Falsafah Cinta - Dari Suatu Persepsi
Topik hari ini adalah mengenai falsafah cinta. Tiba-tiba saya rasa tertarik untuk membicarakan mengenai cinta. Ya, cinta itu ada pelbagai versi, pelbagai ladam dan iramanya. Terbentuknya cinta itu, adalah kerana manusia memiliki perasaan, hati dan jiwa. Suburnya cinta itu kerana kehidupan yang berterusan, dicorak-corak mengikut aliran pengalaman. Lalu apakah persepsi anda terhadap cinta?
Sesungguh cinta itu juga dapat menjadikan sesuatu yang mustahil itu sebagai realiti. Seorang manusia sanggup berjalan beribu-ribu batu semata-mata untuk menemui orang yang dicintainya, disayanginya. Seorang manusia sanggup bekerja siang dan malam demi memberikan kehidupan yang bahagia untuk orang yang tersayang. Betapa cinta itu mampu mencipta ruang kejayaan.
"Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk" - Pepatah BelandaAdakah apa yang dimaksudkan oleh pepatah Belanda ini, betapa cinta itu meragut segenap kudrat manusia yang memulakan cinta? Manusia sering menderita tanpa cinta, namun orang yang diberi cinta dan kasih sayang itu akan berbahagia. Lapar dan dahaga, menagih cinta berupaya melemahkan mental dan fizikal manusia. Justeru:
"Cinta ialah penyakit" - Taufiq Al-HakimCinta itu boleh jadi suatu penyakit juga. Apabila perasaan yang lahir dalam jiwa manusia ini berupaya memudaratkan pemiliknya. Betapa bahayanya cinta itu, seperti racun berbisa yang boleh dijadikan penawar. Cinta itu paling berbahaya jika tidak terbalas. Justeru cinta apakah yang paling selamat? Sudah semestinya cinta kepada Yang Esa.
"Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga" - Pepatah InggerisPun begitu, cinta itu tetap adalah pelengkap kehidupan yang paling indah. Betapa hebatnya cinta itu sehingga apabila kita mencintai seseorang itu, kita lupa atau seakan-akan tidak merasai kekurangannya. Hal ini diperkuatkan lagi dengan pepatah berikut:
"Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya" - Hamka
"Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta" - Pepatah Greek
"Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat" - Pepatah Jerman
Sesungguh cinta itu juga dapat menjadikan sesuatu yang mustahil itu sebagai realiti. Seorang manusia sanggup berjalan beribu-ribu batu semata-mata untuk menemui orang yang dicintainya, disayanginya. Seorang manusia sanggup bekerja siang dan malam demi memberikan kehidupan yang bahagia untuk orang yang tersayang. Betapa cinta itu mampu mencipta ruang kejayaan.
"Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap" - Peribahasa MexicoNamun sejauh mana manusia mula mengenal cinta? Adakah cinta itu masih muda? Cinta itu wujud sebelum kewujudan manusia.
"Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta." -MuttanabiSekian sahaja, ulasan ringkas saya mengenai cinta.
|