Anak-anak Muridku, jika kalian mengetahui...
Malam itu Cikgu A belanja aku makan di sebuah pekan berdekatan. Hubungan Cikgu A cukup baik dengan penduduk di sekitar pekan itu.
Malam itu sambil makan, aku berbincang dengan Cikgu A. Mengenai anak-anak muridku. Sememangnya ganjil, sudah dua tahun aku tidak mengajar mereka. Namun bagiku, anak muridku tetap anak muridku. Sekali aku mengambil mereka menjadi anak didikku, maka aku akan terus melihat dan mengajar mereka sehingga masuk ke universiti. Itu tekadku.
Cikgu A kira-kira 6 tahun lebih tua daripadaku. Aku mendapat tahu daripada cerita anak-anakku, ada yang tidak menyenangi Cikgu A. Mereka merungut tidak dapat mengikuti ajaran Cikgu A. Juga tidak suka dengan cara Cikgu A menyindir mereka di dalam kelas. Semua itu tidak aku ceritakan kepada Cikgu A. Sebab itu adalah luahan rasa anak-anak muridku kepadaku. Tidak perlu sampai aku bercerita kepada Cikgu A. Aku walau bagaimana pun mahu mengetahui permasalahan itu dari sudut pandangan Cikgu A.
Malam itu, aku memancing perbualan, seorang demi seorang hal-hal akademik anak muridku diperbincangkan. Kemudian sampailah kepada si R. R budak yang bermasalah dengan Cikgu A. Sering ponteng kelas dan tidak menyiapkan kerja rumah. Aku tahu puncanya. Si R sememangnya anak yang jenis memberontak. Semakin dimarahi semakin dia ingkar.
R dikatakan pandai dalam matematik, dia juga pernah dilihat mengajar junior-juniornya. Ada lagi masalah yang Cikgu A tidak tahu, si R ini dikelilingi gadis-gadis. Budak yang kacak, juga salah seorang bintang sukan di sekolah. Berbeza dengan si H yang patuh, sopan dan beradab.
R budak yang jenis apabila ada pelajar perempuan, barulah dia bersemangat untuk belajar. Budak seperti si R tidak boleh belajar bersendirian. Dia perlukan teman. Dia juga meminta aku mengajarnya. Namun si R ini sudah dalam tingkatan 4. Aku memberitahunya, tumpuanku untuk ke sekolah dalam masa seminggu ini adalah untuk budak-budak yang bakal menghadapi PMR, juga pelajar SPM. Aku meluangkan sedikit waktu untuk mengajar R. Juga memberi panduan mengenai topik-topik penting yang perlu dipelajarinya.
Aku meminta dia berjanji denganku, agar rajin dalam pembelajaran matematik. Sebenarnya, ini janjiku dengan Cikgu A juga, mahu mengubah si R ini agar lebih tekun dan serius dalam matematik. Sepanjang aku berada si sekolah itu, syukur, kerana kulihat si R tidak memonteng kelas. Cuma pada hari pertama, aku melihatnya sedang enak berbaring di dorm. Alasannya tidak sihat. Aku menyindirnya, seorang bintang sukan bagaimana tidak boleh tertahan dengan demam yang biasa. Dia mendapat ajaran kaunseling daripadaku tengah hari itu, kerana hal itu.
Anak muridku, jika kau mengetahui betapa Cikgu A bimbang akan masa depanmu, nescaya engkau tidak akan merungut-rungut di belakangnya. Guru yang kelihatan garang di depanmu, di belakangmu dia boleh menitiskan air mata memikirkan kekurangannya dalam mendidikmu.
Ingat itu, jangan kecewakan gurumu.

|