Sedutan Babak 3 Satu Suku
Sudah berapa kali saya bilang sama kamu, jangan permainkan hati dia, tetapi kamu tidak dengar.
Sudah berapa kali kamu dengar saya berkata, jangan permainkan hati dia, tetapi telinga kamu dituli-tulikan.
Sudah berapa kali kamu membaca mesej yang sama, tetapi interpretasi kamu tetap berbeza.
Sedangkan apa yang ditulis ini tetap sama.
Sedangkan apa yang kamu baca ini serupa sahaja.
Sedangkan apa yang saya tulis ini tidak ada beza maksudnya.
Jadi, kenapa kamu? Kenapa kamu tidak dapat menerima kenyataan ini?
Jelaskan...
Teguran Kepada Si Dungu - Amiene Rev (C) 2007
|