BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Subjek Wajib SPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Subjek Wajib SPM. Papar semua catatan

Jumaat, September 07, 2012

Kurikulum Baharu Sejarah - Subjek Sejarah Dirombak

Subjek Sejarah Dirombak
07/09/2012 - 05:49:52AM BERITA HARIAN

Kuala Lumpur: Kerajaan sedang merangka kurikulum baru subjek Sejarah sekolah menengah untuk melahirkan warganegara bersemangat patriotisme yang tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia berpandukan perakuan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah.

Tumpu pada kurikulum

Beliau berkata, ia juga selaras dengan perhatian khusus kerajaan terhadap kandungan kurikulum subjek Sejarah di sekolah. Jawatankuasa khas dipengerusikan Tan Sri Omar Mohd Hashim (Pengerusi Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM)) mempunyai tugas besar dan berat. Laporan sudah diserahkan dan Insya-Allah akan dilaksanakan, katanya ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Majlis PSM ke-57, di Wisma Sejarah di sini, semalam.

Jawatankuasa khas yang ditubuh pada Mei 2011 dianggotai 10 pakar sejarah bertujuan membantu mengkaji semula kandungan kurikulum dan buku teks Sejarah sekolah menengah. Ia bagi memastikan subjek itu mampu melahirkan pelajar yang mempunyai perasaan cintakan tanah air, sekali gus memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warga Malaysia. Penubuhannya juga selaras dasar kerajaan menjadikan Sejarah subjek wajib lulus peringkat SPM mulai 2013.

Zaman yang menganggap Sejarah boleh diajar oleh sesiapa saja dan menganggap ia sebagai satu mata pelajaran pinggiran sudah berlalu. Kita mahu Sejarah diberi nafas baru, dimartabatkan dengan perhatian yang serius dan diajar oleh mereka yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu itu, katanya.

Kurikulum Baharu Mata Pelajaran Sejarah
SUMBER: KOSMO

MUHYIDDIN (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Omar (kiri) ketika melawat pameran sempena Mesyuarat Tahunan Majlis ke-57 PSM di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran merangka kurikulum baharu mata pelajaran Sejarah untuk pelajar sekolah menengah bertujuan melahirkan warga negara yang mempunyai semangat patriotisme lebih tinggi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kurikulum baharu itu berpandukan kepada perakuan-perakuan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah.

“Kerajaan memberi perhatian khusus terhadap kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah di sekolah,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Majlis ke-57 Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Wisma Sejarah di sini semalam.

Jawatankuasa yang ditubuhkan pada Mei 2011 dianggotai 10 pakar sejarah dan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PSM, Tan Sri Omar Mohd. Hashim.

Fungsi utama jawatankuasa tersebut adalah menentukan hala tuju perkembangan kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam merealisasikan keperluan semasa dan cabaran masa depan.

Rabu, Disember 31, 2008

Tingkatan 4 - Subjek Wajib

Mata Pelajaran Wajib Di Peringkat SPM

Subjek-subjek di bawah adalah subjek-subjek wajib diambil di peringkat SPM. Subjek-subjek wajib atau utama ini kebiasaannya menjadi pra-syarat untuk melanjutkan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi. Bahasa Melayu dan Matematik merupakan subjek wajib yang perlu dikuasai. Kegagalan untuk lulus dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik akan menyebabkan pelajar terbabit gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi. Bagi pelajar yang gagal lulus subjek-subjek seperti Bahasa Melayu dan Matematik, mereka boleh mengulang semula atau mengambil semula subjek-subjek tersebut dalam peperiksaan SPM yang ke-2 atau sering dipanggil sebagai SPM Kertas Julai (SPM Paper July).

Subjek-subjek tertentu adalah wajib. Antaranya ialah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris / GCE O Level English
  • Pendidikan Islam - Untuk pelajar beragama Islam
  • Pendidikan Moral - Untuk pelajar bukan Islam
  • Sejarah
  • Mathematics / Matematik
  • Science / Sains - Untuk Aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja.
Terdapat beberapa subjek-subjek tambahan yang disusun mengikut aliran atau pakej mata pelajaran seperti berikut: