Kisah-kisah Percutianku
Buat masa ini, seperti yang anda semua, para pembaca, seharusnya sedia maklum... saya tidak lagi dapat membuka mana-mana blog untuk diulas. Sistem universiti menghalang pembukaan blog-blog. Begitu juga blog saya sendiri tidak dapat dibuka lagi. Justeru, tidaklah saya ketahui jika ada apa-apa komen yang telah dikirim sama ada menerusi msjbox, shoutbox, atau komentar. Oho, jangan mengumpat atau meletak komen bukan-bukan dalam blog saya. Kalau ada waktu, saya boleh pergi ke siber kafe untuk melihat blog saya dari luaran Saya rasa, perkara ini ada kaitannya dengan unsur-unsur hasutan di dalam blog.
Awas, ini ialah blog!
Kalimat ini telah berkumandang dalam kebanyakan blog di Malaysia sejak kerajaan mula sedar mengenai keupayaan blog sebagai penyebar maklumat dan pandangan.
Justeru mulai entri-entri akan datang, saya akan mengisi blog ini dengan kisah-kisah yang lain pula. Ya, kisah-kisah percutian saya semasa saya tidak menulis blog beberapa minggu lalu.
|