Jumaat, September 07, 2012

Kurikulum Baharu Sejarah - Subjek Sejarah Dirombak

Subjek Sejarah Dirombak
07/09/2012 - 05:49:52AM BERITA HARIAN

Kuala Lumpur: Kerajaan sedang merangka kurikulum baru subjek Sejarah sekolah menengah untuk melahirkan warganegara bersemangat patriotisme yang tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia berpandukan perakuan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah.

Tumpu pada kurikulum

Beliau berkata, ia juga selaras dengan perhatian khusus kerajaan terhadap kandungan kurikulum subjek Sejarah di sekolah. Jawatankuasa khas dipengerusikan Tan Sri Omar Mohd Hashim (Pengerusi Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM)) mempunyai tugas besar dan berat. Laporan sudah diserahkan dan Insya-Allah akan dilaksanakan, katanya ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Majlis PSM ke-57, di Wisma Sejarah di sini, semalam.

Jawatankuasa khas yang ditubuh pada Mei 2011 dianggotai 10 pakar sejarah bertujuan membantu mengkaji semula kandungan kurikulum dan buku teks Sejarah sekolah menengah. Ia bagi memastikan subjek itu mampu melahirkan pelajar yang mempunyai perasaan cintakan tanah air, sekali gus memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warga Malaysia. Penubuhannya juga selaras dasar kerajaan menjadikan Sejarah subjek wajib lulus peringkat SPM mulai 2013.

Zaman yang menganggap Sejarah boleh diajar oleh sesiapa saja dan menganggap ia sebagai satu mata pelajaran pinggiran sudah berlalu. Kita mahu Sejarah diberi nafas baru, dimartabatkan dengan perhatian yang serius dan diajar oleh mereka yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu itu, katanya.

Kurikulum Baharu Mata Pelajaran Sejarah
SUMBER: KOSMO

MUHYIDDIN (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Omar (kiri) ketika melawat pameran sempena Mesyuarat Tahunan Majlis ke-57 PSM di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran merangka kurikulum baharu mata pelajaran Sejarah untuk pelajar sekolah menengah bertujuan melahirkan warga negara yang mempunyai semangat patriotisme lebih tinggi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kurikulum baharu itu berpandukan kepada perakuan-perakuan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah.

“Kerajaan memberi perhatian khusus terhadap kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah di sekolah,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Majlis ke-57 Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Wisma Sejarah di sini semalam.

Jawatankuasa yang ditubuhkan pada Mei 2011 dianggotai 10 pakar sejarah dan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PSM, Tan Sri Omar Mohd. Hashim.

Fungsi utama jawatankuasa tersebut adalah menentukan hala tuju perkembangan kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam merealisasikan keperluan semasa dan cabaran masa depan.

Ahad, Januari 25, 2009

Pendidikan: Definisi dan Konsep Kurikulum

Definisi dan Konsep Kurikulum

Definisi Kurikulum 1:
Satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajat (Ornstein dan Hunkin,1998)

Definisi Kurikulum 2:
Kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. (Mohd Daud, 1995)


Konsep Kurikulum
  • Dokumentasi khas dan panduan.
  • Tumpuan kepada kaedah penyampaian.
  • Program pengajian yang merujuk kpd mata pelajaran
  • Membentuk pengalaman pembelajaran terancang.
  • Konsep yang tersirat.

Matlamat dan objektif Kurikulum
  • Garis panduan dan penentu sempadan ilmu.
  • Penyampaian maklumat ikut peringkat.
  • Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa.
  • Membina modal insan abad ke 21.
  • Melahirkan insan seimbang (J.E.R.I.S)
  • Kurikulum yang sama – ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu.
  • Melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.

Hala tuju kurikulum

Dibina berdasarkan:

1. Dasar Pendidikan Negara:
  • Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Pendidikan) 1997.
  • Akta pendidikan 1996
2. Laporan Kabinet 1979:
  • Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979)
  • KBSR digubal.
3. Falsafah pendidikan


Proses Pembentukan Kurikulum

Mengkaji, menganalisis dan memilih:
  • Teori-teori berkaitan
  • Falsafah pembentukan kurikulum
  • Kriteria pembentukan kurikulum

Teori Berkaitan Kurikulum

Teori Berkaitan Kurikulum 1: Tradisional
  • Diasas oleh Dewey, Bobbit, Tyler, Taba dan lain-lain.
  • Pentingkan proses pemindahan pengetahuan
Teori Berkaitan Kurikulum 2:Teori konseptual
  • Diasas oleh Bloom, Brunner, Stake dan lain-lain.
  • Ilmu pengetahuan distruktur mengikut konsep utama.
  • Fokus kepada analisis situasi semasa.
Teori Berkaitan Kurikulum 3: Teori rekonseptual
  • Diasas oleh ahli akademik berfahaman Marxism.
  • Kurikulum adalah bidang ilmu yang dapat membekalkan pedoman dan garis panduan.

Falsafah Pembentukan Kurikulum
  • Idealisme - Ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir.
  • Realisme - Kebenaran adalah apa yang dapat dilihat
  • Paramatisme - Idea yang dapat dipraktikkan adalah benar.
  • Perianelisme - Pendidikan adalah berada dalam keadaan tetap.
  • Essentialisme -Kurikulum dan guru adalah faktor penting dalam pembelajaran
  • Progressivesme - Pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan
  • Rekonstrutionalisme - Penerapan t/jawab sosial dan lahir masyarakat berilmu
  • Eksistentialisme - Pendidikan melalui persekitaran. Guru bantu murid meneroka.

Kriteria Pembentukan Kurikulum

3 kategori Reka bentuk:
  • Berpusatkan subjek
  • Matapelajaran
  • Disiplin
  • Bersepadu
  • Korelasi
Berpusatkan pelajar:
  • Keperluan pelajar
  • Pengalaman
  • Humanistik - Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia. Proses belajar dianggap berhasil jika si pelajar memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Teori belajar ini berusaha memahami perilaku belajar dari sudut pandang pelajar, bukan dari sudut pandang pengajar.
Berpusatkan masalah.
  • Situasi kehidupan
  • Susun semula masyarakat

Kurikulum PJK

1. Berasaskan keupayaan 3 domain:
  • Psikomotor
  • Kognitif
  • Afektif
2. Penyelitan unsur subjek lain seperti sains, matematik, geografi dan lain-lain.

3. Berpusatkan pelajar.

4. Menggabungkan nilai

5. Aplikasi teori pragmatisme.

Nama pragmatisme berasal dari kata Yunani pragma yang bermaksud tindakan. Hal ini sesuai dengan pola pemikiran pragmatisme sendiri, yang menitikberatkan pada tindakan manusia. Pada dasarnya pragmatisme lebih menekankan kepada kaedah dan pendirian daripada suatu falsafah yang sistematik, iaitu suatu kaedah penyelidikan eksperimental yang diterapkan dalam pelbagai bidang kehidupan. Salah satu pelopor pragmatisme adalah Charles S. Peirce.