Sedutan Babak 2
Dari bandar ini, ruang-ruang tamu ditemui. Jentera-jentera hati berisi ilmu kepakaran ternoktah dalam samar-samar kenyataan. Tinggalan zaman, berzaman sejak biawak-biawak dari belantara membawa duka-duka ke pelbagai aspek mengenai realiti duniawi.
Seorang insan, seakan-akan sukar untuk bernafas di ruang udara, seperti ikan yang bergantung kepada insangnya untuk terus lega di dalam air. Lalu insan ini mencari, menjejaki temannya. Mereka terus berkasih-kasihan mencari kepuasan erti hidup.
Akhirnya kelompok manusia yang curang terhadap matlamat menemui paksi kebenaran yang berputar di bawah tapak kaki mereka sendiri.
Belantara Kontang - Amiene Rev (C) 2007
|