BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Julai 23, 2007

Ulasan Haiku Nur Ashiqin Maulad Azmiran

Sudah agak lama aku tidak mengarang haiku, namun kali ini aku mahu tampil menulis dengan mengulas sebuah haiku, hasil tulisan Adik Nur Ashiqin Maulad Azmiran. Adik Ashiqin memenangi hadiah utama Pertandingan Haiku Kanak-kanak Sedunia JAL 2006 (Malaysia) dan akan mewakili Malaysia ke Kem Haiku Kanak-kanak Sedunia di Matsuyama City, Jepun, mulai hari ini sehingga 1 Ogos 2007. Mari kita teliti susunan haiku Adik Ashiqin dalam dwi-bahasa, iaitu Melayu dan Inggeris.

Bahasa Melayu:
Sabar menanti (5 suku kata)
Induk pulang ke sarang (7 suku kata)
Bawa rezeki (5 suku kata)

Bahasa Inggeris:
Waiting patiently (5 suku kata)
For mother's homecoming (7 suku kata)
Bringing sustenance (5 suku kata)

Nota: Perkataan "sustenance" dibaca dalam tiga suku kata.