3 Perkara Penting Semester Ini Buat Masa Ini
Semester ini, aku sangat sibuk. Akademik perkara nombor satu dalam jadual dunia. Alhamdulillah, semester ini kesihatan aku berada di tahap yang memuaskan.
KITAB perkara nombor dua untuk dunia dan akhirat. Sebenarnya aku berhasrat untuk menjadi penasihat sahaja (pengasas). Tahun ini, pada awalnya aku mencalonkan beberapa orang pelajar junior yang berpotensi dan berkomitmen tinggi untuk memegang tanggungjawab sebagai pengarah dan timbalan pengarah, diangkat dari status ketua unit dan setiausaha pada semester lepas. Namun, selepas perbincangan, mereka masih tetap mahukan aku beraksi sebagai pengarah pada semester ini. Berat hati, untuk memikul tanggungjawab tersebut, namun segala-galanya akan diputuskan esok. Aku harap ada ruang untuk menulis novel pada semester ini.
Sukan Antara Mahasiswa pula akan berlangsung dalam minggu ini. Aku tidak pasti sama ada kolej kami akan menjadi johan, namun, aku berharap agar atlet-atlet sepasukan dapat bekerjasama merebut tiga tempat teratas dalam acara berpasukan. Pelbagai faktor boleh mempengaruhi kemenangan. Paling penting ialah niat, komitmen dan semangat berpasukan.
Penulisan novel sudah bermula sejak beberapa minggu lepas. Tema-tema sai-fi menjadi pilihan utama. Aku berhasrat untuk mengirimkan dua novel untuk dua syarikat penerbitan. Buat masa ini, aku memberi laluan terhadap acara sukan dan Program KITAB 2.
Tesis pula akan dikemaskini. Tarikh rasmi sekitar bulan Disember ini, untuk dibentang pada semester hadapan. Masa untuk tesis masih banyak, aku berhasrat untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap tesis selepas peperiksaan akhir semester.
Kesimpulannya pada semester ini, aku perlu memberi tumpuan kepada lima aktiviti semasa:
1. Akademik
2. Pengaturcaraan Program KITAB 2
3. Sukan Antara Mahasiswa 2007 - Acara Memanah
4. Penulisan novel
5. Semakan tesis untuk semester depan
Untuk sementara waktu, aku akan memberi tumpuan kepada 3 perkara teratas dalam senarai di atas. Senarai ini dibuat berdasarkan kepentingan semasa.
|