Insomnia - Tidak Rindu Pada Tidur dan Mimpi
Teknologi makin canggih, manusia makin bijak, kata orang. Namun, Amiene Rev memiliki tanggapan yang sebaliknya. Petang kelmarin, kelasnya bermula sekitar jam 11 pagi dan tamat sekitar jam 5.30 petang.
Jam dua dua minit pagi. Amiene Rev menerima panggilan daripada seorang teman. Teman ini memberitahu dia tidak dapat tidur lena pada malam hari. Semuanya gara-gara nyamuk yang semakin banyak hinggap di sarang manusia.
"Saya bagaikan bermimpi ngeri, sedangkan saya tidak dapat lena sepanjang malam," cerita Abu bin Bidin (bukan nama sebenar) kepada Amiene Rev dengan bersungguh-sungguh.
"Seperti puntianak, makhluk-makhluk halus ini menusukkan jarum penghaus darahnya ke liang-liang kulit saya! Ini pengalaman yang sangat menakutkan, sangat dahsyat!" Fauziah Asmawi (bukan nama sebenar) memberitahu Amiene Rev.
"Barangkali dunia sudah hendak kiamat tetapi jangan kita salahkan nyamuk-nyamuk ini. Mereka sudah diciptakan tidak berotak, sekadar penggigit dan penghisap darah. Seperti kita memakan binatang ternakan, nyamuk ini juga demikian ceritanya." Pak Musyaf Ali menyatakan pandangannya. Berbeza dengan Abu dan Fauziah, Pak Musyaf ternyata lebih terbuka membincangkan soal nyamuk menggigit manusia.
"Dan ingatlah bagaimana nyamuk-nyamuk ini dahulunya menusuk masuk ke lubang hidung si Namrud, menghisap darah dan isi otaknya, dan menyebabkan kematiannya."
Kemudian pada malam itu, berpusu-pusu ekor semut datang mengelilingi kawasan perkuburan yang di kelilingi beberapa pohon kemboja mewangi.
"Kami tidak percaya. Kami tidak percaya adanya hantu. Yang ada, cuma makhluk halus. Kami juga makhluk halus. Makhlus halus. Tidak percaya, sama sekali." Semut-semut melagu-lagukan dialog sebelumnya berkali-kali.
"Oiii... tidurlah! Hari sudah pagi. Embun sudah turun." Jerit beberapa orang pelajar. Nampaknya sekarang ini sudah ramai orang mahu menjadi semut. Menjadi tentera. Ketawa pada malam hari, dan memberi tumpuan pada skrin komputer. Seolah-olah sedang kuat bekerja. Seolah-olah mereka penulis novel yang prolifik.
Boom! Bang! Enemy Down! Roger that! Gema pembesar suara yang sengaja dipasang kuat mengganggu ketenteraman malam dan ketenangan pohon-pohon yang sedang berzikir pada Yang Esa. Manusia-manusia itu sedang gigih menjadi tentera, mengetik petak-petak perkataan dan menggerak-gerakkan tetikus, seolah-olah sedang memegang senjata berpeluru di skrin komputer masing-masing. Sedangkan itu cuma imej, cuma grafik tiga dimensi yang langsung tidak boleh dipegang, digenggam mahu pun dipikul. Tidak ada berat dan peluru yang menembusi badan langsung tidak menimbulkan kesakitan fizikal melainkan sakit hati bagi insan yang lemah hatinya.
Amiene Rev walau bagaimana pun, tidak begitu mudah terpengaruh. Dia segera memasang lingkaran penghalau nyamuk. Berharap agar pada malam ini, hidungnya tidak lagi sejuk dan puntianak-puntianak tidak lagi berkeliaran bebas, mendarat secara vertical di dinding bilik atau di kulit jejaka yang bijak dan kacak.
Menjunjung alif padang siang
Belasungkawa upih jarak malam
Kepulan asap mambang diturut
Hina rudum kelak di akhirat

|