BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, April 30, 2007

Free Blogger Beta XML Template - Transformers by Amiene Rev


Template Name: Amiene Rev's Transformers Anti-Footer
Designer: Amiene Rev
Preview: Click here
Download: Right click here and Save As

NOTE: This free blog template is for Blogger Beta only. XML code avaiable.
TIPS: Do not put anything on the footer since this is an Anti-Footer XML code.

Ahad, April 29, 2007

Video Menyayat Hati: Harimau Yang Kesal Kerana Membunuh Ibunya


Harimau ini membunuh seekor baboon betina. Tanpa disedari, baboon itu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, sempat melahirkan seekor bayi baboon.

Rasa bersalah, harimau tersebut memutuskan untuk menjaga anak baboon ini. Sebuah video yang menyayat hati. Dalam kehidupan manusia? Bagaimana pula? Manusia ada yang menindas dan ditindas.

CGI Andy Huang: Wanita Dengan Kecantikan Palsu


Sesetengah wanita suka memakai mekap tebal. Anda pasti akan menyaksikan sesuatu yang tragis menerusi video YouTube ini. Sesuatu yang sungguh unik. Saya memberi kredit yang tinggi untuk pencipta animasi 3D ini, iaitu Andy Huang. Judul video YouTube ini ialah Face Doll iaitu sebuah robot yang suka menghias wajahnya dan berakhir dengan... tonton sendiri.

Serigala Berdendam Dengan Melayu

SERIGALA
Penulis: Amiene Rev (C) 2007

Pada malam itu, buat pertama kali, salji turun di Malaysia. Kanak-kanak bergembira. Orang tua yang matang, berasa susah hati.

"Salji tidak pernah turun di Malaysia."


"Ini suatu malapetaka!"

"Ini tandanya bumi sudah hampir kiamat!"

Tidak lama kemudian, air laut di Selat Melaka mula membeku. Diikuti dengan Selat Johor, dan Laut Cina Selatan. Ribut salji semakin kuat.

"Kami kaum nelayan dengan ini, memutuskan tidak ada lagi pekerjaan sebagai nelayan. Tidak ada ikan yang boleh dipancing, tidak ada sardin untuk dijala!"

"Ada! Ada!"

"Apa dia?"

"Ikan sepilar di kebun Tok Wan!"

"Diam engkau!" Lalu, semua manusia kini tidak lagi dapat makan ikan! Lautan sudah membeku. Salji tebal turun berlapis-lapis. Semua minuman turut membeku, tidak kira air tin, teh tarik, air mineral mahu pun RO. Sehinggakan tidak ada satu pun arak dapat diminum.



Disko-disko mula tertutup dengan tersendirinya. Calsberg, Tiger dan seangkatan dengannya lingkup begitu sahaja. Manusia tidak dapat lagi minum air, kecuali air dari sumber-sumber perigi dan kolah yang terdapat di masjid dan pusat-pusat yang suci dan halal.

Bagaimana ini? Semua orang kehausan dan kesejukan. Kemudian di gudang-gudang membeli belah, tidak ada satu pun barang minuman untuk diminum, kecuali air herba Za'faran yang sentiasa kekal cair dan dengan itu, berebut-rebut sekalian manusia mahu meminumnya!

"Halalkah ini?" Belum sempat para manusia dapat meneguk biar setitik pun air herba Za'faran itu, tiba-tiba air itu membeku.

Lalu Tuan Punya Gudang pun datang, mengasihani para manusia yang kehausan dan berkata. "Maka aku halalkan minuman itu untukmu dengan syarat kalian harus membahagi-bahagikan sesamamu."

Lalu air-air Za'faran itu pun cair dan dapat diminum.

Tiba-tiba terdengar lolongan serigala dari serata arah. Serigala-serigala telah mengembara beribu-ribu kilometer jauhnya, dari hutan-hutan di seluruh pelusuk dunia, merintangi kiub-kiub ais yang beku di lautan, lalu sampai ke Malaysia.

"Ouwwww!!!! Auuwwwooooo!!!!" Maka bangsa Melayu yang sekalian ramai itu pun terkejut. Serigala-serigala terus datang mengganas. Menerkam dan menggigit manusia. Serigala-serigala ini tidak menaruh belas kerana perut mereka sememangnya sudah kelaparan kerana jauhnya berjalan.

Manusia hiruk-pikuk berlari ke sana, memanjat tangga bangunan, dan ada yang tergelincir kerana licinnya salji-salji yang tak kunjung turun dari langit.

Ini bencana! Ini adalah malapetaka! Serigala-serigala terus menyerang! Menyerang Melayu!


Kadangkala Rekabentuk Sendiri Yang Buruk Itu Lebih Bermakna

Aku telah kembali ke rekabentuk asal. Malam tadi aku sempat menonton Akademi Fantasia 5. Seperti biasa aku menunggu persembahan Aizat. Seperti biasa? Aku rasa baru dua atau tiga kali aku sempat menonton AF5. Pertama ketika bertemakan kemanusiaan, kedua... aku tidak pasti apa temanya, itu pun semasa aku sedang makan malam. Ketiga, malam tadi, bertemakan budaya Melayu.

Malam tadi ada kejutan, ada mesej kekeluargaan.
Mengenai ibu bapa. Aku melihat Aswad sayu lagi. Namun malam tadi mungkin malam yang paling gemilang untuk AF5, setakat ini. Sebab aku ada mendengar banyak khabar mengenai konsert AF5 yang hambar, tidak menarik dan tidak dapat meninggalkan kenangan buat para penonton. Malam tadi, Fauziah Ahmad Daud menangis, barangkali masih teringatkan pemergian ayahnya.

Aku tidak menonton rancangan itu sampai habis.
Biasanya selepas habis makan, aku akan segera berangkat meninggalkan kafe tersebut. Jadi aku tidak tahu apa keputusannya. Keputusan siapa yang terkeluar tidak penting, sebab, apabila seorang itu tekun dan melaksanakan tanggungjawabnya dalam satu-satu bidang, dia sememangnya layak untuk mendapat masa depan yang baik, biarpun terkeluar awal. Kejuaraan bukan faktor penting untuk para peserta mendabik dada, untuk sentiasa berada di atas.

Bercakap mengenai kekeluargaan, bercakap mengenai rekabentuk blog, aku dapati kedua-duanya adalah perkara yang 'sama'. Tidak semua orang mendapat keluarga yang baik. Namun keluarga yang baik itu boleh direkabentuk.

Kelmarin aku mengubah blog. Tiba-tiba aku rindukan
rekabentuk blog lama, lalu aku kembali ke blog ini. Seperti rindunya kita kepada keluarga kita. Kepada ibu bapa kita. Ada manusia yang bernasib baik mendapat ibu bapa yang penyayang, namun ada juga yang tidak memiliki ibu bapa. Walau bagaimana buruk atau teruknya ibu bapa itu, bagaimana seorang anak itu mampu untuk mengabaikan ibu bapanya?

Mengenai kisah tujuh orang anak dengan... Hm. Setiap orang pasti melalui pelbagai kenangan dalam keluarganya. Begitu juga dengan rekabentuk blog, biar pun kalau-kalau hodoh, aku tetap menyukai dan menghargai rekaan aku.

Ramai orang dapat menerima kekurangan rekabentuk blognya, kerana blog itu adalah milik mereka. Mereka menggubah kod dan menghias blog mereka. Biarpun tidak cantik, mereka tetap berpuas hati. Seperti satu keluarga...

Kadangkala rekabentuk sendiri yang buruk itu lebih bermakna, sebab itu pengalaman aku, bukan pengalaman orang lain. Aku melalui sendiri menerusi blog ini, oleh itu aku menghargainya.

Inikah dinamakan, keajaiban dalam dunia blog?

Jumaat, April 27, 2007

Mengubah Kod XML Blogger Versi Baru Selaku Pengkritik Blog

Terkini:

Wah! Saya merindui reka bentuk blog ini. Jadi buat sementara waktu saya kembali ke reka bentuk ini. Cuma perlu guna fungsi "Revert to Classic Template" untuk kembali ke reka bentuk sebelumnya

Buat masa ini terlalu banyak gangguan internet. Saya mendapat tahu orang luar dari Malaysia ada mentertawakan "Malaysian Broadband" kerana banyak masalah dan perlahan.

Apa pandangan ramai?

Buat sementara waktu ini saya akan kekal dengan reka bentuk ini.

Lama3:

Yup! Sekarang saya sudah menambah fungsi baru terhadap blog ini supaya kelihatan sangat fleksibel dan mesra penguna.

Masih belum siap sepenuhnya... ada kod-kod lain yang perlu ditambah. Memandangkan kerja-kerja ini dilakukan dengan menggunakan 100% menggunakan HTML dan XML (tidak ada Dreamweaver, tidak ada Director, tidak ada Frontpage mahupun MS Word), kerja mereka bentuk semula Blogger lama ke Blogger Beta ini pasti akan mendatangkan hasil yang memuaskan.

Hasil kerja yang dibuat sendiri lebih memuaskan.

Lama:
Saya sudah mencuci beberapa kod sampah di dalam blog saya. Nampaknya kelemahan yang terdapat pada Blogger versi baru ini ialah banyak kod-kod sampah yang bergerak secara latar.

Kod-kod ini menjejaskan kelajuan web.
Juga masih banyak pembolehubah yang perlu saya cipta untuk menjadikan reka bentuk blog ini lebih fleksibel untuk diubahsuai.

Apa gunanya fungsi "font & colors" sekiranya pembolehubah yang disediakan oleh pereka bentuk asal sekadar cukup-cukup makan. Saya rasa perlu memaksimumkan penggunaannya supaya pengubahsuaian blog nanti adalah semudah MySpace.

Dalam mereka bentuk laman web, satu faktor yang penting ialah
memaksimumkan penggunaan ruang paparan. Perkara yang sama juga boleh dipertimbangkan dalam mereka bentuk blog. Sayang jika ada tempat-tempat yang menjadi sasaran zon penglihatan dibiarkan kosong begitu sahaja.

Namun, blog lebih bersifat jurnal peribadi. jadi terpulang kepada fokus blogger tersebut sama ada mahu menjadi lebih mesra pengunjung atau pun tidak.

Saya juga sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan ruangan chat dalam blog saya. Sebenarnya saya sudah lama bercadang untuk berbuat demikian tetapi, saya mahu tunggu hingga selepas 30 April untuk melihat bagaimana ubahsuaian fungsi Msjbox itu berlaku. Bagi saya cukuplah dengan ruangan komen sedia ada. Sebab tidak lama lagi blog ini akan diminimumkan penggunaan skripnya. Walau bagaimana pun, saya harus berterima kasih kepada pihak Msjbox kerana memberi peluang kepada saya menggunakan skrip tersebut secara percuma selama ini. Setakat ini, fungsi yang disediakan oleh Msjbox boleh dikatakan paling mesra pengunjung, di dunia!

Sistem tulisan bergerak atau marquee juga telah dihapuskan dari blog ini. Saya akan fokus kepada konsep reka bentuk berdasarkan andragogi untuk mencipta satu weblog yang berkesan dalam penyampaian maklumat tanpa perlunya terlalu banyak widget.

Weblog itu sendiri bermaksud suatu log catatan yang mengandungi catatan, tajuk, nama penulis, tarikh dan masa. Itu sahaja! Namun terpulanglah kepada individu untuk memanfaatkan blog masing-masing, ini dipanggil kebebasan...


Lama:
Saya sedang melakukan kerja-kerja mengubahsuai Blogger Versi Baru. Jadi saya harap para pengunjung jangan terkejut, anda boleh membaca isi kandungan blog ini seperti biasa, sekiranya anda sedang melayari blog ketika ini.

Kerja-kerja pengubahsuaian kod ini melibatkan kod-kod pemboleh ubah. Saya sedang menambah kod-kod baru yang tidak disertakan (dibuat) oleh pereka bentuk asal laman web ini.

Ini untuk memudahkan kerja-kerja pengubahsuaian warna menerusi fungsi Font & Colour.

Saya juga sedang mempertimbangkan sama ada untuk mengubah Blogger Versi Baru ini mengikut acuan asal blog saya atau pun tidak.

Akhirnya saya mengubahsuai mengikut acuan lama, tetapi rasanya banyak lagi kod yang perlu diubah. Saya akan ubah pada masa lain pula.

Kelajuan internet semakin perlahan kerana pada wakti begini ramai orang sedang membuka internet di universiti ini.

Adakah Ini Salah Tanggap Sesetengah Mufti Mengenai Definisi Program Realiti?

Sekali lagi, saya menemui satu perkara yang menarik untuk diulas dalam blog ini. Saya terbaca mengenai salah tanggap sesetengah mufi berkaitan dengan program realiti yang disiarkan di televisyen. Saya berminat untuk memetik sedikit tulisan Serimah Salehudin menerusi artikel "Tidak Semua Program Realiti Memudaratkan" yang dipaparkan di Berita Harian Online.

PETIKAN 1: "Bagaimanapun, ada sesetengah pihak menganggap kehadiran program realiti melalaikan. Di dalam laporan Berita Harian, Selasa lalu, beberapa mufti meminta stesen televisyen menghentikan program realiti kerana disifatkan sebagai bertentangan dengan nilai dan hukum agama, melalaikan dan disifatkan sebagai membazir."

PETIKAN 2: Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar juga berpendapat sama dengan Azhar. Menurutnya, ada juga program realiti yang memberi harapan cerah kepada peserta seperti program terbaru terbitan 8TV iaitu Project Runaway, Give Me A Job yang memberi peluang kepada peserta mencari tapak untuk mengembangkan bakat dimiliki.

Maka, berdasarkan dua petikan di atas, menerusi entri ini, saya sekali lagi ingin mengulas dan mengenai maksud sebenar program realiti.


Definisi Program Realiti

Setelah melihat dan mengkaji pelbagai sumber, saya dapat membuat satu tanggapan maksud mengenai program realiti. Program realiti merupakan suatu program yang tidak melibatkan skrip dalam mencapai objektif tertentu. Tidak ada perancangan awal siapakah pemenang dan siapakah yang kalah.

Menonton program realiti seolah-olah kita menonton perlawanan bola sepak secara langsung di kaca televisyen. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Sama ada peserta tercedera, peserta menarik diri, dilayangkan kad merah dan sebagainya. Namun, semua peserta terikat dengan syarat-syarat awal yang telah dijelaskan oleh penerbit atau pengacara program.


Program Realiti Merupakan Satu Cara Mengesan Bakat Individu

Kewujudan program realiti merupakan satu alternatif dan juga pencabar terhadap manusia-manusia yang berpegang teguh terhadap prinsip status akademik yang tinggi sebagai simbol kecemerlangan masa depan. Menerusi program realiti, ada manusia yang memiliki kelulusan akademik yang rendah atau sederhana tetapi masih mampu mengatasi manusia-manusia yang memiliki status akademik yang tinggi. Kenapa boleh terjadi sebegini? Jangan hairan, mari kita bincangkan hal ini dengan lebih lanjut.

Program realiti boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang kerjaya dan lapangan ilmu. Kita lihat MyTeam contohnya, merupakan satu cara mencari bakat pemain bola sepak yang berjaya. Begitu juga Nescafe KickStart yang merupakan program realiti yang sangat baik dalam membentuk karier warganegara Malaysia.

Sistem berorientasikan peperiksaan di Malaysia menyebabkan para pelajar di sekolah tidak dapat menerokai keunikan bakat semulajadi pada diri masing-masing dengan lebih mendalam. Mereka dididik dengan fahaman, jika mahu cemerlang harus dapat 8A, 9A dan sebagainya.

Pengambilan pelajar-pelajar di peringkat IPT lebih banyak menjurus ke arah keputusan peperiksaan yang dicapai. Hal ini menyebabkan ramai pelajar yang memiliki bakat terpendam tidak dapat maju menerusi laluan masa depan berdasarkan syarat kelulusan dan pencapaian akademik.

Kepercayaan orang ramai mengenai hanya dengan memiliki status pengiktirafan akademik yang tinggi barulah boleh berjaya menyebabkan ramai orang lupa mengenai potensi terpendam dalam diri sendiri. Kalau benarlah status pengiktirafan akademik seperti memiliki ijazah itu dianggap sebagai penyelamat masa depan, kenapa masih ada golongan profesional yang pada akhirnya menjadi pengemis? Kenapa ada bekas pengetua sekolah yang mengemis?

Kerana taksubnya sesetengah golongan manusia terhadap pencapaian akademik yang berorientasikan peperiksaan menyebabkan ramai manusia mula berpendapat, hal sendiri lebih penting berbanding hal-hal membabitkan masyarakat. Manusia lebih tertumpu terhadap pembelajaran secara individu dan pencapaian individu kerana menganggap manusia lain sebagai saingan. Sekiranya tidak berjaya mengatasi pesaing-pesaing lain dalam pencapaian akademik, peluang pekerjaan akan terjejas. Hal ini telah mencemar semangat kekitaan yang sebelum ini cuba dipupuk menerusi Kerja Kursus Sejarah yang perlu dilaksanakan oleh murid-murid sekolah. Percaya atau tidak? Ha. Ha.

Hal ini menyebabkan wujudnya ramai golongan yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang tetapi kurang berupaya dalam hal-hal untuk melaksanakan sesuatu tugas dalam dunia realiti. Menerusi kewujudan program realiti seperti The Apprentice, Survivor di Barat, kita dapat membezakan antara manusia yang memiliki kemahiran generik dengan tidak.

Kita melihat bagaimana para peserta bekerjasama antara satu sama lain untuk terus kekal dalam rancangan tersebut sehinggalah pada akhirnya hanya seorang sahaja yang bakal dipilih sebagai juara.


Program Realiti Sebagai Satu Bentuk Pendidikan Terbuka

Saya mencadangkan agar program realiti dikaji sebagai satu bentuk pendidikan secara terbuka. Rasionalnya di sini, ramai manusia belum sedar apakah kebolehan puncak mereka yang sebenarnya. Mawi contohnya memiliki aura sosial yang tinggi dan banyak membantu dalam soal-soal kemasyarakatan, sebagai idola terhadap golongan belia dan remaja. Walau pun kadangkala sering diperkecilkan oleh sesetengah pihak, Mawi tetap memainkan peranan penting dalam aspek kemanusiaan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat menerusi hiburan.

Sebenarnya inilah kejayaan tersirat yang berjaya dicapai menerusi Akademi Fantasia. Selain itu, saya juga tertarik dengan pasukan Bola Sepak MyTeam yang lahir menerusi program realiti. Begitu juga rancangan Nescafe KickStart. Sekarang, saya berminat untuk melihat hasil produk bakat baru dalam perniagaan menerusi rancangan Kaliber.

Sesungguhnya, program realiti itu boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang. Menerusi program realiti, kita akan dapat mencari bakat-bakat luar biasa dalam sesuatu bidang. Saya sangat gembira sekiranya kerajaan dan stesen televisyen tempatan berusaha untuk menganjur pelbagai program realiti yang bermotifkan pendidikan, contohnya mencari genius dalam bidang kejuruteraan, arkitek, komputer, penulisan, matematik, pendidikan, ekonomi, perubatan, sukan, pelancongan dan sebagainya.

Sudah sampai masanya bidang-bidang diaplikasikan ke dalam program realiti agar ramai lagi bakat-bakat dalam pelbagai bidang dapat digilap dan seterusnya menjalankan tanggungjawab untuk berbakti kepada masyarakat.

Kesimpulannya, baik atau buruknya sesuatu program realiti itu terletak pada konsepnya dan bagaimana pihak penerbit menganjurkannya.


Program realiti pertama di dunia:

Boleh dikatakan, rancangan Allen Funt's Candid Camera, yang bermula pada tahun 1948 di ABC dikatakan sebagai bapa kepada semua jenis program realiti. Candid Camera juga juga memiliki program radio yang dipanggil Candid Microphone, di mana Allen Funt merakamkan dan menyiarkan rungutan tidak puas hati para petugas di Armed Forces Radio.

Walau bagaimana pun, hanya Program 'An American Family' yang boleh dianggap sebagai program realiti moden yang pertama. Siri ini, yang disiarkan menerusi PBS di Amerika Syarikat pada tahun 1973, mengisahkan mengenai keluarga nuklear yang mahu bercerai.

Genre ini telah wujud dalam pelbagai bentuk dan menjadi benar-benar popular sekitar tahun 2000.

Sumber: 4to40.com

Keluarga Bahagia Mampu Lahirkan Pekerja Amanah dan Produktif

Hari ini saya sempat membaca artikel tulisan Prof Madya Dr Salwani Daud (Pensyarah dan AJK Wanita JIM) yang dipaparkan menerusi Berita Harian mengenai keluarga bahagia dan apakah fungsinya dalam melahirkan pekerja amanah.

Sebelum kita bincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pekerja amanah dan produktif, terlebih dahulu ingin saya petik beberapa istilah dan ayat-ayat penting mengenai keluarga bahagia dan pekerja yang terdapat di dalam artikel tersebut. Antaranya:


Produktiviti:
Dalam era globalisasi ekonomi yang sangat dinamik, takrifan produktiviti juga dinilai semula dengan membawa maksud lebih luas dan dikaitkan dengan nilai insan iaitu konsep keberkesanan atau berkualiti.

Produktiviti Pekerja:
Produktiviti pekerja bukan setakat menghasilkan produk atau perkhidmatan dengan penjimatan kos, tetapi produk atau perkhidmatan perlu berkualiti seperti menepati cita rasa pelanggan, menepati masa yang diperlukan dan layanan mesra kepada pelanggan.


Hubungan Harmoni dengan Produktiviti Pekerja
Hubungan yang harmoni dengan Allah adalah hubungan utama yang akan mendorong pekerja untuk terus menjadi produktif dan sentiasa ingin memperbaiki cara kerja serta melaksanakan tugasannya dengan penuh tanggungjawab.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah ar-Rum, ayat 21)

Hubungan harmoni dalam rumah tangga akan melahirkan ketenangan emosi dan seterusnya menjadi pemangkin untuk melahirkan pekerja produktif. Jika pekerja mempunyai masalah dengan suami atau isteri, mereka tidak dapat memberi tumpuan terhadap kerja.


Begitulah apa yang dapat saya teliti berdasarkan artikel PM Dr Salwani Daud. Seterusnya biar kita teliti hal-hal yang bagaimana menyebabkan wujudnya produktiviti dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan? Apakah definisi pekerja? Hal ini boleh dikaji berdasarkan penelitian terhadap satu ayat Quran yang berbunyi:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (Surah al-Zaariyat, ayat 56).

Dalam erti kata lain, wujudnya perkara-perkara ibadat, di mana, setiap pekerjaan yang kita lakukan itu mestilah dengan niat "Bismillah" iaitu dilakukan sesuatu perkara itu adalah kerana Allah. Penting sekali setiap pekerjaan kita itu mendapat keredhaan Allah.

Saya sangat bersetuju jika konsep produktiviti ini bukan sahaja dikaitkan dengan aspek kemahiran dan kepakaran, tetapi juga harus melibatkan aspek kemanusiaan. Produktiviti tidak seharusnya terhad kepada keuntungan, malah harus juga diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan budi bahasa, kematangan dan kemahiran generik.

Sekiranya sesuatu perkara produktiviti itu hanya difokuskan kepada perkara-perkara seperti material sahaja, saya rasa ini akan membawa kepada pemesongan, di mana manusia akan lebih tertumpu terhadap teknologi dan usaha-usaha ke arah keduniaan sahaja. Oleh itu, wajar sekali disemai satu definisi baru berkaitan dengan pekerja produktif.

Bagi saya, pekerja produktif haruslah didefinisikan sebagai pekerja yang memperlihatkan keputusan dari segi peningkatan kualiti dan kuantiti daripada dua perkara iaitu nilai-nilai material dan nilai-nilai kemanusiaan.

Nilai-nilai material dalam aspek ini berkaitan dengan keuntungan dan kejayaan sesuatu pihak atau organisasi manakala nilai-nilai kemanusiaan ini berkaitan dengan tingkah laku, cara berfikir dan moral seseorang pekerja.

Dengan adanya keseimbangan dari segi kepakaran dan moral, maka sesuatu organisasi itu pasti mencapai tahap yang lebih tinggi.

Kejayaan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada sifat ikhlas, jujur dan amanah ahli-ahlinya. Apabila ahli atau pekerja di sesebuah syarikat itu bekerja dengan penuh amanah maka pekerja itu akan menjadi lebih produktif dan mampu menjana ekonomi yang lebih baik untuk sesebuah syarikat.

Sifat amanah juga mampu membawa kepada kesepakatan dan seterusnya kebahagiaan. Apabila ahli-ahli dalam sesuatu organisasi mempunyai kata sepakat, maka konflik dapat dielakkan kerana setiap ahli memfokus pada matlamat yang sama untuk dicapai dalam organisasi. Hal yang sama juga boleh berlaku dalam konteks kekeluargaan.

Keluarga yang bahagia terdiri daripada ahli-ahli yang amanah. Setiap ahli keluarga bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri dan terhadap ahli-ahli keluarga yang lain. Ini adalah sifat amanah. Konteks keluarga dan syarikat tidaklah jauh bezanya. Jika dalam syarikat terdapat majikan yang memberi arahan, dalam keluarga pula terhadapnya bapa atau penjaga sebagai ketua keluarga.

Keluarga yang bahagia akan menghasilkan anak-anak yang cemerlang dan amanah. Sudah semestinya tunjang atau model dalam keluarga itu ialah ibu bapa itu sendiri. Begitu juga dalam syarikat, apabila majikan menjadi model yang baik, amanah dan bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerjanya, maka semestinya sifat ini akan mempengaruhi para pekerjanya.

Sifat amanah dalam keluarga akan dibawa ke tempat kerja. Bapa yang amanah dan bertanggungjawab dalam keluarga akan hadir di tempat kerja sebagai seorang pekerja yang mahu mencari wang dan meningkatkan pendapatannya untuk menyara keluarganya. Demi memastikan berkatnya hasil pendapatannya itu nanti, dia pasti akan menjalankan kerja dengan penuh tanggungjawab, bimbang dengan istilah "makan gaji buta". Ini kerana gaji yang diperolehinya itu nanti bakal disuapkan kepada anak-anak dan isterinya.

Demi meningkatkan taraf hidup keluarga, seorang bapa atau ibu atau anak-anak yang sudah bekerja pasti akan berusaha untuk bekerja dengan tekun dan amanah supaya dapat meningkatkan lagi hasil pendapatan. Seringkali kita dengar, pekerja di syarikat swasta lebih produktif berbanding pekerja di badan-badan kerajaan. Adakah ini kerana pekerja tersebut memikirkan soal produktiviti untuk meningkatkan pendapatan dan bonus?

Saya tinggalkan persoalan ini untuk para pembaca yang sudah bekerja dan juga bagi pembaca yang sudi untuk memikirkan hal-hal ini untuk mencari makna kehidupan yang lebih cemerlang dan bahagia...

Sekian.

Khamis, April 26, 2007

Projek Pertama: Jun 2007

Pedang di atas adalah pedang digital yang aku cipta pada akhir tahun 2004.
Merupakan lukisan berkomputer dengan tetikus sebagai alatan melukis.

Ktik Ktak Ktuk Ktik Ktak Ktuk

Ktik Ktak Ktuk Ktik Ktak Ktuk Ktik
Ktik Ktak Ktuk Ktik Ktak Ktuk Ktak
Ktik Ktak Ktuk Ktik Ktak Ktuk

Ktak Ktik Ktuk

Ktak Ktik Ktuk Ktak Ktik Ktuk
Ktak Ktik Shahnon Ahmad Ktak Ktik Ktuk Faisal Tehrani Ktuk Ktak Ktuk Ktik
Ktak Ktik Ktuk Ktak Ktik Ktak Ktik Ktuk Nisah Haron
Ktuk Ktak H.M Tuah Iskandar Ktuk Ktik Ktak Ktik Ktuk
Ktak Ktik Ktuk Sinaganaga Ktik Ktak Ktik Ktuk Ktuk
Ktak Ktuk Ktik Ktak Ktik Ktuk Ktak Sera Ktik Ktuk Ktuk
Ktak Ktuk A. Samad Said Ktik Ktak Ktik Ktuk

bersambung...

Kamera Digital - Dunia Grafik Amiene Rev

Satu ketika nanti, keperluan untuk memiliki kamera digital akan menjadi keutamaan dalam kerjaya sebagai seorang penulis. Gambar-gambar yang dirakamkan sendiri boleh menjadi sumber inspirasi untuk menulis. Apabila ada rujukan gambar-gambar yang diambil sendiri, perasaan untuk menulis mengenai apa yang terdapat di dalam gambar itu pastinya menarik.

Sudah lama aku berhasrat untuk memiliki kamera digital sendiri. Untuk mengembangkan lagi bakat saya dalam dunia penerbitan dan penulisan. Aku cuma mahu memperuntukan RM200 sahaja, bolehkah begitu?

Kamera digital yang boleh menangkap waktu malam yang indah, dengan kebolehan fungsi 'zoom' yang tinggi. Aku ingin menangkap gambar bintang-bintang di langit.

Mengisi ruang-ruang entri di dalam blog dengan gambar yang ditangkap sendiri, pastinya lebih menarik!

Keterangan Gambar: Canon Digital Rebel XT 8MP Digital SLR Camera

Rabu, April 25, 2007

3 Buah Novel Percubaan Amiene Rev

"Barangkali, inilah teknik menulis paling zenit dalam
era penulisan kemanusiaan secara kreatif.
Teknik Penulisan Novel Amiene Rev"
Masa untuk menulis novel sudah semakin hampir. Aku sudah bosan menjadi penulis tumpang. Jam detik semakin dekat untuk dihidupkan. Ini adalah pertaruhan yang terakhir. Setelah meneliti karyaku satu demi satu, aku membuat pilihan untuk menerbitkan 3 buah novel dalam jangka masa tertentu.

Satu daripada novel ini adalah novel sekuel, dengan 6 ekstra. Manakala dua lagi adalah novel percubaan untuk diterbitkan. Aku bercadang untuk memberi tumpuan terhadap dua novel percubaan tersebut. Hm, buat masa ini, sudah ada 4 buah syarikat penerbitan dalam senarai. Namun ada dua buah syarikat yang aku rasa, yang sesuai untuk permulaan serius sebagai novelis, mengubah status dari penulis amatur ke profesional dalam bidang penulisan.

Sekiranya berjaya, maka aku bercadang untuk menumpukan terus terhadap bidang penulisan novel. Jadual hidup baru telah diatur untuk ke arah kehidupan sebagai seorang novelis sepenuh masa. Semua ini bergantung kepada perjanjian dan komitmen antara aku dengan syarikat penerbitan yang terpilih ini.

Ada dua buah syarikat penerbitan yang aku rasa cukup membela hak-hak penulis. Yup, aku mempunyai strategi dan harapan yang agak tinggi dalam bidang penulisan ini. Melangkah dengan lebih jauh. Kenapa aku memilih dua buah syarikat dan tidak hanya satu. Sebabnya, salah sebuah syarikat ini memberi syarat bahawa segala karya yang hendak diterbitkannya mesti mengikut teknik penulisan tertentu.

Aku tidak peduli kalau-kalau ada penerbit yang memandang rendah potensi teknik penulisan ciptaan aku, tetapi aku percaya, dan aku yakin bahawa teknik ini merupakan aliran tulen, dan akan sentiasa dikaji dan ditingkatkan lagi sehingga mencapai tahap yang tertinggi. Lagi pun yang penting, ialah bagaimana karya yang aku hasilkan itu dapat menyampaikan mesej-mesej tertentu. Aku menekankan aspek pendidikan kemanusiaan yang global dalam karya-karya ini. Teknik ciptaan aku ini merupakan adunan pendidikan kemanusiaan dan kesahihan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Barangkali, inilah teknik paling zenit dalam era penulisan kemanusiaan secara kreatif.

Jadi aku sudah membuat keputusan, dengan syarikat A, aku akan menulis mengikut teknik penulisannya, manakala dengan syarikat B, aku akan menulis menggunakan teknik baru yang aku cipta. Untuk tujuan itu, aku harus memilih karya-karya yang sesuai untuk dihantar ke setiap syarikat. Hm, aku rasa aku perlukan lebih banyak maklumat dalam soal ini sebelum mengaktifkan jam detik.

Potensi dan kreativiti individu tidak boleh dihalang. Teknik penulisan syarikat A juga bagus, tetapi teknik ciptaan aku juga, pasti tidak kalah kepada teknik-teknik penulisan sedia ada.

Apa gunanya hidup jika kebolehan diri sendiri pun tidak boleh dipercayai?

Rekabentuk Blog Novelis Amiene Rev

Saya sempat meluangkan masa untuk mengubahsuai satu blog baru pada hari ini. Blog ini merupakan blog saya yang terbaru. Masih belum siap sepenuhnya, blog ini masih memerlukan beberapa penambahan. Rekaan asal blog ini adalah daripada Encik Isnani, Sifu Rekabentuk Blog dari Indonesia secara tidak langsung bagi saya.

Saya memasukkan sentuhan elemen kebudayaan Melayu dan Islam semasa merekabentuk blog ini. Rekabentuk blog ini masih belum siap sepenuhnya.

Ada beberapa kod fungsi yang telah saya ubah, memandangkan terdapat beberapa kesilapan fungsi dalam 'widget' warna yang menyebabkan pengubahsuaian rekabentuk tidak dapat dilaksanakan.

Rekaan ini masih mengekalkan konsep warna biru dan hijau, tetapi berbeza dengan rekaan untuk Blog Pengkritik Blog ini, Blog Novelis Amiene Rev ini tidak ada dominasi warna putih dan biru dingin. Ada sebabnya kenapa saya buat begitu.

Blog Novelis ini merupakan karya seni rekaan blog yang terbaru. Saya sedang memampatkan pengetahuan saya dalam rekaan grafik secara santai menerusi ubahsuaian kod yang ringkas dan bersahaja. Struktur yang dipanggil 'widget' dalam Blogger versi baru didapati tidak seragam dengan sesetengah kod yang diilhamkan oleh Isnani. Justeru, saya telah mengubah sendiri beberapa kod supaya apa yang saya inginkan terpapar pada blog ini, menjadi.

Sekian dahulu. Blog ini dijangka akan dilancarkan dalam tahun 2008. Jadi sebelum itu, saya memiliki banyak masa untuk menumpukan terhadap kerja-kerja yang lebih penting. Rekabentuk blog ini sekadar mengisi masa lapang sahaja.

Filem-filem Hebat Untuk Tahun 2007

Tahun ini kita dapat menyaksikan banyak filem sekuel dan filem adaptasi di panggung wayang. Transformers, Spiderman, Harry Potter merupakan filem adaptasi manakala Rush Hour dan Pirate Of Carribeans meneruskan penguasaan sekuel masing-masing untuk kali ketiga.

Bagaimana pula di Malaysia, Cicak Man 2 dalam proses pembikinan. Saya juga sedang menunggu kemungkinan adanya Rempit 2 dan Jangan Pandang Belakang 2. Ketiga-tiga filem ini mempunyai potensi untuk dilanjutkan ke sekuel yang seterusnya.

Ada lagikah filem-filem hebat selain filem-filem di atas? Yasmin Hamid telah menghasilkan filem-filem Gubra, Sepet dan Mukhsin. Ketiga-tiga filem ini mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Filem Yasmin Hamid yang paling berjaya, Mukhsin berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia menerusi dua anugerah:

  • Special Mention
  • Grand Prix of the Deutsches Kinderhilfswerk for Best Feature Film
Jika di Malaysia kita menyaksikan kehebatan Mukhsin, manakala Thailand pula dengan filem Dek Hor (Dorm). Apakah dari seqi kualiti, kekuatan filem kita hanya terletak pada filem cinta? Tidak semestinya, baru-baru ini filem Jangan Pandang Belakang telah mempamerkan persembahan yang sangat menarik, seangkatan dengan filem Pontianak Harum Sundal Malam.

Dominasi filem seram di panggung sememangnya hebat. Filem seram boleh dikatakan antara yang mampu menyengat keuntungan biarpun berkos rendah. Masih ingatkah anda dengan kehadiran filem Blair Witch Project, sebuah filem kos rendah yang berjaya menarik perhatian ramai dan memenangi pelbagai anugerah? Ternyata, kehebatan sesebuah filem bukan sahaja bergantung kepada kos, tetapi cara penyampaiannya.

Filem adalah teknik penyampaian secara visual dan animasi. Tulang belakangnya terletak pada kekuatan skrip dan kreativiti pengarah filemnya. Juga tidak lupa kepada para pelakon dan krew-krew filem.

Formula yang baik antara karya dengan sumber kepakaran manusia akan menghasilkan filem yang hebat.

Sumber lanjut boleh diperolehi menerusi laman web www.altfg.com

Selasa, April 24, 2007

Duke Amiene Rev Versi Antarabangsa - Versi Bahasa Inggeris

English Note: Since I already received e-mails from international visitors, request for English entries in my blog, I am going to take few months for my preparation to be an international blog reviewer. I need to upgrade my grammar and my English writing skill. To those who give me suggestions and supports, thank you for your professional comments. I appreciate it. Actually, it is also for my MUET examination that I need to attend incoming few months.

And also, to all my fans.
I do not know that I do have fans for this non-profit job. What in the world, a blog reviewer also has fan? Uh, must be a few fans only. I am not that good to have many fans. This look really... er... uhm... thank you! Arigato arimas!

Saya menerima beberapa e-mel daripada beberapa orang pengunjung (antarabangsa) sebelum ini, yang mengatakan sesuatu yang apabila diterjemahkan dan disusun semula perkataan-perkataannya ke dalam Bahasa Melayu, maka akan bermaksud seperti ini:

KOMEN 1: "Blog anda kelihatan kemas dan menarik. Kenapa anda tidak menulis dalam Bahasa Inggeris yang lebih global? Saya tertarik dengan imej-imej grafik rekaan anda. Harap dapat membaca penerangan mengenainya dalam Bahasa Inggeris."

KOMEN 2: "Saya selalu membuka blog anda, sayang sekali saya tidak dapat memahami apa yang anda tuliskan. Saya tertarik dengan hasil tulisan anda dan entri-entri yang anda kongsikan dalam Muslim Unity. Saya rasa anda melihat dunia dari perspektif yang luas dan terbuka, tidak seperti kebanyakan muslim lain yang tidak pandai membela diri mereka daripada orang asing."

KOMEN 3: "Saya mendapat tahu anda merupakan seorang pengulas blog yang pertama di negara anda. Saya rasa di dunia ini pun, belum pernah wujud istilah pengulas blog. Saya biasa mendengar pengulas filem, pengulas buku dan pengulas bola lisut tetapi tidak pula mengenai pengulas blog. Bagaimana anda boleh berfikir untuk menjadi seorang pengulas blog? Fikiran anda adalah di luar kotak. Saya ingin membaca blog-blog yang anda ulas tetapi malangnya semua entri-entri anda ditulis dalam bahasa yang tidak dapat saya fahami."

Apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai cara mereka memberi komen. Isi kandungan komen mereka bersifat profesional, tidak menyentuh hal-hal peribadi saya, dan lebih tertumpu kepada motivasi untuk memperbaiki persembahan karya dan hasil tulisan saya di dalam Blog Duke Amiene Rev ini. Mereka bercakap secara langsung mengenai karya-karya saya. Saya menyimpan komen-komen ini, kerana komen-komen seperti ini membuatkan saya rasa peranan saya dalam arena penulisan blog lebih dihormati dan difahami.

Saya bersetuju dengan pandangan ini. Bermula minggu lepas, saya melakukan beberapa pengubahsuaian terhadap rekabentuk blog saya. Saya ingin mengumumkan, dalam beberapa bulan lagi, Blog Duke Amiene Rev, akan bertukar statusnya, beralih dari peringkat nusantara ke peringkat antarabangsa. Blog ini akan mengandungi segmen Bahasa Inggeris yang melibatkan topik-topik terpilih dan terkini.

Pada masa akan datang, blog Duke Amiene Rev akan dijadikan sebagai blog antarabangsa. Terima kasih di atas sokongan anda.

Sekarang saya lebih memahami, sebab-sebab ramai orang suka apabila saya mengulas blog mereka. Namun perlu diingatkan, mengulas blog bukan perkara yang santai. Saya perlu meneliti banyak sumber dan rujukan sebelum ulasan boleh dibuat. Juga, masalah kelajuan internet dan sambungan ke internet, selain aktiviti di dunia nyata yang tampak lebih penting. Lebih-lebih lagi peranan yang saya pegang dalam masyarakat setempat sejak akhir-akhir ini menuntut banyak keperluan pengagihan masa yang lebih efektif.

Selaras dengan usaha untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam Bahasa Inggeris, saya juga perlu meningkatkan kemahiran Berbahasa Melayu saya. Ya, ada agenda yang menarik untuk dimuatkan ke dalam blog ini. Tunggu dan lihat. Ini adalah kejutan untuk mereka yang sentiasa menyokong kewujudan saya sebagai seorang pengulas blog.

Oh, ya. Jangan lupa, sasaran saya adalah blog-blog yang kurang popular atau tidak popular. Sebab kebanyakan blog ini mempunyai banyak perkara untuk dikritik dan boleh membuka ruang pelajaran. Namun, saya juga akan mengulas blog-blog yang baik isi kandungannya, sebagai rujukan peribadi dan orang ramai. Oleh itu, awas! Blog anda mungkin akan dikritik, walaupun tidak popular.

Apa pun, setiap permasalahan dan rintangan pasti akan ada penyelesaian. Semoga Tuhan akan sentiasa memberkati saya, memberi inspirasi ke dalam jiwa saya, dan pemikiran yan positif dan membina ditanamkan ke dalam minda saya.

Amin.

Isnin, April 23, 2007

PARODI: Zombi Kampung Pisang

PENGUNDI ZOMBI
Penulis: Amiene Rev (C) 2007

"Kau belum lagi mendaftar sebagai pengundi, Salman? Kenapa kau buat begitu?" Tiba-tiba Razak bertanya. Mukanya kelihatan serius.

"Untuk apa? Aku tidak mengenali seorang pun calon yang bertanding untuk pilihan raya kali ini." Jelas Salman. Dia berdiri membelakangi Razak. Tidak mahu bertentang mata. Jelas menunjukkan dia tidak berminat dalam hal-hal berkaitan dengan politik.

"Itu tanggungjawab engkau, Salman!" Tegas sekali suara Razak.

"Tanggungjawab? Cuba engkau jawab persoalan aku ini, patutkah kita mengundi orang yang tidak kita kenal?" Salman membalas dengan suara keras.

"Bagaimana kita tahu orang itu baik atau tidak? Rajin atau tidak? Amanah atau tidak? Mereka tidak berkempen dengan cara yang betul!"


Benar kata-kata Salman itu, fikir Razak di dalam hatinya. Pilihan raya sudah semakin hampir. Poster-poster "Undilah Saya" semakin giat ditampal di Kampung Pisang. Namun, tidak ada satu pun keterangan atau biodata yang jelas mengenai calon-calon yang bertanding.

Razak juga tidak kenal walau seorang pun calon-calon tersebut. Tidak tahu apakah jasa yang pernah diperbuat mereka, latar belakang pendidikan mereka, kerjaya mereka atau asal-usul mereka. Sepatutnya calon-calon perlu menghebahkan mengenai latar belakang mereka, aktiviti-aktiviti mereka, pandangan dan idea-idea mereka berkaitan usaha mereka sebelum ini. Ini tidak, mereka sibuk memburuk-burukkan calon-calon lain.

Lebih teruk, ada calon yang bertanding secara kotor, membawa masuk pengundi-pengundi hantu.

"Apa pun, engkau mahu ambil upah menampal poster atau tidak? Che Wan minta aku mengajak engkau. Upahnya lumayan juga." Razak mengendurkan ton suaranya.

"Boleh juga." Salman bersetuju. Soal duit, tidak perlu berfikir panjang, sebab itu ada manusia yang sanggup menjadi hantu. Hantu yang turun mengundi. Otak mereka sudah dimakan zombi, barangkali.

Malam itu sungguh gelap dan hitam. Sehitam dakwat Pen Parker. Malam gelap tanpa bintang. Suasana hening. Kelihatan beberapa orang anak muda sedang sibuk menampal poster.

Tiba-tiba kedengaran bunyi berpuluh-puluh tapak kaki. Bunyi ini dari jalan besar. Berderap-derap.

"Kawad apakah itu?" Bisik Salman.

"Oh, lebih baik kau diam. Jangan menegur mereka." Che Wan cepat-cepat menyampuk. Razak kelihatan gugup.

"Kenapa?" Salman bertanya lagi.

"Mereka adalah zombi. Zombi yang diundang untuk mengundi bagi salah seorang calon yang bertanding untuk pilihan raya kali ini. Mereka diberi upah dapat makan otak manusia secara percuma!"

"Whooaa! Wooo! Wargg!! Awooo!" Kedengaran suara-suara garau zombie berbicara. Zombi-zombi itu berjalan seperti manusia yang sedang mabuk alkohol. Mereka kelihatan agak bodoh, tetapi ganas dan menakutkan.

"Jangan tegur!" Razak sudah menggigil.

Ketiga-tiga anak muda itu menyembunyikan poster. Mereka tahu, zombi-zombi telah diarahkan untuk memakan otak penampal-penampal poster yang mewakil saingan pelanggan mereka.

"Jangan pandang belakang..." Zombi-zombi itu terus berarak. Menuju ke balai raya di Kampung Pisang. Salman, Razak dan Che Wan sedar, ada beberapa biji mata zombi sedang merenung ke arah mereka, dan sekeping poster yang tercicir di atas tanah...

Ahad, April 22, 2007

PARODI: PRIMEVAL

SUARA HATI GUSTAVE
Penulis: Amiene Rev (C) 2007

Saya seekor buaya yang ganas. Orang memanggil saya, Gustave. Anda tahu kenapa saya menjadi ganas? Anda sangka, saya menjadi ganas kerana saya adalah buaya mutasi? Tidak betul.

Anda tahu saya tidak bersalah. Saya adalah seekor buaya. Saya makan daging manusia. Manusia bunuh manusia. Buaya tidak bunuh buaya. Buaya bunuh manusia untuk dimakan. Manusia bunuh manusia kerana kuasa, kerana tamak, kerana dendam! Saya buaya, saya tidak berakal. Saya adalah wakil yang dilantik untuk menghukum manusia!

Kenapa, tiba-tiba saya memburu manusia? Kerana pada suatu hari, ketika saya masih kecil, saya melihat manusia membunuh manusia. Kemudian mayat manusia itu dicampak ke sungai. Sejak itu, saya mula merasai kelazatan daging manusia. Sayang sekali, mayat itu tidak direncah dengan kicap atau garam. Jika tidak, tentu lebih lazat.

Sungai tempat tinggal saya menjadi merah kerana darah manusia. Semuanya angkara manusia. Oleh itu saya mahu makan manusia. Saya telah membunuh lebih 300 orang. Saya tidak bersalah, kerana saya tidak berakal...

Anda tentu tahu, saya masih belum dapat dibunuh. Saya masih berkeliaran di sungai tersebut. Anda mahu datang bunuh saya? Datanglah, saya berasa sungguh seronok bermain kejar mengejar dengan manusia yang bernama Steven Johnson itu. Dia sungguh kelakar!

Juga seorang budak bernama Jojo. Sayalah yang membunuh ahli keluarganya. Dia ingin pergi ke Amerika kerana katanya Afrika tidak dapat memberikan kebahagiaan kepada dirinya! Saya masih ingat betapa bodohnya Jojo, masuk ke dalam sangkar jerat. Manusia ingat saya tidak tahu itu adalah jerat. Saya ada pengalaman. Banyak pengalaman.

Oh, tiba-tiba saya terbau sesuatu yang wangi. Ini bau minyak wangi. Oh, tidak! Tidak! Ada orang jatuh dari bangunan! Tidak! Tidak! Semua manusia takutkan saya.

"Berhenti!" Tiba-tiba Encik Michael Katleman memanggil saya. "Balik, mandi!"

"Baik, Tuan Pengarah."

Oh, nampaknya saya harus balik terlebih dahulu. Tuan Pengarah sudah marah. Nanti gaji saya dipotong. Namun ingatlah para pembaca sekalian, saya adalah Gustave, buaya yang pernah membunuh 300 orang.


NOTA: Primeval adalah sebuah filem pengembaraan seram yang ditayangkan pada tahun 2007. Ditulis oleh John D. Brancato dan Michael Ferris. Sebuah filem arahan Michael Katleman. Filem ini dibuat berdasarkan kisah benar, mengenai Gustave, seekor buaya seberat 907 kilogram dan sepanjang 6 meter, yang tinggal di Tasik Tanganyika, Burundi.

ULASAN AMIENE REV: Parodi untuk filem ini baru hendak bermula. Ini cuma pengenalan, belum dapat dibuat parodi.

Al-Fatihah: Tag Daripada Pak Teh - Diari 2004-2007

Merujuk kepada nama blognya, Diari 2004-2007, seperti ada suatu makna yang mengusik jiwa. Pada 11 Mac tahun 2007, Allahyarham Pak Teh, seorang guru dari Bandar Permaisuri, Terengganu, telah meninggalkan dunia ini. Catatan beliau boleh ditemui di blog beliau iaitu pakteh.blogspot.com.

Allahyarham Pak Teh menderita kanser tulang. Catatan-catatan kesakitan yang dideritainya boleh dihayati di blog beliau. Sayu, apabila membaca salah satu pernyataan yang ditulis oleh Allahyarham Pak Teh. Beliau sangat berminat dalam dunia penulisan, dan sangat-sangat berharap agar isi kandungan blognya dibukukan. Impian-impiannya... ... .. . .

Pada hari Isnin, 26 Februari 2007, Saya pernah dimasukkan dalam senarai 'tag' beliau. Seangkatan dengan Ricky Wan, Tok Rimau, Sinaganaga, Basri dan AM. Sekarang, 'tag' itu seolah-olah bermakna untuk dilaksanakan.

Entri ini adalah khas untuk Allahyarham Pak Teh. Hari ini, saya ingin menjawab 'tag' yang pernah dikenakan oleh Pak Teh kepada saya, sebagai menyempurnakan... ... .. .


1. LATAR BELAKANG: Saya dilahirkan di Kelantan. Namun keturunan asal saya (sebelah bapa) adalah dari benua Eropah manakala ibu saya dikatakan bersusur galur dari Aceh, Sumatera. Dalam keluarga, saya dianggap sebagai manusia paling unik. Seawal usia sekitar 3 tahun saya sudah pandai membaca tanpa diajar oleh sesiapa. Juga berminat dalam penulisan. Apabila masuk ke sekolah rendah, saya sudah mula berminat dengan perkara-perkara berkaitan dengan biologi dan menjalankan eksperimen sendiri di belakang rumah.


2. MINAT: Saya berminat dalam pelbagai perkara. Sukan semestinya. Sebarang bentuk penulisan juga. Lukisan dan grafik. Saya tidak berminat dengan komputer sehingga pada usia 11 tahun, di mana ketika itu, apabila keluarga sepupu saya berangkat ke Amerika. Komputernya yang berjenama Philip 8088 tanpa tetikus, CGA, dan pencetak dot matrik yang bingit, dijual kepada keluarga saya.

Sejak itu, saya mula pandai mengubahsuai program. Permainan pertama yang saya ubahsuai ialah satu permainan arked pada usia 12 tahun, saya mengubah struktur watak antagonis ke struktur lebih kecil dan mudah dikalahkan. Hal ini memeningkan abang-abang dan kakak-kakak saya kerana permainan itu sudah menjadi gila kerana watak hero tiba-tiba boleh berubah menjadi naga atau bebola api yang berbahaya. Begitu juga, abang-abang dan kakak-kakak saya tidak boleh berlagak sekiranya mereka mendapat mata atau markah yang tinggi dalam permainan komputer. Sebab saya boleh mengubahsuai markah tersebut. Oleh itu mereka pernah berkata,"Jangan cakap besar di depan Amien, nanti dia ubah markah!" Ha! Ha! Ha! Berani bercakap besar di depan saya. Zaman kanak-kanak sungguh kelakar. Pada tahun seterusnya, saya belajar mengubahsuai virus komputer dan mewujudkan ensiklopedia virus komputer, sehingga saya dilarang untuk meneruskan tindakan yang tidak baik itu.

Bersukan merupakan sesuatu yang saya suka. Bergaduh, kombat atau bertempur, berbasikal dan bola sepak juga merupakan 'bidang kerjaya' yang paling terampil untuk saya semasa kanak-kanak. Saya paling suka sukan memanah dan tenpin boling. Juga acara olahraga, lari pecut 100m dan 200m.

Bercakap mengenai dunia penulisan, sejak berada di tingkatan rendah lagi, karya-karya saya selalu dijadikan contoh oleh para guru untuk pelajar-pelajar senior di tingkatan menengah atas. Ucapan yang saya berikan di perhimpunan juga pernah dijadikan 'bahan pengajaran' oleh guru-guru di dalam kelas pelajar-pelajar lain. Malangnya, senior-senior ketika itu berasa tercabar dan hal ini menyebabkan timbul hasad dengki di kalangan mereka terhadap saya. Namun, ini menyebabkan saya tahu menilai, siapa yang boleh dijadikan kawan atau lawan. Sejak itu, saya mendapat kawan-kawan yang baik-baik sahaja.


3. MENYENANGKAN: Orang-orang yang menyenangkan saya ialah. Patut kata, saya paling suka dengan anak-anak yatim. Kedua, saya suka orang yang pandai menghormati orang lain, berfikiran rasional dan terbuka. Orang yang mempunyai matlamat dan semangat berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri.


4. TIDAK SUKA: Manusia yang busuk hati, ego dan berfikiran negatif. Orang-orang begini mudah dikesan. Setakat ini saya bersyukur sebab kawan-kawan saya semuanya baik-baik. Semoga Tuhan akan sentiasa menjauhkan saya daripada manusia yang zalim, dan mendekatkan saya dengan manusia yang baik-baik dan diredhai-Nya.


5. IMPIAN: Impian saya ingin memiliki hidup yang sederhana tetapi bahagia. Saya ingin memiliki ladang kambing dan tanaman yang luas. Pada masa yang sama saya juga ingin memiliki banyak masa untuk menulis pelbagai buku. Juga, saya ingin memiliki sebuah institusi khas untuk anak-anak yatim. Jika impian di atas tidak dapat dicapai, maka cukuplah dengan mengambil beberapa orang anak yatim piatu sebagai anak angkat untuk dilatih menjadi manusia yang hebat. Saya yakin, saya tahu, saya sedar apa maksud hebat. Tuhan sangat-sangat menyayangi hamba-Nya.


6. MASALAH: Kadangkala saya tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di persekitaran saya. Ada banyak cacat cela yang sepatutnya boleh diperbaiki lagi. Cuma mereka tidak nampak bagaimana cara untuk menyelesaikannya. Namun, sebagai manusia, saya harus menerima ketidaksempurnaan dalam dunia ini. Tidak semua orang boleh berlari selaju kita, dan tidak semua orang boleh menunggu kita. Setiap orang ada keistimewaan masing-masing. Kita harus bersyukur. Kadangkala kita harus saling tegur-menegur.


Saya sudah pun menyempurnakan 'tag' yang diberikan Allahyarham Pak Teh.

Sekian.

Al-Fatihah.

Sabtu, April 21, 2007

Belenggu

Belenggu
Penulis: Amiene Rev
Hakcipta Terpelihara (C) 2007
Adaptasi ke versi blog daripada karya Amiene Rev yang berjudul Belenggu Bulan Terang

Siang tadi, di jendela tingkapku, sepasang burung kecil berkicau-kicauan. Burung-burung hitam berdada kuning ini seolah-olah bercerita kepadaku. Langsung tidak takut dengan kewujudanku.

"Ini satu perkabaran. Lekas pasangkan telingamu. Berhadap denganku!"

Bingit sekali bunyi kicauan burung-burung ini. Tingkap kaca tanpa langsir itu seolah-olah tapak perbicaraan orang-orang tua di kedai kopi. Burung-burung ini berjengket-jengket merapati ke bilikku. "Chip! Chip! Chiao!"

"Pada esok malam. Gerhana bulan akan berlangsung. Tidak ada seorang pun dibenarkan keluar dari bilik masing-masing! Chip! Chip! Chiao!"

Burung yang aneh. Tahu berbicara. Adakah orang lain juga mendengar perkara yang sama?

Shruuh!!! Seorang pelajar dari bilik sebelah mencurahkan air ke bawah. Burung-burung kecil bertempiaran, terbang meninggalkan kamar tidurku.

Kemudian seekor kucing mengiau-ngiau di depan pintu kamarku. Aku segera membuka pintu. Kelihatan Tobi, kucing belang yang bergelar duda, tercongok dengan seekor tikus tersungkur lemah di depan kakinya.

"Manusia yang bijaksana, tikus ini tercedera kerana bisa taringku. Aku pohon supaya dia diselamatkan!" Tobi merayu-rayu. Suara nyaringnya bertambah lemah.

"Habis! Kenapa kau gigit Mici?" Tikus itu sudah lama aku mengenalinya. Mici, adalah ketua kaum tikus di blok Bukhari. Pakar dalam pengintipan makanan-makanan manis yang disisakan oleh kaum manusia bijaksana.

"Aku tersilap pandang. Mataku tiba-tiba kabur, seolah-olah terbelenggu dengan cahaya Suria. Entah kenapa hari ini, wajah Suria lebih terang benderang sehingga aku tidak dapat mengenalpasti antara ikan dengan tikus. Lalu aku tergigit Mici." Tobi bijak menyusun perkataannya. Suria pula dipersalahkan.

Suria yang jauh tinggi di langi berasa berang, lalu berkata, "Tobi, aku tidak boleh dipersalahkan. Tidak lama lagi gerhana akan melanda. Aku cuma mengikuti rutin ratusan tahun yang telah ditetapkan untukku. Kau tidak boleh sewenang-wenangnya melontar kesalahanmu kepadaku! Bagaimana pula hidung dan misaimu?"

"Maafkan aku Suria. Namun aku bercakap benar, cahayamu pada pagi ini lain dari kebiasaannya."

Aku mengangguk. Benar juga kata Tobi. Barangkali perkabaran yang disampaikan oleh dua ekor burung hitam berdada kuning itu ada benarnya. Gerhana bulan akan melanda.

"Benarkah gerhana bulan akan melanda?" Terus kuutarakan soalan itu kepada Suria.

"Benar! Benar! Itulah sebabnya aku kini tidak lagi stabil. Aku harus patuh terhadap peredaran yang ditetapkan untukku," Suria mengukuhkan lagi alasannya. Perlahan-lahan, Suria berganjak seinci demi seinci, di dalam landasan orbitnya.

"Aku juga mendengar khabar, konon-kononnya, bangsa Djin Putih dari Barat akan datang menakluki tanah airmu. Berhati-hatilah..." Suria pun beredar.

Tobi menggosok-gosok matanya. "Bagaimana pula dengan Mici? Bisa aku boleh membunuhnya jika dia tidak dirawat!"

Aku merenung Mici. Kemudian mengangkat Mici dengan sebelah tanganku dan meletakkan di atas meja. Dengan menggunakan kanta pembesar, aku melihat bekas luka.

"Ceh, Tobi! Taringmu cukup berbisa. Barangkali lebih berbisa dari bisa ular!"

"Jadi, apa yang harus aku lakukan?"

"Kita hantar saja ke veterinar!" Maka, aku dan Tobi membawa Mici menuju ke pusat veterinar di bandar. Tanpa disedari, kedua-dua ekor burung kecil mengekori kami.

"Berhati-hati dengan gerhana bulan. Ketika alam bergelap, musuh-musuhmu akan sampai, dan kalian semua akan dibelenggu! Chip! Chip! Chiao!"

Belenggu? Aku pasti akan menghayati satu pengalaman baru jika aku dibelenggu. Tobi tidak menghiraukan aku yang kian perlahan melangkah, dia bergegas mengepalai rombongan kecil ini, agar sempat tiba di pusat veterinar. Lalu apakah yang akan berlaku seterusnya?

Memahami Konsep Sekolah Penyayang dan Kaitannya Dengan Penggubalan Peraturan Sekolah

Hari ini saya ingin menulis mengenai sekolah penyayang. Barangkali ramai di kalangan guru dan para pelajar yang pernah mendengar perkataan ini, tetapi bagaimana pula dengan apa yang kita faham mengenai konsep sekolah penyayang ini. Sekolah penyayang adalah sekolah yang baik.

Bagaimana untuk menentukan sekolah itu baik atau tidak? Sekolah yang baik akan memiliki budaya suka belajar, tidak kira murid, guru atau pentadbir. Kenapa murid-murid suka belajar? Kerana mereka tahu kenapa mereka harus belajar. Guru-guru sudah memupuk, mendedahkan mereka mengenai soal-soal masa depan. Guru-guru prihatin dengan kebolehan dan keunikan setiap orang pelajar di sekolah tersebut. Guru-guru sentiasa belajar dan mahu belajar untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik anak-anak murid mereka. Pihak pentadbir pula sentiasa berusaha untuk memahami keadaan dan kekurangan yang wujud di sekolahnya, dan berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan yang wujud di sekolah dengan segera, rasional dan beretika.

Sekolah yang baik mampu melahirkan ramai pemimpin negara. Ini kerana didikan yang diberikan kepada para pelajar adalah didikan yang berkualiti dan selaras dengan matlamat pembangunan insan. Apabila murid-murid sedar peranan mereka, secara tidak langsung mereka akan menjadi manusia yang bertanggungjawab. Manusia yang bertanggungjawab adalah manusia yang berdaya untuk memimpin. Mereka perlu dibekalkan dengan asas-asas kepimpinan kerana mereka cenderung untuk bertanggungjawab.

Sekolah yang baik memiliki kualiti hubungan kemanusiaan yang tinggi. Hubungan antara guru dengan ibu bapa, guru dengan guru, guru dengan murid, guru dengan pentadbir. Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid bekerjasama untuk mewujudkan suasana persekolahan yang memiliki budaya bermotifkan pembangunan insan yang sempurna dari segi rohani, jasmani, intelektual dan emosi. Pihak sekolah dan ibu bapa sentiasa berhubung antara satu sama lain, berkaitan soal anak-anak mereka. Tidak berahsia atau berdiam diri dalam hal-hal tertentu, terutamanya soal akademik dan tingkah laku anak-anak.

Sekolah yang baik akan mempunyai pertalian atau hubungan dengan ramai sukarelawan. Sukarelawan ini boleh jadi ibu bapa, pelajar-pelajar universiti atau masyarakat setempat. Wujudnya aktiviti yang berbentuk intelektual dan kemanusiaan yang dijalankan bersama.

Sekolah yang baik wujud tanpa tekanan. Ini kerana semua pihak berasa gembira belajar di sekolah tersebut. Setiap orang sedar peranan masing-masing. Sistem pentadbiran, pembelajaran dan peraturan yang diwujudkan di sekolah itu selaras dengan sifat-sifat kemanusiaan. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum peraturan digubal.

Ada sekolah yang memperkenalkan sistem yang tidak begitu praktikal atau munasabah. Contohnya, ada sebuah sekolah berasrama yang meminta para pelajar memakai kasut untuk ke surau. Saya rasa ini tidak praktikal. Begitu juga dengan sekolah berasrama yang melarang pelajar menggunakan telefon bimbit, pada masa yang sama kemudahan telefon awam di sekolah tersebut tidak memuaskan. Telefon awam rosak, tidak ada perkhidmatan tukar syiling atau kad dan sebagainya. Apatah lagi apabila pelajar-pelajarnya tinggal berjauhan. Seberang laut. Sekolah yang penyayang akan menimbangkan faktor-faktor ini. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak harus dipereratkan. Mungkin para pelajar boleh digalakkan untuk menulis surat seperti zaman dahulu?

Perlu diingatkan, peraturan yang digubal tanpa mengambil kira faktor-faktor kemanusiaan akan mendatangkan kesan negatif terhadap pelbagai pihak. Kunci sesebuah sekolah penyayang terletak pada sistem pentadbiran dan peraturan-peraturannya. Jangan buat sesuatu yang membebankan. Setiap peraturan yang digubal perlu memiliki hujah-hujahnya. Malah, adalah bagus jika ibu bapa terlibat sama dalam menggubal undang-undang.

Saya meneliti konsep sekolah kluster. Konsep sekolah kluster jika dilaksanakan dengan betul, dan apabila para guru mengambil peluang ini untuk mendekatkan diri dengan pelbagai pihak dengan motif pendidikan, maka tindakan ini akan menghampiri konsep sekolah penyayang. Ini kerana pihak sekolah telah diberikan peluang mendekati dengan masyarakatnya. Pihak sekolah boleh membina hubungan dengan masyarakat setempat tanpa terikat dengan pihak atasan.

Untuk memahami satu-satu keluarga, kita harus tinggal dengan keluarga tersebut. Dalam konteks ini, sekolah adalah seperti satu organisasi yang tinggal dengan masyarakat setempat. Mereka perlu lebih rapat, mesra dan banyak berinteraksi dengan masyarakat setempat.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat sekolah penyayang, saya sangat senang hati sekiranya populasi pelajar di sesebuah sekolah disusun semula. Sekolah harus menjadi pusat dalam satu-satu kawasan kediaman atau penempatan. Ini akan memudahkan ibu bapa dan guru saling berhubung selain terikat dengan urusan-urusan yang lain. Ada banyak kes, di mana para pelajar tidak dapat belajar di sekolah terdekat, sebaliknya harus pergi ke sekolah yang lebih jauh. Masalah itu perlu cuba diatasi. Namun sekiranya tidak dapat di atasi, maka sudah sampai masanya bidang pendidikan dijadikan sebagai satu sistem major dalam kehidupan masyarakat.

Dalam erti kata lain, dunia pada masa akan datang harus berpaksikan pendidikan. Pendidikan akan menjadi satu keutamaan. Ibu bapa akan dibenarkan untuk terkecuali dalam soal pekerjaan apabila perlu melibatkan diri dalam urusan berkaitan dengan pendidikan anak-anak. Perubahan sistem secara menyeluruh perlu dibuat, kerana konsep sekolah penyayang akan mencapai tahap kecemerlangan tertinggi apabila dunia menjadi pendidikan sebagai paksi dalam sistem kemanusiaan.

Masyarakat dunia terdiri daripada pelbagai agama dan budaya, namun pendidikan harus dijadikan paksi untuk menyatupadukan semua agama dan budaya. Di sinilah, akan wujudnya peranan besar sekolah. Pendidikan adalah bidang yang memproses sifat-sifat kemanusiaan. Apabila manusia mengutamakan pendidikan dari segi definisi yang menyeluruh, maka segala bentuk bahasa, budaya dan pemikiran akan dapat diselaraskan.

Apabila menbicarakan soal pendidikan, ini akan melibatkan terlalu banyak aspek dan faktor yang perlu dipertimbangkan. Di sini saya cuma dapat meringkaskan sahaja, walau pun masih tidak sempurna dan terlalu banyak kekurangan.

Apa pun saya berpendapat, sekolah penyayang akan dapat diwujudkan, apabila pihak sekolah dan ibu bapa bekerjasama dalam menggubal peraturan. Namun kuasa penentu harus diberikan kepada pihak sekolah selain mengambil kira pandangan majoriti ibu bapa.

Kesilapan manusia hari ini, adalah apabila mencipta undang-undang, kemanusiaan diabaikan. Kepakaran dan kemahiran diberi penekanan, tetapi soal-soal kemanusiaan tidak dititikberatkan. Kesilapan ini akan terus berulang dan berulang, sehingga satu tamadun sesuatu bangsa itu dijahanamkan oleh bangsa itu sendiri.

Siapa lagi yang patut mengubahnya? Revolusi itu perlu. Para guru perlu menggunakan peluang yang diberikan kerajaan, untuk membentuk hubungan yang erat antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat.

Catatan Seorang Pesakit Aneroksia 6

Adakah ini e-mel terakhir daripada manusia misteri ini? Aku menerima satu lagi e-mel daripada beliau. E-melnya kali ini, ditulis dalam keadaan yang menunjukkan dia sangat-sangat letih.

"Ikan emas sudah tidak ada. Aku kelaparan. Namun aku tidak mahu makan apa-apa. Aku berasa sayu, mengenangkan kembali ikan-ikan emas yang berenang-renang bebas di dalam akuarium itu."

Berdasarkan catatan di atas, aku memahami apa yang cuba disampaikan oleh manusia aneh ini. Dia seolah-olah berasa kesal dengan perbuatannya terhadap ikan-ikan emasnya dahulu.

"Aku rindu hendak melihat ikan-ikan emas ini berenang-renang. Mereka seolah-olah teman-teman akrab aku yang telah pergi, jauh, meninggalkan aku seorang di sini. Tidak ada lagi kegembiraan. Tidak ada lagi kedengaran suara mereka bergelak ketawa. Cuma ada, kesunyian."

Hm. Kesunyian? Aku pasti, manusia ini menderita kerana kesunyian, sehingga kesunyian itu meracuni emosi dan pemikirannya. Kerana keadaan inilah, wujudnya ramai manusia yang menyebabkan pelbagai masalah sosial kepada masyarakat. Mereka sunyi, mereka mahukan perhatian, sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian masyarakat, kembali kepada mereka.

"Tahukah kau, cerita-cerita yang aku tulis kepada kau itu, yang telah aku kirimkan menerusi e-mel sebelum ini, adalah peristiwa yang berlalu dua bulan lepas?"

Apa? Jadi? Jadi apa yang telah berlaku kepada manusia aneh ini sekarang?

"Sejak dua bulan lalu, aku tidak pernah makan apa-apa lagi. Selain menghirup air yang pernah menjadi ruang nafas ikan-ikan emas peliharaanku. Berat badanku kini cuma... Tidak! Aku takut bercakap soal berat badan. "

Aku tidak dapat berkata apa-apa lagi. Aku terus membaca catatan e-melnya.

"Aku telah ditinggalkan kekasihku kerana berat badanku berlebihan. Aku diejek oleh orang ramai kerana berat badanku. Mereka mengutuk aku, menyalahkan aku kerana ditinggalkan kekasih, kerana kuat makan. Sekarang, oleh sebab itu, aku tidak mahu makan apa-apa lagi."


Jadi, benarlah. Manusia ini menderita sakit aneroksia nervosa. Dia pasti seorang wanita? Tiba-tiba, aku teringatkan kisah Karen Carpenter. Entri ini adalah dedikasi kepada Karen Carpenter, seorang penyanyi hebat yang meninggal dunia kerana penyakit aneroksia nervosa. Di sebelah kiri ini adalah gambar Karen Carpenter bersama abangnya, Richard Carpenter.

Dan dengarlah lagu ini, Yesterday Once More, sebuah lagu penuh nostalgia, bagi orang-orang yang memahaminya.

Tamatlah 6 siri Catatan Seorang Pesakit Aneroksia Nervosa, ditulis oleh Amiene Rev pada tahun #### di sebuah lokasi misteri di '
Hofgarten Park, Germany'.


Jumaat, April 20, 2007

Mimpi Bertemu Anak-anak Yatim, Faisal Tehrani dan Stadium

Malam tadi aku bermimpi bertemu dengan Faisal Tehrani, anak-anak yatim dan stadium. Mimpi ini cukup aneh. Kenapa, sejak dua tiga malam ini, aku sering bermimpi yang aneh-aneh?

Mimpi malam tadi agak kelakar, Faisal Tehrani memberitahu aku dia gagal dalam satu kertas peperiksaan. Tapi aku yakin, itu sememangnya Faisal Tehrani. Ha. Ha.

Anak-anak yatim itu pula. Aku rasa aku mengenali mereka. Sebab itu aku tahu mereka anak-anak yatim.

Kemudian stadium. Apa kena mengena stadium dengan semua ini? Mimpi yang aneh, tetapi kelakar. Ha. Ha.

Khamis, April 19, 2007

Catatan Seorang Pesakit Aneroksia 5

Ini e-mel kelimanya. Kali ini aku tidak mahu berbicara panjang tentang apa yang ditulisnya kepadaku. E-melnya kali ini sukar digambarkan. Apakah kehendak sebenarnya?


"Semua ikan emas tidak ada lagi. Tiba-tiba aku rasa sangat sunyi. Aku tidak memiliki apa-apa lagi. Aku tidak ada teman buat berbicara."


Aku cuba sedaya upaya aku untuk memperindahkan lagi bahasanya. Bahasa SMS adalah bahasa yang teruk. Jarang aku melayan orang yang menghantar kiriman e-mel sebegini kepadaku. Apatah lagi jika isi kandungan e-melnya panjang. Aku abaikan sahaja atau labelkan sebagai e-mel sampah.

"Aku tiba-tiba berasa sangat rindu dengan ikan emas itu. Aku rasa, ikan emas itu cuba memberitahu kepadaku, betapa dia sangat sayang kepadaku."

Nampaknya, manusia aneh ini telah mempunyai hubungan istimewa dengan salah seekor ikan emas yang diseksanya. Kejam sekali, apabila aku melabelkan manusia aneh ini sebagai penyeksa ikan emas.

"Aku mula menyedari hakikat ini, selepas ikan emas itu menjadi darah dan dagingku."

Aku tersilap. Hubungan dia dengan ikan emas itu bukan sebagai teman istimewa, tetapi antara manusia dengan makanan.

NOTA: Siri ke-5 Catatan Seorang Pesakit Aneroksia Nervosa, ditulis oleh Amiene Rev pada tahun #### di sebuah lokasi misteri di 'Hofgarten Park, Germany'.