BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Julai 17, 2007

Sedutan Babak 3


Seperti pantai itu
kurenungi masa depanmu
tidak ada satu kesedaran
dalam hatimu

Seperti pasir-pasir pecah
oleh lunak-lunak air laut
kata-kataku cuba memujukmu
kembali mengingati hasrat Ibu

Dan
hanyut terus di lautan
kau terkapai-kapai
tanpa haluan petunjuk

Dan
ombak besar melemaskan fikiranmu
kekuatanmu
ketabahanmu
kejujuranmu

Simpati
sayu aku menghulur bantuan
mengharap kau menyambutnya
kembali kepada Kesedaran

Simpati Kepada Pantai - Amiene Rev (C) 2007