60 of our biggest AI announcements in 2024
-
Recap some of Google’s biggest AI news from 2024, including moments from
Gemini, NotebookLM, Search and more.
2 hari yang lalu
Malam itu aku terasa lain macam. Sekolah itu sedang membuat persediaan untuk satu program besar melibatkan kementerian. Malam itu aku lihat sekolah terang benderang. Tidak gelap seperti selalunya. Biasanya selepas tamat kelas prep, sekolah akan bergelap. Malam itu lampu masih tetap menyala biarpun sudah menjengah pukul 11 malam. Sekolah ini terkenal dengan gangguan jin dan bunian. Pernah satu ketika dijemputnya seorang bomoh handalan dan warisnya keris 13 Mei untuk berunding dengan bunian-bunian yang ganas mengganggu murid-murid di asrama itu.Aku melihat ada sebuah bilik yang masih menyala. Mengikut undang-undang asrama, lampu mesti ditutup selewat-lewatnya jam 11 malam. Jika mahu mengulangkaji lagi, perlu pergi ke bilik belajar. Biasanya kelonggaran seperti ini diberikan kepada pelajar SPM dan PMR. Terutamanya pada hari cuti. Namun esok masih ada kelas. Bilik yang menyala itu aku tahu siapa penghuninya. 3 daripada 5 orang yang menghuni dorm itu adalah pelajar tingkatan 3. Adakah mereka sedang mengulangkaji di dalam bilik? Ada kerja rumah yang tidak disiapkan? Kerja kursus sejarah dan geografi sudah lama dihantar. Aku tidak dapat melihat dari pintu dan tingkap bilik yang agak tertutup.Ini keadaan yang pelik. Malam itu tidak ada seorang warden pun. Aku sekadar menjaga di dua blok ini. Blok-blok yang lainnya di bawah jagaan warden yang lain. Tidak ada warden di blok ini. Warden blok telah menugaskan aku menolongnya menjaga blok, maka aku rasa blok ini pun harus kuperhatikan sebab ternyata tidak ada warden. Mungkin terlalu sibuk dengan persiapan besar. Atau mungkin ada murid-murid yang telah diberi kebenaran untuk turut membantu. Atau mungkin mereka telah mengigau, atau dipindahkan jin ke belakang menara tangki air berhampiran dengan bukit di belakang sana. Pernah satu ketika, dikatakan kelihatan lembaga wanita berbaju kebaya bertenggek di atas tiang-tiang besi tangki air itu.Aku tidak mahu terus membuat tekaan. Jadi aku pergi ke blok itu. Sudah nyata tidak ada warden di blok itu. Aku masuk ke dorm itu. Kelihatan seorang pelajar tingkatan satu sedang nyenyak tidur dengan cuma memakai boxer. Dia paling muda dalam dorm ini. Rakan-rakan sebiliknya tidak ada. Mungkin sebab inilah dia tidak berani menutup lampu. Melihatkan budak itu telah nyenyak tidur, aku memadamkan lampu bilik. Kemudian aku terus meronda di blok itu untuk mencari empat rakannya yang lain. Tiga budak tingkatan tiga dan seorang budak tingkatan empat. Mereka tidur di bilik dorm yang lain. Aku pasti. Atau...Satu demi satu bilik kuperiksa. Tidak ada. Aku melalui bilik-bilik air. Tik. Tik. Tik. Bunyi air menitis. Sekali-sekala kelihatan bayang-bayang berlalu pantas. Menurut ketua warden dan isterinya, itulah bayang-bayang bunian. Aku bergurau sahaja. Atau mungkin mereka yang bergurau? Adakah mungkin budak-budak pergi membantu membuat persiapan? Esok siasatan akan dijalankan. Hasil siasatan, aku mendapati budak-budak itu pergi ke sebuah blok pelajar yang lain, untuk menyiapkan tugasan sekolah yang perlu dihantar esok. Tidak siap akan dihukum! Oleh kerana terlalu letih, mereka tertidur di bilik dorm yang lain. Namun aku tidak faham apa motifnya budak tingkatan empat itu turut serta. Bosan barangkali.Nota: Ini adalah satu lagi kisah 'percutianku' pada bulan September yang lalu.
Ditulis oleh Amiene Rev pada 11:33 PTG
Label: Catatan Peribadi
Jalur Gemilang dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di JKR (Jabatan Kerja Raya) di Johor Bahru, Johor.
Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.
Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.
Pada 12 Februari 1949, Hassan Al Banna telah meninggal dunia, iaitu dua hari sebelum Hari Memperingati Valentinus.
Maka, adalah wajar jika kita memperingati pemergian tokoh terbilang Islam ini, pada setiap 12 Februari, bagi setiap tahun.
|