BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, April 24, 2020

Smart Quran Aplikasi Mobil JAKIM KDN SKMM

SMART QURAN adalah merupakan aplikasi mudah alih Al-Quran yang mendapat kelulusan pihak berkuasa di Malaysia serta diperakui dari segi kesahihan maklumatnya.
Ia merupakan hasil usahasama antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play dan App Store.
Bacaan Al-Quran oleh
● Syeikh Abdullah Ibn Ali Basfar
● Syeikh Ali al Huzaifi
● Syeikh Ibrahim al Akhdar
● Syeikh Muhammad Ayyub Ibn Muhammad Yusuf.

Muat turun secara percuma di:


Isnin, April 20, 2020

E-Sentral - Kedai e-Book terkenal untuk buku-buku berbahasa Melayu di dunia

Tidak kira di mana anda berada, sama ada di benua Amerika, benua Eropah, benua Afrika, benua Asia, Australia dan di bulan mahu pun Marikh, jika terdapat jaringan atau isyarat internet di sana, bermaksud anda kini mampu memiliki e-book, e-novel atau e-majalah dalam Bahasa Melayu.

E-Sentral merupakan portal e-book terkenal di dunia pada ketika ini, menawarkan lebih beratus ribu atau mungkin ketika anda membaca artikel ini, sudah berjuta-juta buah buku dipasarkan di sana untuk dibeli dari ceruk dunia mana pun kecuali alam barzarkh.

E-Sentral merupakan sebuah portal e-book yang boleh diakses menerusi aplikasi iOS atau Apple Store, aplikasi Android iaitu GooglePlay atau GooglePlay Store dan juga Desktop Reader. Anda boleh membuat pembelian secara dalam talian dan membaca menerusi mana-mana peranti elektronik dengan akaun berdaftar. Sebagai blogger di Duke Amiene Rev, saya memang suka membaca e-book kerana ia memudahkan saya membuat rujukan untuk artikel-artikel saya.

E-Sentral merupakan sebuah portal buku yang sangat aktif. Setiap hari ada sahaja orang membuat pembelian e-book menerusi e-sentral. Buku-buku novel Melayu menjadi rebutan dan sangat laku keras di sini. Terdapat juga buku-buku akademik yang bersifat interaktif.

Selain buku-buku berbayar, terdapat juga buku-buku elektronik yang boleh dibaca secara percuma. Sempena PKP terdapat beberapa penerbit dan penulis e-book yang menawarkan buku elektronik pada harga yang rendah iaitu di bawah RM5. Benar, penulis-penulis dan penerbit-penerbit juga ramai yang turut membantu memberi sokongan moral untuk kita semua, warga dunia yang menjadi mangsa Covid-19 dan terpaksa berjuang tabah duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Apakah kelebihan membeli e-book berbanding buku fizikal. Pertama, anda telah membantu mengurangkan penggunaan kertas dan ini menyelamatkan berjuta-juta pokok di dunia. Kedua, anda tidak lagi perlu risau dengan kapasiti buku di rumah anda, tidak perlu berbelanja membeli almari untuk menyempitkan rumah kediaman anda. Ketiga, buku-buku elektronik ini boleh dibaca menerusi pelbagai peranti di bawah akaun berdaftar anda. Anda bebas membawa berjuta-juta buku hanya menerusi telefon pintar atau pun komputer riba anda.

PKP merupakan satu contoh yang sangat baik untuk menunjukkan bagaimana e-book memainkan peranan dalam membantu menyelesaikan masalah dalam kehidupan anda. Anda terperangkap di kampung dan tidak membawa buku-buku rujukan, gunakan saja e-sentral, rujuk dan baca buku rujuan elektronik menerusi telefon pintar anda.

Sepanjang PKP, kedai-kedai buku tidak lagi beroperasi, maka satu-satunya pilihan yang paling mudah untuk mendapatkan bahan bacaan adalah menerusi e-sentral.

Berikut adalah cara-cara untuk pergi ke portal buku E-Sentral dan mendapatkan perisian atau aplikasi E-Sentral untuk peranti anda:

1. Menerusi laman web (semua pengguna): https://www.e-sentral.com/

2. Menerusi Google Play (untuk pengguna Android): https://play.google.com/store/apps/details?id=com.esentral.reader

3. Menerusi AppStore (khusus untuk pengguna produk Apple seperti  iPhone dan iPad): https://apps.apple.com/us/app/e-sentral/id464707103

4. Menerusi Desktop App (semua versi OS termasuk Windows, Linux, Mac dan lain-lain): https://www.e-sentral.com/download_installer

Semoga artikel ini berguna untuk para pembaca blog Duke Amiene Rev. Sekian, terima kasih.


YTL FOUNDATION - Panduan Memohon Telefon Percuma dan Data Percuma

YTL FOUNDATION - Panduan Memohon Telefon Percuma dan Data Percuma

Saya yakin ramai warganegara Malaysia sudah tahu tentang berita pemberian telefon pintar dan data percuma selama setahun untuk golongan B40. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilancarkan, kepentingan untuk mengikuti e-pembelajaran menerusi telefon pintar semakin meningkat.

Cara Memohon Telefon Percuma Dengan Data Internet

Hari ini sekali lagi pihak YTL Foundation memberi inisiatif kepada golongan pelajar B40 untuk dapatkan telefon percuma bersama data internet bagi tujuan pembelajaran atas talian (online).
Tawaran ini khas kepada golongan B40 sahaja. Untuk memohon anda perlu sediakan beberapa butiran seperti dibawah:
  1. Nombor MyKad/MyKid murid
  2. Nombor MyKad ibubapa
  3. Status B40 ibubapa di portal BPN (https://bpn.hasil.gov.my) masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’. Klik pautan BPN di atas.
Screenshot status ibubapa di laman bpn tersebut untuk didaftarkan di laman web di bawah ini. Sila klik pautan di bawah:



Sekiranya berjaya, ibubapa yang dicalonkan akan menerima e-mel dengan pautan untuk mendaftar. Mereka sekali lagi perlu sediakan :
  • Salinan MyKad/MyKid murid
  • Salinan MyKad ibubapa
Pihak YTL Foundation akan menghantar telefon percuma tersebut kepada ibubapa dan anak-anak boleh mula belajar di rumah.




Khamis, Mac 26, 2020

Senarai Kedai Barang-barang Keperluan Online Sempena Perintah Kawalan Pergerakan Covid-9

Jika kita pergi ke pasaraya pun, kebanyakannya tutup. Sekarang sudah ada pembantu pembeli, kita boleh tempah barang secara dalam talian. Kedai barang keperluan online muncul seiring dengan teknologi siber. Kini, kepentingannya mula dirasai.

Lazada - https://www.lazada.com.my/shop/lazada-mall-store/
Shopee  - https://shopee.com.my/mall
Presto Mall - https://www.prestomall.com/
Tesco -  https://eshop.tesco.com.my/groceries/
Mydin - https://www.mydin.com.my/online-store/onlinestore
Redtick  - https://shop.redtick.com/
MyGrocer - https://mygroser.com/en/index
Jaya Grocer - https://www.jayagrocer.com/
Potboy Groceries - https://potboy.com.my/
Pantry Express - https://www.pantryexpress.my/
The Little Mart - https://www.thelittlemart.com/
TM Farms - https://www.tmorganicfarms.com/
Everleaf – https://www.everleafstore.com/

Selasa, Januari 28, 2020

REGENESIS

Apa yang anda tahu tentang regenesis. Proses memperbaharui kehidupan. Kelahiran semula. Tidak ramai orang percaya tentang regenesis. Dalam konteks psikologi, regenesis boleh berlaku.

Hampir semua manusia memilih tempat baru untuk memulakan regenesis. Musuh utama regenesis adalah dunia siber. Menghalang regenesis daripada berlaku, membuatkan regenesistan kembali semula ke kehidupan lama.

Seorang regenesistan lahir dengan kehilangan memori lama. Untuk itu, regenesistan mesti berada di kawasan yang tidak mengenalinya, tidak memiliki apa-apa maklumat tentang dirinya.

Regenesistan boleh hidup di dunia barunya dengan dua cara. Tanpa sebarang memori implan. Juga dengan memori implan sebagai pemecut kebolehan barunya. Regenesistan boleh mengekalkan kebolehan atau kemahiran lamanya atau percaya bahawa dia memiliki kebolehan atau kemahiran yang berbeza daripada kehidupan lamanya.

Seseorang regenesistan juga perlu mengubah segala identiti tentang dirinya, supaya orang-orang berkaitan dengan dirinya dari dunia kehidupan lama tidak lagi dapat menghubunginya.

Bukan mudah menjadi regenesistan jika dahulunya seseorang itu adalah seorang yang terkenal. Teknologi mengubahsuai rupa menjadi sandaran rapat terhadap seorang regenesistan. Suara, rupa, anak mata, cap jari dan DNA adalah antara perkara paling asas perlu diubah.

Adakah anda salah seorang daripada regenesistan?