BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Oktober 31, 2006

Mutiara Kata

Dalam hidup ini, seringkali wujud kata-kata hikmah atau mutiara kata atau motto kehidupan atau falsafah hidup yang menjadi pegangan buat diri seseorang. Namun di sini ingin saya perturunkan beberapa kata-kata dan prinsip hidup yang menjadi pegangan buat Napoleon Hill.

"Kejujuran dan kerajinan merupakan sifat peribadi yang baik, tetapi sifat ini tidak akan menjadikan seseorang itu berjaya jika orang itu tidak memimpinnya ke arah menetapkan matlamat utama." - Napoleon Hill.

"Individu yang tidak mempunyai matlamat utama yang tetap sukar untuk dibantu, umpama sebuah kapal belayar tanpa kompas." - Napoleon Hill.

"Jika anda sendiri seorang majikan, adakah anda akan berpuas hati dengan kerja yang telah anda lakukan hari ini?" - Napoleon Hill.

"Orang yang bijak lebih menghiraukan kesilapan berbanding kebaikan dirinya. Orang yang bodoh adalah sebaliknya." - Napoleon Hill.

"Keyakinan memerlukan asas, manakala ketakutan pula wujud tanpanya." - Napoleon Hill.

Isnin, Oktober 30, 2006

Rumah Anak Yatim

4 Oktober 2006, ini tarikh aku pergi ke Rumah Anak-anak Yatim. Bas bergerak menuju ke bandaraya sekitar jam 10 pagi. Di pertengahan jalan, hujan rahmat turun mencurah-curah, dengan khabar sejuk dingin memercik di pantai. Berhenti sebaik-baik sahaja tiba di bandaraya.

Aku meneruskan perjalananku dengan teksi. Melalui jalan yang penuh dengan debu. Satu projek besar yang bakal melibatkan hubungan dwi-negara berlangsung di sini. Nun, di atas bukit, tersergam indah rumah yang mahu kukunjungi.

Aku melangkah ke pejabat pengurusan. Penaungnya adalah Baginda Sultanah. Beberapa anak yatim lantas mendekati, bersalam dan mencium tanganku. Aku menemui seorang kakak. Rupawan juga. Lalu menyatakan hajatku untuk menyumbangkan tenaga sebagai pengajar di sini. Sukarelawan. Perbincangan kami sekali-sekala diganggu dengan kunjungan dermawan-dermawan. Sekali sekala, anak-anak yatim berjalan ke sana dan ke mari di dalam bilik pejabat itu. Meriah suasananya. Biar jauh di ceruk bukit. Di pinggir bandaraya.

Soalan pertama yang kutanya ialah bilangan pelajar SPM di rumah ini. Cuma tiga orang. Syukur, tugasku akan menjadi mudah. Sebenarnya sejak aku tidak dapat pergi berulang 100-200 kilometer ke sekolah itu, sejak kekurangan budget, aku tiba-tiba terfikir. Kenapa aku boleh meluangkan masa ke sana, tidak pula di sini. Anak-anak ini masih bernasib kurang baik. Anak-anak yang tinggal di asrama itu ada tajaannya. Anak-anak di sini cuma mengharap bantuan ikhlas dan ehsan orang ramai.

Aku mengira baki wang yang boleh digunakan untuk tujuan berulang ke rumah anak-anak yatim ini. Cukup untuk bulan ini. Sehingga sebelum hari raya menjelang. Ya, lagi pun selepas hari raya, anak-anak ini perlu berdepan dengan SPM. Maka tidak perlu kupergi lagi. Biarlah mereka menenangkan diri dengan cara sendiri pada waktu itu.

Aku berjalan kaki pulang, menuju ke pusat bandar. Kira-kira 300 meter. Nasib baik matahari tidak begitu baran dan geram pada waktu tengah hari ini. Walau pun bahang dan wap hujan masih kelihatan di jalan-jalan. Juga bernasib baik tidak ada anjing liar.

Aku pernah diserang dua ekor anjing liar. Serentak. Sejak itu aku tidak boleh didekati anjing. Namun hari ini laluanku cukup baik.

Sampai di sebuah pusat membeli-belah, aku mengunjungi sebuah kedai buku. Di situ aku singgah sekejap meneliti beberapa buah buku yang boleh digunakan untuk tujuan mengajar. Aku meneliti satu buku yang bagus. Mengambilnya. Berjalan-jalan lagi, dan menemui sebuah lagi buku yang bagus. Ku ambil lagi. Lalu aku berjalan-jalan lagi. Sebuah buku yang agak tebal tetapi ada beberapa helaiannya yang menarik minatku. Harganya? Ya, aku tidak mampu.

Lalu aku duduk menyalin. Yang aku salin itu adalah skema permarkahan untuk Bahasa Melayu SPM. Mungkin berguna untuk anak-anak muridku. Itu sahaja yang aku mahu dari buku itu. Tiba-tiba seorang jurujual datang kepadaku sambil tersenyum. Bercakap dalam bahasa orang putih, dia menegurku. Katanya tidak dibenarkan menyalin keluar apa-apa isi kandungan buku dalam apa cara pun. Aku berterima kasih atas teguran itu dan membatalkan niatku. Buku itu walau bagaimana pun kuteliti buat kali terakhir. Menghafal dua tiga helai. Kemudian meletakkan kembali. Itu sahaja yang aku mahu dari buku itu. Bagus sikap jurujual itu, berhemah, sopan santun dalam menegur. Tidak memalukan pelanggan yang datang berkunjung ke kedainya. Kalaulah semua jurujual di Malaysia seperti ini. Amanah. Tentu lebih ramai pelancong asing akan datang ke Malaysia. Ini juga salah satu kekuatan negara Thai. Budi bahasa penjual berjaya memancing keuntungan kepada rakyat dan negara. Sayang sekali perang telah meletus di sana.

Tiba-tiba aku tergerak hati untuk mengunjungi Gerai Baulu Butter. Aku melihat satu bekas plastik besar berisi baulu. Kemudian aku melihat lagi, ada banyak bekas-bekas plastik kecil berisi baulu yang sama.

"Ini berapa harganya?"

"Itu tidak dijual. Itu untuk anak-anak yatim." Jawab Abang Uda.

"Rumah Barkat?" Aku mengagak.

"Ya! Kamu dari rumah barkat?" Giliran Abang Uda mengagak.

"Ya."

"Sebagai apa?"

"Saya mohon mengajar di sana. Suka-suka sahaja. Bukan guru tetap."

Senang sekali Abang Uda mendengarnya. Kami berborak-borak. Ketika itu datang beberapa pelanggan. Selepas urus jual beli. Kami berbual-bual lagi. Seronok mendengar bicara Abang Uda mengenai keikhlasan dalam berniaga. Keikhlasan dalam mengajar.

Aku sudah menambah kenalan lagi hari ini. Tengah hari itu aku berangkat pulang. Hari ini sungguh menceriakan.

"Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baik dan juga kamu bergaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu adalah saudara-saudara kamu (yang seagama) dan Allah mengetahui akan orang- yang merosakan (harta benda mereka) daripada orang ynag hendak memperbaikannya dan jika Allah menghendaki tentulah is memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah maha kuasa lagi maha bijaksana."- Al-Baqarah: 220

Rasullah S.A.W bersabda: "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini. Sambil baginda menunjukkan dengan kedua-dua jarinya - (jari telunjuk dan jari tengah yang dirapatkan)."


Maka aku menyeru saudara-saudaraku... sesungguhnya pengalaman yang akan kalian perolehi menerusi bakti dan hati yang sukarela itu akan mencetus ketenangan dalam jiwamu...

Selasa, Oktober 24, 2006

~~~~~Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin~~~~

Beberapa jam lagi, berdasarkan laporan berita yang dikirimkan dari pusat server universiti,
akan tertutuplah semua pintu masuk dan keluar bagi semua laluan internet universiti ini.
Dalam masa yang suntuk ini, saya ingin mengucapkan:
~SELAMAT HARI RAYA~
....Maaf Zahir dan Batin....
ABCDEFGHIJK
kepada semua para pembaca, sahabat dan kenalan yang berkunjung ke sini.
Semoga salah dan silap sama-sama kita mohon ampun dan maafkan.
Jumpa lagi!

Jumaat, Oktober 20, 2006

Suasana Di Hari Raya

Suasana Di Hari Raya
Artis: Anuar Zain dan Ellina
Nota: Lirik lagu, tab dan kord gitar

Intro : Em A D Bm Em A D


Em A D Bm
Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa

Em A D D7
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira

G A D Bm
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa

Em A D
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira



Em A D Bm
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi

Em A D D7
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi

G A D Bm
Suasana hari raya walau di mana pun jua

Em A D
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa



Chorus 1:

Em A D
Kuih dan muih beraneka macam

Em A D
Makanlah jangan hanya di pandang

Em A D
Ketupat rendang sila nikmati kawan

Em A D
Penat memasak malam ke pagi

Em A D
Wajik dan dodol jangan lupakan

Em A D
Peninggalan nenek zaman berzaman

Em A D
Asyik bersembang pakcik dan makcik

Em A D
Hai duit raya lupa nak di beri


Em A D Bm Em A D
Em A D Bm Em A D


Em A D Bm
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa

Em A D D7
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira

G A D Bm
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa

Em A D
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira


Ulang Chorus


Em A D Bm Em A D
Em A D Bm Em A D

Khamis, Oktober 19, 2006

Jururawat Satu Syawal

Ditujukan khas untuk anak muridku di Rumah Barkat, Bukit Cagar, yang bercita-cita untuk menjadi jururawat. Jika ingin menjadi jururawat, biarlah kau menjadi jururawat yang berilmu. Agungkan cita-citamu itu dengan hati yang jujur, ikhlas dan dedikasi, moga diberkati usahamu itu. Adakah ini sebuah puisi atau sajak bagimu, atau sekadar nasihat, atau sekadar teguran, atau suatu perangsang semangat buatmu... ?

Ucapan Syawal III:
Jururawat Satu Syawal
Hak cipta: Amiene Rev

Ini sebuah hospital
didiami sekumpulan serikandi
yang sudah terbiasa mencium bau ubat-ubatan
juga hamis kudis luka
dan pekikan kesakitan

Mereka umpama anak-anak yang taat
menghiburkan hati orang-orang tua
yang rindu lesu menanti anak-anak
yang barangkali derhaka
yang barangkali terlalu sibuk
yang barangkali taksub setia kepada teman kekasih
yang barangkali tidak wujud langsung
dalam hidup dan jiwa orang-orang tua itu.

Mereka umpama ibu bapa yang pengasih
meniupkan luka anak-anak kecil
yang mengalir air matanya dalam jeritan
menahan sakit penyakit
yang barangkali ialah kanser
yang barangkali ialah sindrom down
yang barangkali ialah autisme
yang barangkali ialah HIV
yang barangkali adalah parut-parut calar deraan.

Sudah berapa waktu
rindu keluarga kau korbankan
demi mencipta kebahagiaan
buat pesakit-pesakit yang saban hari
sebak jantungnya, luka perasaannya

Kirimkan penawar material
nasi dan lauk pauk
senyuman
juga gurauan
pujukan

Sentuhi penawar moral
dengan budi bahasa
etika dan kejujuran
pada satu syawal itu

BLOG: Aiza89 - Diari Seorang Pelajar

Ketika ini, keadaan untuk mengulas blog masih belum stabil sepenuhnya. Adakalanya disekat, adakalanya boleh. Sudah lama nampaknya si Aiza menunggu giliran untuk diulas blognya. Aizai ni sebaya dengan anak-anak murid saya yang berada di Tingkatan 5, akan menghadapi peperiksaan SPM yang dijadualkan berlangsung selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti.

Sempena Hari Raya yang makin menjelang tiba ini, saya menghadiahkan baju berwarna oren kepada budak yang mengucapkan kata-kata semangat di dalam blog Aiza. Semoga baju baru berwarna oren ini akan menceriakan lagi hari raya. Dari aspek psikologi, warna jingga atau oren dapat merangsang semangat agresif untuk berjuang. Kepada Aiza, selamat menghadapi SPM.


Blog: Life.Is.Simple.But.Complicated.itsMe!
Blogger: Shazwani Aiza Mohd Tahar (Aiza)
http://www.aiza89.blogspot.com/
Mula Menulis: 2004
Tema: Jurnal Remaja Sekolah (4/5)
Bahasa: Rojak (1/5)
Rekabentuk: (3/5)
Penyampaian: (4/5)
Isi Kandungan: (4/5)
Potensi: (5/5)


Penilaian Gred: B-
= (Bahasa + Rekabentuk + Penyampaian + Isi Kandungan + Potensi) x 4
= (1 + 3 + 4 + 4 + 5) X 4 = 68%
= Gred B-


A. Tema: Sangat Baik (4/5)
Blog Aiza89 ini mengangkat tema alam persekolahan dan remaja. Satu tema yang menarik untuk golongan dewasa dan kanak-kanak untuk memahami pemikiran anak-anak remaja. Banyak cerita yang menarik, namun tema yang digunakan tidak diperkuatkan dengan pemikiran remaja secara kritis bagi kebanyakan entri-entri yang dibuat, contohnya entri yang berkaitan aktiviti pelajar. Tidak ada pandangan peribadi atau refleksi kendiri yang nyata. Sedangkan saya dapati ada banyak perkara yang boleh diperkembangkan lagi. Mungkin kerana Aiza mahukan sesuatu itu dibuat secara santai oleh itu isinya dipaparkan secara bersahaja.


1. Bahasa: Rojak (1/5)
Dalam membuat penilaian, saya memandang berat aspek bahasa. Dalam blog ini saya lihat banyak pencemaran bahasa dan ejaan yang disengajakan. Justeru saya harap Aiza dapat mempertingkatkan usaha untuk cuba menggunakan bahasa rasmi dan ejaan yang betul. Isu penggunaan bahasa rasmi dengan betul dipandang berat dalam setiap penilaian blog yang saya lakukan. Sekarang sudah ada pihak tempatan yang cuba membuat sistem e-penterjemahan Bahasa Melayu Inggeris. Mana tahu, tidak lama lagi, orang asing akan dapat menggunakan sistem e-penterjemahan untuk melayari sambil menterjemah secara automatik blog Aiza. Jika ada kelapangan, saya akan cuba mengulas sistem penterjemah laman web BM ke BI tersebut yang telah pun dikirimkan kepada saya menerusi e-mel beberapa minggu lepas.


2. Rekabentuk: (3/5)
Rekaan blog asal telah diubahsuai dengan baik. Namun dari segi susunan menu, saya rasa susunannya agak berserabut. Jaringan blog dan arkib agak merimaskan. Saya gagal mencari jaringan untuk ke topik-topik sebelum ini. Seelok-eloknya yang penting itu didahulukan atau dipaparkan berbanding yang kurang penting. Namun dari aspek keterbukaan, saya rasa mungkin Aiza ada sebab tersendiri kenapa susunan dan rekaan blog Aiza dibuat sebegini.

3. Penyampaian: (4/5)
Bagi saya, Aiza telah cuba membuat penyampaian yang kreatif. Juga terdapat imej-imej grafik yang berkaitan untuk mengukuhkan isi. Ada juga penggunaan elemen berbentuk puitis, sisipan lirik lagu dan sebagainya untuk menyatakan pandangan. Aiza lebih banyak menulis menggunakan gaya percakapan harian dan bercerita. Saya percaya ada kebanyakan isi-isi yang masih boleh dikembangkan dengan jelas lagi untuk meningkatkan lagi penghayatan pembaca. Mungkin sebab itu bagi blog Aiza, terpapar kata-kata yang agak kontra, "Hidup ini ringkas tetapi komplek." Mungkin membawa maksud hidup ini kelihatan ringkas tetapi sebenarnya padat dengan nilai-nilai kemanusiaan.


4. Isi Kandungan: (4/5)
Isi kandungan Aiza menepati kehendak tema yang dibuat. Entri-entri yang dibuat mempunyai kaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Contoh isi-isi kandungan yang secara tidak langsung, bagi saya ialah apabila kita ada menceritakan sesuatu perkara, dan kita ada isi yang menyokong perkara tersebut. Kisah hidup pelajar, keprihatinan terhadap keputusan peperiksaan, persahabatan, aktiviti pelajar amat berkait rapat dengan tema yang dibuat.


5. Potensi: (5/5)
Bagi kebanyakan blog yang saya lihat. Nilai potensi ini boleh dianggap sebagai markah bonus yang meninggikan blog Aiza. Juga merupakan ruang untuk saya memberi komen tambahan untuk blog-blog yang saya ulas. Saya dapati blog Aiza ini boleh diperkuatkan lagi dengan isi-isi berkaitan masalah akademik, masalah pergaulan remaja, panduan menghadapi peperiksaan, cita-cita, kerjaya, motivasi pelajar dan sebagainya. Blog Aiza boleh dirujuk oleh rakan-rakan sebaya sekiranya mengandungi isi-isi yang berguna seperti ini. Isi-isi ini hendaklah menyokong atau berkait dengan kehidupan Aiza yang ditulis. Dalam blog saya, saya suka meletakkan sesuatu yang berkait dengan kehidupan yang telah saya lalui. Contohnya, apabila saya ceritakan mengenai bermain gitar, maka ada entri-entri yang berkaitan dengan bermain gitar seperti kord gitar yang pernah dipelajari dan sedang dipelajari. Walhal sebenarnya dah beberapa minggu saya tak bermain gitar sejak bulan Ramadhan ini. Semua blog mempunyai potensi, pandai-pandailah kita mengesan potensi yang ada pada blog masing-masing. Saya juga sentiasa meneliti potensi dalam blog saya, walau pun menulis blog ini cuma sekadar mengisi masa lapang sahaja.

Sekian sahaja ulasan blog untuk kali ini. Saya harap permintaan Aiza telah dipenuhi. Jika ada salah dan silap, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.




PENILAIAN BERDASARKAN GRED ABJAD
90-100 = A+ sangat cemerlang
84-89 = A cemerlang
80-84 = A- sangat baik
75-79 = B+ baik
70-74 = B
65-69 = B-
60-64 = C+ sederhana baik
55-59 = C
50-54 = C-
45-49 = D+ boleh tahan
40-44 = D
35-39 = D-
20-34 = E masih ada tarikan
0-19 = F mesti diperbaiki

Rabu, Oktober 18, 2006

Lirik Lagu Raya: KERONCONG HARI RAYA

KERONCONG HARI RAYA
Nota, kord dan tab gitar

Em A D G
Rantau yang panjang menggamit datang ku kembali

Em A Bm
Berulang kembali saat kita nanti

Em A D G
Pertemuan yang mengeratkan silaturrahim

Em A Bm
Tuluskan damai cinta pun bersemi

G A F# Bm
Kuhulurkan tangan padamu semeriah hari raya

G A Bm
Di hari raya kita dipertemukan

Em A D G
Aidilfitri mengulangkan kejayaanmu

Em A Bm
Menjulang bangsaku teguh dan berdiri

Em A D G
Budi dan jasamu tak mungkin dapatku menbalas

Em A Bm
Tunggu akhir hayat kau tetap ku kenang

G A G A
Sepanjang perjalananku engkau setia meneman

F# Bm
Rasanya tidak akanku tinggalkan lagi

Em A D G
Semalam sudah pun kita rasa berjauhan

Em A Bm
Rindu dan dendam memuncak dah lama

Em A D G
Terhurai jernih air mata sudah mengalir

Em A Bm
Mengenang mereka yang dahulu pergi

Lirik Lagu Aidil Fitri: HARI RAYA YANG MULIA

Hari Raya Yang Mulia
Nota: Lirik Lagu dan Kord Gitar, Tab Gitar

Am Dm Am
Lapar dahaga masih dapat kutempuhi

Dm Am E Am
Pedih ku rasakan sendirian sepi di kala takbir tiba

Am Dm Am
Rukun ketiga telah pun kusempurnakan

Dm
Kusepi sendirian di rantauan

Am E Am
Anak-anak menikmati pemberiannya

Dm Am Dm Am
Tadah tangan kesyukuran terlihat susah yang tak sama

F Em Am
Kuinsafi kesalahanku yang lalu

Dm Am Dm Am
Walau lapar dan dahaga kita masih lagi takkan kau rasa

Em Am Em Am
Deritanya si perantau sewaktu bersendirian

Am Dm Dm Am
Lupakanlah derita yang lalu mari bersama bergembira

Em Am
Di hari raya yang mulia

Solo: Am Dm Am Dm G C Em (2 kali )

Am Dm Am
Rukun ketiga kini sempurnalah sudah

Dm
Kan tiba hari raya yang mulia

Am Am
Anak-anak riang ketawa gembira

Dm Am Dm Am
Tadah tangan kesyukuran walau di hati kesedihan

F Em Am
Begitulah deritanya di hari raya

Dm Am
Sewaktu mendengar takbir tiba

Dm Am E Am
Pedihnya oh sukar kau rasa sendirian terkenangkan

E Am
Berhari raya kampung halaman

Am Dm
Lupakanlah sayu yang kan tiba

Dm Am Em Am
Mari bersama bergenbira di hari raya yang mulia

Em Am
Bersyukur pada kepadanya

Budak itu didapati...

Hari itu sudah menjelang tengah hari. Para pelajar baru pulang dari sekolah. Bunyi bising tapak kasut menginjak tangga dan koridor memenuhi ruang asrama. Anak-anak ada yang bermain kejar-kejaran di sekitar koridor. Ada yang memetik gitar. Ada yang berjenaka. Ketawa. Bilik-bilik air pula dipenuhi dengan bunyi orang membasuh baju. Air pancuran dan perbualan budak-budak.

Aku tahu. Ada sesuatu akan berlaku. Aku meneliti setiap tingkat dan aras. Meneliti tingkah laku pelajar-pelajar. Kuteliti air muka mereka, mata mereka, memahami bahasa badan. Kemudian, itu dia! Aku berjalan perlahan-lahan, tanpa menimbulkan sebarang syak ke salah satu bilik air. Air muka budak-budak berubah. Bilik air itu tidak ramai orang yang sedang mandi. Pelajar yang di luar berasa serba salah. Dalam salah sebuah tandas, aku melihat asap berkepul-kepul. Seorang pelajar didapati sedang merokok.

"Salam sejahtera..."

Masalah pelajar menghisap rokok selalunya dikesan di asrama. Aku pernah menangkap beberapa orang pengedar rokok di asrama. Sumber-sumber siasatan dan bukti-bukti sahih diperlukan sebelum tindakan disiplin diambil. Itu peristiwa sebelum dua tahun yang lepas.

Pelajar-pelajar seringkali didapati menghisap rokok selepas waktu sekolah. Pada waktu tengah hari. Semasa waktu mandi tengah hari. Sebelum ke kelas prep. Selepas maghrib. Tengah malam. Ini waktu-waktu popular untuk merokok. Sebab aku mengetahui carta dan 'jadual waktu' merokok pelajar, maka dengan mudahnya untuk aku mencekup mereka.

Aku jarang mengambil tindakan tegas terhadap pelajar-pelajar yang merokok. Namun aku tidak boleh bertolak ansur terhadap pelajar yang berperanan sebagai pembekal rokok. Cuba bayangkan sebatang rokok dijual dengan harga empat ringgit, lima ringgit, malah enam ringgit! Asalkan tidak ada rokok, maka tidak akan ada pelajar yang merokok. Itu prinsipku.

Aku masih ingat selepas cubaan membersihkan gejala penjualan rokok di kalangan pelajar berjaya diselesaikan. Ramai pelajar yang merokok mengadu tidak mahu lagi bersekolah di situ. Tidak mahu masuk sekolah asrama lagi. Alasannya sebab tidak dapat tahan keinginan untuk merokok. Ada pula pelajar yang mengubahsuai kaedah merokok supaya boleh memuaskan ketagihan tembakau. Maaf, tidak dapat kuceritakan di sini sebab dikhuatiri akan dipelajari oleh orang-orang tertentu.

Aku mencadangkan mereka pelbagai cara untuk menghilangkan ketagihan. Ada yang berjaya. Ada yang memakan masa. Gula-gula berangin, pengalihan minda, kaedah mental dan kaunseling adalah kaedah yang mempunyai peluang untuk berjaya. Sayang sekali, ada di antara pelajar tersebut adalah pelajar pintar, namun sebab terpengaruh dengan rakan sebaya, dia turut ikut merokok. Sejak gejala penjualan rokok berjaya disekat, pelajar-pelajar tidak lagi merokok.

Sudah dua tahun, aku tidak tahu bagaimana keadaannya sekarang. Dalam tempoh 'percutian' ini, aku mengesan kembali pelajar-pelajar yang merokok. Namun ajaran PK HEM mengenai cara-cara untuk mengesan pelajar merokok dan baru lepas merokok masih boleh dipraktikkan.

Budaya merokok mesti dihalang sejak zaman anak-anak lagi. Kesannya akan menjadi makin teruk jika tidak dibendung. Rata-rata pelajar senior yang merokok menyatakan kekesalannya kerana mudah terikut-ikut. Susah mahu berhenti. Bakar duit. Ketagihan. Belenggu diri. Malah susah juga untuk dijadikan calon menantu.

Nota: Ini antara kisah-kisah percutian pada bulan September yang lalu.

Ahad, Oktober 15, 2006

Pusara Adinda

Ucapan Syawal II:
Pusara Adinda

Hakcipta: Amiene Rev

Menjelang hari lebaran
Tidak mampu kulebarkan senyumku
Mengingati pusara adinda
Kian hari ditumbuhi mawar dan herba

Terkenangkan hari itu mendung langitnya hujan membasahimu adinda
lumpur mencalit wajahmu adinda

kesejukan mendinginkan sumsummu adinda
rintik-rintik hujan berbunyi menghilangkan sunyi, mengusik jiwa kanda.

Terkenangkan hari itu panas terik mentarinya

tanah kontang terma mengewapkan pusaramu adinda

semut dan serangga singgah merayap ditubuhmu adinda

kain putih bertukar kuning diliputi debu,
mengharukan hati kanda.

Sudah terkilan silam kita

Berlalu sudah manis-manis madu hidup kita

Namun hubungan dinda dan kanda

terus bertaut tidak mudah dicarik-carik

dan pada hari lebaran ini nanti

tunggu hadirnya jasad yang bernyawa ini

merinduimu...
mendoakanmu...
mengubati hati yang hiba
memohon rahmat akhirat
Syawal tanpa hadirmu...
tanpamu di sisi...

Sabtu, Oktober 14, 2006

Belajar Bermain Gitar

Aku dahulu tidak tahu kenapa aku tidak suka bermain gitar. Ya, mungkin kerana ketika itu ada fahaman yang kuat mengatakan gitar adalah mainan syaitan. Muzik itu syaitan. Alat muzik yang bertali itu juga adalah alat yang memainkan irama syaitan. Melekakan. Menghanyutkan.

Sekarang sudah tidak menjadi isu lagi. Aku sering melihat anak-anak muridku mengisi masa lapang mereka dengan bermain gitar. Biasanya selepas penat belajar atau ketika menunggu masa makan, mereka akan bermain gitar. Kadangkala mereka mengadakan konsert kecil pada hari minggu. Makcik jaga yang menjaga asrama puteri, kadangkala turut terhibur. Malah meminta dimainkan beberapa lagu. Kata salah seorang anak muridku. Aku mengangguk pantas sambil tersenyum. Kedengarannya lucu.

Hari itu pada masa agak lapang itu. Selepas penat belajar, aku melihat seorang anak muridku memetik gitar. Talinya satu sudah putus. Aku belajar kord A sampai F. Juga belajar menggoreng.

Anak muridku kagum, lalu berkata,"Cepatnya Cikgu menghafal kord-kord gitar!"

"Wah! Cikgu Amien sudah boleh menggoreng gitar? Hari ini bukankah hari pertama cikgu belajar bermain gitar?" Seorang anak muridku, si H lantas memintakan aku memainkan satu lagu untuknya. Aku memainkan lagu raya. Sekerat. Kemudian aku menggubah lagu "Anak Kambing Saya". Kutujukan lagu itu khas buat anak-anak muridku.

Sebenarnya aku sebelum ini pernah bermain keyboard. Usiaku ketika itu sekitar 14 tahun. Kod-kod A,B,C,D,E,F,G keyboard tidak jauh bezanya dengan gitar. Cuma kedudukannya berbeza. Kekunci dengan tali. Si H kemudiannya mengajar aku satu lagu yang lain pula.

Hari ini aku pula yang menjadi pelajar. Guru-guru gitarnya pula ialah si H, si E dan si M. Budak tingkatan tiga dan empat. Hari itu aku menerima 'sijil' asas bermain gitar.

Selepas tamat 'percutianku', di universiti, aku dalam seminggu dua akan pergi mengunjungi bilik junior-juniorku untuk memetik gitar. Nampaknya seronok juga.

Doa Berbuka Puasa Pilihan

PANDUAN DAN ADAB KETIKA BERBUKA PUASA
"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka." - HR Bukhari Muslim.

"Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu." - HR Bukhari Muslim.

DOA BERBUKA PUASA:
Mendahului berbuka dengan memperbanyakkan doa adalah suatu yang dituntut kerana Allah SWT telah berjanji akan mengabulkan doa mereka yang berpuasa. Sebaiknya hendaklah doa yang meminta supaya diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan pada masa lalu. Doa ini bukan sahaja dituntut ketika hendak berbuka puasa wajib tetapi juga ketika berpuasa sunat.

Doa pilihan untuk berbuka puasa 1:
"Allahumma laka shumtu wa 'alaa rizqika afthartu."
(Ya Allah, demi Engkau, aku puasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka)

Doa pilihan untuk berbuka puasa 2:
"Alhamdulillahiladzi a'aanani fashumtu wa razaqani fa afthartu."
(Segala puji bagi Allah, tuhan yang menolongku, sehingga aku (sanggup) berpuasa dan memberiku rezeki, sehingga aku (dapat) berbuka)

Doa pilihan untuk berbuka puasa 3:
"Allahumma laka shumnaa wa 'alaa rizqika aftharnaa, fa taqabbal minnaa innaka antas samiiul 'aliim."
(Ya Allah, demi Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki-Mu kami berbuka, maka terimalah (puasa) dari kami. Sesungguhnya Engkau benar-benar Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

Doa pilihan untuk berbuka puasa 4:
"Allahumma inni as 'aluka bi rahmatikallati wasi'at kulla syai'in antaghfiralii."
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang luasnya meliputi segenap (makhluk) agar Engkau mengampuni diriku)

Walau bagaimanapun, menurut Imam Nawawi dalam Kitab Al-Azkar, doa-doa berbuka puasa tiada yang sahih. Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap individu boleh berdoa apa sahaja sesuai dengan keinginan mereka. Namun sebagai manusia biasa, adakalanya doa yang dipanjatkan tidak dimakbulkan Allah SWT. Jika hal ini berlaku maka kita hendaklah mengkaji di mana kesilapan kita. Mungkin juga makanan atau minuman yang kita ambil datang daripada sumber yang tidak sah kerana salah satu syarat supaya doa kita dimakbulkan ialah sumber makanan kita haruslah daripada sumber yang halal.

Bukan sahaja dari segi makan minum harian, malah kita sepatutnya lebih teliti dalam melakukan dan memperkatakan apa jua perkara, termasuklah dalam urusan yang kita anggap sebagai kecil dan remeh-temeh. Masalah tidak akan timbul jika kita menyelesaikan perkara yang kecil terlebih dahulu sebelum ianya menjadi lebih besar.

Selamat berbuka dan wassalam.

Bahan asal bersumberkan dari shukur.com

Hadis Dha'if dan Hasan tentang Doa Berbuka Puasa

Salam Ramadhan,

Hadis dhaif tentang doa berbuka puasa:

Dari Muadz bin Zuhrah, bahwasannya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi S.A.W apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan, Allahumma laka shumtu wa bika amantu (HR Abu Dawud no. 2358, Baihaqi 4/239 dan lainnya)

Hadis tersebut di atas dikatakan mursal kerana Muadz bin Zuhrah adalah seorang tabiin bukan seorang sahabat, jadi ada sanadnya yang terputus antara sahabat dan tabiin sehingga haditsnya dikategorikan dhaif.

Sementara itu hadis yang hasan tentang doa berbuka puasa adalah sebagai berikut:

Doa yang biasa diucapkan Rasulullah SAW ketika berbuka puasa, DzaHabazh zhuma-u wabtallatil uruqu wa tsabatal ajru insya Allah yang bermaksud Telah hilang rasa haus dan urat-urat telah basah serta pahala telah ditetapkan, insya Allah (HR. Abu Dawud no. 2357, Ad Daraquthni III/1401 no. 2247, dan Al Hakim no. 1/422, hadits ini dihasankan oleh Syeikh Al Albani dalam Kitab Irwaa-ul Ghaliil no. 920)


Rujukan:

1. Al Masaa-il, Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta, Cetakan Kedua, 2004.
2. Adab Harian Muslim Teladan, Abdul Hamid bin Abdurrahman As Suhaibani, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Januari 2005, hal. 184-185.

Mesej Ramadhan: Hukum Berpuasa

Allah swt berfirman yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui"

- Surah Al Baqarah, Ayat: 183-184

Jumaat, Oktober 13, 2006

Ucapan Syawal

Ucapan Syawal
Hakcipta: Amiene Rev

Hatiku bagaikan air yang mengalir jernih,
setiap kali aku mengenangkan kenangan kau dan aku.


Hatiku bercahaya seperti terangnya rembulan pada malam hari,
ketika itu hanya tinggal kau dan aku
.

Hatiku bebas seperti badai yang meniup awan putih,
Suci dan tulus janji aku dan kamu.

Jika pernah aku menapak meninggalkan bekas di hatimu,
Hari ini ingin kuisi setiap lekuk tenggelamnya tapak itu dengan bunga-bunga keampunan.

Lalu kupinta kepadamu,
Seperti harumnya Syawal ini, begitulah harumnya hubungan kita...

Lampu Bilik Yang Tidak Ditutup

Malam itu aku terasa lain macam. Sekolah itu sedang membuat persediaan untuk satu program besar melibatkan kementerian. Malam itu aku lihat sekolah terang benderang. Tidak gelap seperti selalunya. Biasanya selepas tamat kelas prep, sekolah akan bergelap. Malam itu lampu masih tetap menyala biarpun sudah menjengah pukul 11 malam. Sekolah ini terkenal dengan gangguan jin dan bunian. Pernah satu ketika dijemputnya seorang bomoh handalan dan warisnya keris 13 Mei untuk berunding dengan bunian-bunian yang ganas mengganggu murid-murid di asrama itu.

Aku melihat ada sebuah bilik yang masih menyala. Mengikut undang-undang asrama, lampu mesti ditutup selewat-lewatnya jam 11 malam. Jika mahu mengulangkaji lagi, perlu pergi ke bilik belajar. Biasanya kelonggaran seperti ini diberikan kepada pelajar SPM dan PMR. Terutamanya pada hari cuti. Namun esok masih ada kelas. Bilik yang menyala itu aku tahu siapa penghuninya. 3 daripada 5 orang yang menghuni dorm itu adalah pelajar tingkatan 3. Adakah mereka sedang mengulangkaji di dalam bilik? Ada kerja rumah yang tidak disiapkan? Kerja kursus sejarah dan geografi sudah lama dihantar. Aku tidak dapat melihat dari pintu dan tingkap bilik yang agak tertutup.

Ini keadaan yang pelik. Malam itu tidak ada seorang warden pun. Aku sekadar menjaga di dua blok ini. Blok-blok yang lainnya di bawah jagaan warden yang lain. Tidak ada warden di blok ini. Warden blok telah menugaskan aku menolongnya menjaga blok, maka aku rasa blok ini pun harus kuperhatikan sebab ternyata tidak ada warden. Mungkin terlalu sibuk dengan persiapan besar. Atau mungkin ada murid-murid yang telah diberi kebenaran untuk turut membantu. Atau mungkin mereka telah mengigau, atau dipindahkan jin ke belakang menara tangki air berhampiran dengan bukit di belakang sana. Pernah satu ketika, dikatakan kelihatan lembaga wanita berbaju kebaya bertenggek di atas tiang-tiang besi tangki air itu.

Aku tidak mahu terus membuat tekaan. Jadi aku pergi ke blok itu. Sudah nyata tidak ada warden di blok itu. Aku masuk ke dorm itu. Kelihatan seorang pelajar tingkatan satu sedang nyenyak tidur dengan cuma memakai boxer. Dia paling muda dalam dorm ini. Rakan-rakan sebiliknya tidak ada. Mungkin sebab inilah dia tidak berani menutup lampu. Melihatkan budak itu telah nyenyak tidur, aku memadamkan lampu bilik. Kemudian aku terus meronda di blok itu untuk mencari empat rakannya yang lain. Tiga budak tingkatan tiga dan seorang budak tingkatan empat. Mereka tidur di bilik dorm yang lain. Aku pasti. Atau...

Satu demi satu bilik kuperiksa. Tidak ada. Aku melalui bilik-bilik air. Tik. Tik. Tik. Bunyi air menitis. Sekali-sekala kelihatan bayang-bayang berlalu pantas. Menurut ketua warden dan isterinya, itulah bayang-bayang bunian. Aku bergurau sahaja. Atau mungkin mereka yang bergurau? Adakah mungkin budak-budak pergi membantu membuat persiapan? Esok siasatan akan dijalankan. Hasil siasatan, aku mendapati budak-budak itu pergi ke sebuah blok pelajar yang lain, untuk menyiapkan tugasan sekolah yang perlu dihantar esok. Tidak siap akan dihukum! Oleh kerana terlalu letih, mereka tertidur di bilik dorm yang lain. Namun aku tidak faham apa motifnya budak tingkatan empat itu turut serta. Bosan barangkali.

Nota: Ini adalah satu lagi kisah 'percutianku' pada bulan September yang lalu.

Suara Hati Urfan

Ucapan Syawal III: Suara Hati Urfan
Hakcipta: Amiene Rev

Namaku Urfan
Tanpa ibu tanpa ayah
Ramadhan ini tidak terasa
kemesraan meja bulat
Sahur menyambutku dengan dingin
kosong jiwaku, kosong nasi sepinggan

Syawal ini
tidak terasa hangatnya tangan ibu dan ayah
tidak dapat kucium dahinya, pipinya tanda kasih
cuma doa mengiringi mohon diberkati
hidup bonda ayahanda di akhirat sana

Aku terdengar bunyi mercun
Aku melihat cahaya bunga api
Aku cuma mampu mengalirkan mutiara
di sisi pipiku

Aku melihat anak-anak sebayaku
memilih baju memilih kasut
yang ditolak-tolak ke tepi
lalu sampai ke tanganku
dengan izin dan belas
baru dapat kupakai bergaya baru
ah, aku lupa di situ sudah carik!
tidak ada ibu untuk menjahitnya tidak

Aku hairan
ketika aku merindui yang jauh
mereka tidak merindui yang dekat
sibuk bekerja sibuk

Aku ingin pulang
tetapi tidak tahu di mana rumahku
tidak ada sesiapa menungguku
Kemudian datang seorang jauh
mengakui saudaraku yang jauh
membawaku pulang
semua mata melihatku begitu asing
aku yatim piatu

Datang pula persatuan itu dan ini
menghiburkan aku dan rakan senasibku
namun hatiku tetap terusik
rindu suara ibu dan ayah
seketika aku ketawa
tanda terima kasih kepada mereka yang prihatin
menutup rasa sayu...

Apa makna hidup?
Aku tertanya-tanya
hidup kemudian mati
bagai tidak bererti...

Lalu kuterdengar suara:

"Anakku,
hidup ini adalah perjuangan,
ujian buatmu.
Kesunyian itu temanku,
menegurmu supaya menabur bakti,
kelak jiwamu tenang dan dirahmati."

Dan aku tahu,
itu suara ibu
juga suara ayah...
dari jauh... sangat jauh.

Urfan akan patuhi.

Khamis, Oktober 12, 2006

Amnesia: Haloscan Menghilangkan Komen

Haloscan telah menyebab semua komen dan permintaan pembaca di ruangan komenku hilang begitu sahaja. Aku tidak ingat semuanya, siapa yang telah meminta untuk dikritik blognya? Siapa yang telah memberi komen yang bernas? Cuma satu dua nama.

Blog ini seolah-olah terkena amnesia. Hilang ingatan.

Apakah Amnesia? Perkataan amnesia merujuk kepada keadaan berlakunya hilang sebahagian atau kesemua ingatan. Hilang ingatan bermaksud tidak boleh mengingati orang, objek, tempat dan peristiwa silam. Keadaan ini biasanya hanyalah sementara. Punca amnesia boleh jadi disebabkan oleh gangguan psikologi, trauma dan kerosakan otak yang disebabkan oleh terhantuk, strok, kecederaan atau tumor.

Tapi bagaimana pula dengan blog? Apabila blog mengalami 'amnesia' yang tidak diduga, bolehkah blog memulihkan ingatannya?

Manusia yang mengalami hilang ingatan boleh mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan kembali daya ingatannya. Antaranya:
  1. Mewujudkan kebiasaan untuk melakukan sesuatu. Berjadual.
  2. Wujudkan suatu sistem untuk mengingatkan diri kita. Buku catatan, diari kecil, kalendar.
  3. Senaraikan aktiviti harian. Senarai semak. Apa yang perlu anda buat hari ini, pukul berapa, tempatnya di mana, tujuan. Tandakan apa yang telah anda buat. Konsepnya sama macam membuat senarai barang untuk dibeli di kedai atau di pasar.
  4. Sekiranya anda termasuk dalam golongan yang selalu mengambil ubat, pastikan jadual pengambilan ubat diletakkan dekat dengan peti sejuk. Oh, ya, begitu juga jika anda lupa anda sedang berpuasa. Ini juga boleh membantu dengan menampal poster yang berkenaan di depan peti sejuk anda.
  5. Buat senarai nama, telefon dan alamat. Hm, bagi playboy, perkara semacam ini... hm... hm.. hm...
  6. Simpan kunci di tempat yang sama. Kunci kereta, kunci rumah dan sebagainya.

Tapi adakah blog akan dapat pulih sekiranya blog mengikuti langkah-langkah di atas? Komen-komen itu akan terus hilang dan dirindui...

Kehilangan itu berlaku selepas pemasangan haloscan.

SENARAI RUMAH-RUMAH KEBAJIKAN

Klik Banner Ini Untuk Melihat Senarai Rumah KebajikanSesiapa yang berminat untuk menderma, memberi sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik, anak-anak yatim, orang kurang upaya, orang-orang tua.

Sila klik pada banner Dragonizer's Forum di atas untuk melihat senarai rumah kebajikan yang terdekat dengan tempat anda. Senarai alamatnya terlalu banyak, maka tidak dapat disenaraikan di sini.

Juga sokonglah usaha murni yang dijalankan di
http://projeksyawal.blogspot.com/

Rabu, Oktober 11, 2006

BLOG PERCUTIAN: Travel In Kelantan

Blog: Travel In Kelantan
Blogger: Pok Jah
http://travel-in-kelantan.blogspot.com/
Tema: Promosi Pelancongan
Bahasa: Inggeris (5/5)
Rekabentuk: (4/5)
Penyampaian: (4/5)
Isi Kandungan: (4/5)
Potensi: (5/5)

Penilaian Gred
= (Bahasa + Rekabentuk + Penyampaian + Isi Kandungan + Potensi) x 4
= (5+4+4+4+5) x 4
= (22) X 4
= 88%
*Markah: A+=90+, A=80-89
= Gred A

A. Tema: Cemerlang = 5/5 *Tema tidak termasuk dalam penilaian gred. Sekadar sokongan moral.

Dari segi tema. Blog ini memenuhi keperluan temanya. Satu usaha yang baik. Tema yang jarang-jarang ditemui. Saya memuji usaha Pok Jah sepenuhnya.
Definisi tema yang cemerlang bagi saya ialah tema yang disokong oleh moral atau usaha atau sumbangan. Dalam aspek ini, tema blog Travel In Kelantan disokong oleh usaha untuk mempromosikan industri pelancongan tempatan. Sekiranya blog Pok Jah ini ditemui dan berjaya menarik minat pelancong untuk melancong ke tempat yang dipromosikannya, Pok Jah telah berjasa dan berjaya memberi sumbangan. Ini yang kita mahu daripada blogger Malaysia!


1. Bahasa: Cemerlang = 5/5

Bahasa yang digunakan sangat baik. Bahasa Inggeris sepenuhnya. Blog ini mempunyai tarikan yang luas. Sesuai dengan tema pelancongan. Saya harap tuan punya blog akan mengekalkan usaha ini. Pok Jah menghormati penggunaan bahasa. Ini aspek yang kita mahu!


2. Rekabentuk: Sangat Baik = 4/5

Blog ini berjaya memanfaatkan penggunaan warna dan grafik yang berjaya menambat hati saya. Namun saya blog ini tidak begitu sesuai dilayari dengan Internet Explorer.
Sidebar blog ini akan turun ke bawah. Sebaliknya apabila menggunakan Mozilla Firefox, saya dapati blog ini berada dalam status yang sangat baik.

Susunan bahan dan iklan di dalam blog ini kemas. Saya fikir, tuan punya blog tentu seorang yang pandai menguruskan diri. Boleh dijadikan calon menantu agaknya, ya?

Blog yang tersusun rapi mencerminkan identiti blogger Malaysia yang baik. Jika semua blogger di Malaysia mampu mempamerkan rekabentuk yang baik, blogger luar Malaysia pasti akan kagum dengan kesungguhan blogger Malaysia.


3. Penyampaian: Sangat Baik = 4/5

Penulisannya adalah ringkas dan berinformasi. Fokus terhadap tema. Namun kekurangan dari segi kreativiti. Agak klise atau sememangnya bahasa promosinya sebegitu. Namun tetap ada tarikan. Apabila membaca blog ini, saya tidak rasa kehadiran tuan punya blog. Blog ini lebih kepada web promosi, tidak ada bahan-bahan berbentuk pandangan peribadi. Seperti sebuah risalah yang diedarkan secara umum.

Saya juga mencadangkan jika blog ini ditambah lagi dengan pandangan Pok Jah mengenai isu-isu yang berkaitan dengan pelancongan.

Sokongan bahan-bahan grafik menambahkan lagi keanggunan penyampaian dalam blog ini.


4. Isi Kandungan: Sangat Baik = 4/5

Saya tertarik dengan fakta dan informasi yang terdapat dalam blog ini. Boleh dikatakan lengkap. Saya dapati sesetengah bahan dalam blog ini mungkin diambil dari sumber rujukan tertentu. Saya menganggap rujukan sebagai elemen penting dalam menyokong isi kandungan yang disampaikan. Saya akan beri markah penuh terhadap blog ini dari aspek isi kandungan sekiranya ada dinyatakan sumber rujukan.

Saya dapati tarikh untuk Bazaar Ramadhan ialah 2005 bukan 2006. Sedangkan tarikh entri adalah pada 8 Oktober 2006. Ini cuma kesilapan kecil dan boleh disunting selepas ini. Tidak ada manusia yang sempurna sepenuhnya. Kesilapan yang boleh dibaiki.

5. Potensi = Cemerlang = 5/5

Blog ini mempunyai potensi untuk menarik lebih ramai pengunjung jika blogger peka terhadap situasi semasa. Contohnya pada hari cuti atau menjelang cuti panjang, bilangan pengunjung ke blog ini pasti meningkat. Dalam aspek memberi sumbangan, blog ini boleh membantu para pelancong untuk mendapatkan maklumat. Namun seperti yang saya katakan dalam elemen isi kandungan, pastikan bahan-bahan yang disampaikan mempunyai rujukan yang sahih. Ini akan meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap apa yang disampaikan.

Secara keseluruhannya, saya menyukai blog ini. Satu usaha yang baik dan patut disokong.

TAKRIF PENILAIAN:
5/5 = Cemerlang
4/5 = Sangat Baik
3/5 = Baik
2/5 = Boleh tahan
1/5 = Masih ada tarikan
0/5 = Perlu diperbaiki

Disangka Penghuni Rumah Kebajikan

11 Oktober 2006, 18 Ramadhan

Pagi ini, sekitar pukul 5 pagi aku bersahur. Sahur dengan sebiji kurma kering dan segelas air sejuk. Nampaknya sejak akhir-akhir ini aku kurang lalu untuk makan pada dingin hari. Barangkali, sebab terlalu banyak kerja yang hendak kufikirkan sepanjang hari. Tugasan, ujian yang bakal ditempuhi pada minggu depan. Semua ini buat aku kurang lalu untuk makan.

Jerebu masih menebal di luar tingkap. Matahari jarang-jarang memancarkan cahayanya. Hari kelihatan seperti mahu hujan, biar pun tidak. Petang itu sekitar pukul dua. Seperti biasa aku menaiki bas menuju ke bandaraya. Dari bandaraya aku terus menaiki teksi, menuju ke rumah anak-anak yatim. Pemandu teksi itu fikir aku ini penghuni rumah anak-anak yatim. Dia bertanyakan soalan-soalan berkaitan kehidupan anak-anak yatim. Aku hairan.

Lalu aku menjelaskan aku ini pelajar dari universiti dan tidak tinggal di sana. Sampai di depan tangga, teksi itu berhenti. Aku lihat Puan Hendon duduk di depan tangga. Dia menegurku. Seketika aku bercakap dengannya, kemudian terus ke pejabat. Anak-anak yatim berusia sekitar 12 tahun menyambutku. Itu Mus dan Syafiq. Syafiq yang petah berbicara denganku. Mus agak malu-malu.

Seorang lagi Ali. Budaknya pintar. Juga sekelas dengan Mus dan Syafiq. Namun Syafiq bukan calang-calangnya. Dari seragam Sekolah Agamanya yang berwarna biru, sudah kutahu jawatan yang dipegangnya dalam sekolah agama. Petah dia berbual dan berbicara denganku. Aku melayannya. Mus pula sekali sekala bermain dengan ikan di akuarium. Kupanggil berbual sekali. Aku rasa Syafiq berpotensi untuk melibatkan diri dalam bidang pidato dan sastera. Apabila berbual-bual tangannya ikut bergerak sama menjelaskan lagi percakapannya.

Ali kulihat mempunyai potensi dalam bidang pelajaran. Satu ketika dia melihat surat khabar hari ini, ada rencana mengenai Tongkat Ali. Lalu dia bertanya kepadaku,"Kenapa pokok itu dipanggil Tongkat Ali. Sebab orang yang buat teh tu nama Alikah?"

"Buat teh?" Aku tersenyum di dalam hati. "Kopi..."

Nampaknya Ali tertarik dengan nama Tongkat Ali. Sama dengan namanya. Aku meneliti surat khabar itu. Kemudian aku menceritakan asal usul nama Tongkat Ali diberi. Ali memandangkanku tidak berkelip. Dia memberi tumpuan sepenuhnya. Budak ini mempunyai daya fokus yang tinggi. Fikirku. Nampaknya budak ini mempunyai potensi untuk dimajukan dalam bidang akademik.

Pengajaran hari ini, budak-budak SPM kelihatan lebih bersedia. Pelajaran hari ini, aku mengajar satu topik sahaja. Kuberikan latihan juga. Di situ aku mengesan beberapa kelemahan. Aku menyediakan langkah demi langkah. Meminta mereka menerokai sendiri konsep matematik dengan ajaranku. Budak-budak ini cepat betul pemahamannya. Namun si F masih kurang yakin untuk menjawab. Aku banyak memberi tumpuan kepada si F. Si F paling lemah antara mereka bertiga. Si S pula kulihat cepat juga dia menangkap. Sekali ajar sudah boleh terima. Si F pula sekali-sekala tersalah konsep. Namun akhirnya aku berpuas hati dengan peningkatannya selepas berkali-kali diuji. Namun si F... dia perlu banyak latihan.

Hari ini sudah selesai konsep untuk topik Satah. Pada sesi yang akan datang, aku akan mengajar topik kebarangkalian pula. Terima kasih kepada JC, kerana maklumat yang dihantar segera menerusi e-mel itu telah banyak membantuku untuk menolong anak-anak ini meningkatkan pencapaiannya. Boleh kata kejayaanku hari ini adalah jasa JC, sahabatku yang berlainan agama dan bangsa. Sahabat sejati... yang sedang berkhidmat di Ulu Tiram.

Sekitar pukul 5, aku pulang melalui kawasan pembinaan, kemudian melalui kawasan rumput tebal menuju ke rumah flat, dan sekali lagi melalui kawasan pembinaan, merintangi jalan keretapi dan terus sampai ke City Square.

Hari ini... aku berbuka puasa di masjid. Hidangan hari ini, adalah kegemaranku, nasi ayam.

Mula Mengajar

10 Oktober 2006, bersamaan 17 Ramadhan, Nuzul Al-Quran:

Pagi tadi, saya bersahur dengan segelas air sejuk dan dua biji kurma. Hari ini Nuzul Al-Quran. Hari ini, di rumah anak-anak yatim itu, kelasku bermula. Bilangan pelajar SPM di rumah anak-anak yatim ini sedikit sahaja tahun ini. Jadi pengajarannya adalah ringan dan tidak membebankan. Saya boleh memberi perhatian terhadap anak-anak itu. Nampaknya anak-anak di sini bijak-bijak belaka.

Ya, si F agak diam sedikit. Sebelum itu F telah memberitahu saya akan keputusannya yang sangat teruk dalam Matematik. Saya masih menanti jawapan mengenai topik-topik panas Matematik SPM daripada sahabat baik saya, JC, guru berbangsa India yang kharismatik. Mengajar di Ulu Tiram. Harap dalam masa terdekat ini akan mendapat balasan e-mel daripadanya.

Si F bercita-cita mahu jadi tukang jahit, Si S pula mahu jadi polis, manakala si Y pula mahu jadi jururawat. Dia juga berminat untuk melibatkan diri dalam bidang katering. Si Y yang berkaca mata, adalah seorang gadis yang periang dan peramah, Si S pula berperwatakan agak tegas, manakala si F pula seorang yang pemalu.

Apabila ditanya mengenai soalan Matematik, si Y paling cepat menjawab, diikuti oleh si S. Si F selalunya mendiamkan diri atau teragak-agak dalam menjawab. Hm, nampaknya jika ada kelapangan, saya akan berangkat ke Sekolah Menengah Sultanah Aminah untuk mendapatkan maklumat mengenai si F. Apa kelemahannya? Apa ujian diagonistik yang pernah dijalankan guru, dan apa cara terbaik untuk membantunya. Jika ada kelapangan saya akan pergi. Masa semakin suntuk. Saya harap dalam beberapa minggu ini, ada peningkatan yang dapat dibuat.

Memandangkan hari ini adalah sesi berkenalan, saya cuma menguji kebolehan anak-anak ini dalam Matematik. Tidak mengajar sepenuhnya. Melihat reaksi dan minat mereka terhadap matematik. Motivasi untuk belajar. Fokus. Keupayaan dan tahap pembelajaran mereka dalam matematik.

Petang itu sekitar pukul 4 petang, saya berangkat pulang. Hari ini saya mencari laluan baru untuk ke pusat bandar. Berjalan di sekitar tapak pembinaan. Ada jalan kecil. Saya khuatir ada anjing liar di situ. Namun selepas berfikir semula, saya teruskan juga berjalan di jalan itu. Terus sampai ke kawasan perumahan flat. Penduduk di sini peramah orangnya. Mudah menegur dan memberi bantuan. Saya bertanya jalan pintas untuk ke City Square. Mak cik itu memberi panduan. Katanya ada dua jalan. Namun jalan yang satu lagi itu tidak digalakkan kerana ramai pencopet. Tiba-tiba saya teringatkan mimpi beberapa hari lepas.

Mak cik itu memberi panduan jalan yang satu lagi. Menerusi jambatan, kemudian terus ke bahagian Imigresen. Saya berjalan mengikut panduan yang diberikan. Jerebu agak kuat. Seterusnya saya pergi ke sebuah kedai buku. Meneliti buku-buku terbaik. Buku-buku ini akan semasa mengajar. Selepas tamat pengajaran nanti, apabila saya tidak lagi dapat berkunjung ke sini kerana membuat persediaan untuk peperiksaan akhir semester, buku-buku ini akan didermakan kepada anak-anak itu. Moga-moga sebagai perangsang motivasi mereka untuk terus belajar.

Semoga berjaya. Kalian teruskan belajar, dan gurumu ini, di sini, juga akan terus belajar. Syukur kepada Tuhan yang memberi kudrat luarbiasa kepada diri hamba-Mu ini. Sepanjang hari ini tidak ada rasa keletihan. Saya sempat tidur di dalam bas semasa dalam perjalanan pulang ke universiti.

Malam ini, saya akan mengulangkaji pelajaran bagi pihak diri saya pula, demi menghadapi peperiksaan selepas Hari Raya Puasa nanti. Otak terasa semakin ringan dan cerdas, sesungguhnya Allah akan menolong hamba-Nya yang menolong hamba-Nya...

Resolusi dan Ilmu Baru

9 Oktober 2006, bersamaan 16 Ramadhan...

Hari ini, sekitar jam 2 petang hingga pukul 5 petang. Lebih kurang tiga jam, saya berada di Pusat Kaunseling dan Kerjaya, menuntut ilmu berkaitan psikologi anak-anak yatim. Saya rasa tidak wajar jika saya pergi ke sana dengan tujuan mengajar, perlu rasanya ilmu dan kemahiran ditambah untuk mencari jalan dan cara pendekatan terbaik untuk anak-anak ini.

Berdasarkan pengalaman yang diceritakan, di situ saya dapati cabaran untuk mengajar anak-anak yatim jauh lebih tinggi. Lebih tinggi dari cabaran untuk mengajar anak-anak di Sekolah Sukan. Nampaknya saya akan memperolehi kemahiran baru apabila mengajar anak-anak yatim ini. Cabaran tertinggi, sebab sebagai seorang guru, yang mahu melihat anak muridnya mencapai kejayaan... kelak mahu melihat anak-anak itu menjadi orang yang berjasa besar. Cabarannnya di sini...

Hari ini saya menuntut ilmu baru. Luaskan pandangan saya dalam bidang psikologi. Pelbagai kaedah dan cara mengaplikasikannya. Semua ilmu ini buat saya terfikir, mencari resolusi baru dalam kehidupan. Kaedah yang lebih berkesan.

Tahun depan, sepatutnya menjadi tahun terakhir saya... pergi meninggalkan sini. Masa terlalu suntuk. Roh dan jasad menuntut, agar melakukan sesuatu...

supaya kelak akan dapat pergi dengan aman...

Saya harus bantu... bantu anak-anak itu... dengan sisa-sisa kudrat yang masih ada dalam diri.