Budak Hilang: Sharlinie hilang 9 Januari 2008 manakala Mawi hilang 9 Mac 2008

Amiene Rev merekabentuk semula poster Asmawi kerana tidak puas hati dengan penggunaan 'di' secara dekat untuk tajuk "DIMANA ASMAWI?" Kerana enggan melihat perkataan DIMANA berleluasa, Amiene Rev membuat semula poster baru dengan menggunakan ejaan yang sepatutnya iaitu "Di Mana?"
Alang-alang sudah mengubah poster Asmawi. Amiene Rev turut mencipta satu lagi poster berkembar, menggabungkan Sharlinie dan Asmawi.
9 Januari dan 9 Mac, lokasi hilang ialah Petaling Jaya untuk Sharlinie, dan Lembah Pantai untuk Asmawi. Mungkin ada klu yang membantu? Sama-sama kita doakan kedua-dua budak ini ditemui.
|