BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Olimpik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Olimpik. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 27, 2012

Pandelela Rinong Terima Ganjaran RM300,000

Ketika umat Islam sedang sibuk menumpukan perhatian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tempoh hari, salah seorang atlet wanita yang telah berjasa kepada negara iaitu Pandalela Rinong telah menerima ganjaran sebanyak RM300,000.

Pandelela Rinong Terima Ganjaran RM300,000

Penerjun negara Pandelela Rinong menerima sumbangan sejumlah RM300,000 atas kejayaannya memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik 2012.

Pandelela menerima sumbangan bernilai RM300,000 iaitu Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) RM100,000 dan Amanah Saham Wawasan sebanyak RM200,000 .

Sumbangan disampaikan oleh Perdana Menteri yang disampaikan di Putra Jaya juga  menyerahkan surat tawaran biasiswa penuh kerajaan daripada Yayasan Tun Abdul Razak untuk membolehkan atlet negara itu melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti di negara ini dalam jurusan pilihannya.

Selasa, Ogos 14, 2012

Malaysia di tangga ke-63 kutipan pingat Olimpik London

Malaysia di tangga ke-63 kutipan pingat Olimpik London
2012-08-13 Disediakan oleh Berita Harian


LONDON: Malaysia berkongsi dengan lima negara lain untuk menduduki tangga ke-63 daripada 85 negara yang meraih pingat pada temasya Olimpik 2012 yang berakhir semalam.

Malaysia bersama Bulgaria, Estonia, Indonesia, Puerto Rico dan Taiwan berkongsi tempat selepas kontinjen negara masing-masing meraih satu pingat perak dan satu gangsa.

Ahad, Ogos 05, 2012

Lee Chong Wei Menang Set Pertama Olimpik 2012 Namun Tewas Dalam Set Kedua - Hero Badminton Malaysia

Impian Emas Badminton MUSNAH, Chong Wei Tewas Kepada Lin Dan, Olimpik 2012

Harapan Malaysia untuk melihat pingat emas pertama Sukan Olimpik MUSNAH apabila Datuk Lee Chong Wei tewas di tangan pemain China, Lin Dan dalam final acara perseorangan sebentar tadi. Chong Wei menamatkan set pertama, yang menyaksikan pertemuan ulangan dengan Lin Dan dan yang ke-30 antara dua jaguh ini, 21-15 dalam 26 minit.

Bagaimanapun beliau kalah dalam set kedua 10-21 dalam 20 minit. Chong Wei yang bermain dengan tungkus-lumus gagal sekali lagi di tangan Lin Dan 21-19. Pertemuan dengan Lin Dan merupakan ulangan di Sukan Olimpik 2008 di Bejing yang mana pemain China itu menumpaskan Chong Wei 21-12, 21-8 untuk merangkul pingat emas.

Mengimbas pertemuan pada final Sukan Olimpik 2008, Chong Wei pernah berkata, keadaannya kini berbeza ketika lawannya beraksi di gelanggang sendiri dan kini Arena Wembley adalah gelanggang berkecuali. Bagaimanapun, Chong Wei mengakui beliau mula rasa tertekan sama seperti sebelum menemui Lin Dan pada perlawanan akhir di Beijing pada 2008.

Mengikut statistik, Lin Dan mempunyai kelebihan ke atas Chong Wei dengan memenangi 20 daripada 29 pertemuan antara mereka. Pada pertemuan terakhir semasa Kejohanan All England, Mac lepas, Lin Dan mendahului 21-19 pada set pertama dan 6-2 pada set kedua apabila Chong Wei menarik diri akibat kecederaan buku lali. Chong Wei kali terakhir menumpaskan Lin Dan adalah pada Terbuka Korea pada Januari lepas dengan 12-21, 21-18 dan 21-14

Jika Lee Chong Wei berjaya tewaskan Lin Dan, maka  itu bermaksud ramai orang dapat makan aiskrim percuma! Ramai remaja kini mula memperkatakan tentang aiskrim Baskin Robin! LEE CHONG WEI tewaskan Lin Dan 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit dalam final Seluruh England.

Sumber: My News Hub

BADI 'kerap tumbang kepada Lin Dan di pentas besar' berjaya ditamatkan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei apabila gah mempertahankan mahkota kejuaraan berprestij Seluruh England, awal pagi tadi.
Dalam saingan yang diibaratkan ‘pertembungan final impian’ di Arena Tertutup Birmingham, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama membuktikan kehandalan dengan menundukkan musuh tradisinya itu 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.

Kejayaan itu jelas rangsangan dan tonik terbaik kepada Chong Wei selepas sebelum ini tumpas 15 daripada 22 pertemuan kepada pemain tembok besar China itu termasuk terbaru di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu.

Ia juga menambah koleksi kejuaraan di kabinet pemain kelahiran Pulau Pinang itu musim ini sesudah muncul juara dalam kejohanan Siri Super Final di Taiwan dan Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Lin Dan yang masih segar dengan kemenangan di Terbuka Jerman minggu lalu harus kecewa kerana impiannya untuk melakar sejarah menjadi pemain era baru pertama untuk memenangi kejohanan tertua itu lima kali berkecai.

Begitupun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong membuatkan peminat marah dan kecewa apabila mensia-siakan peluang keemasan memenangi acara beregu lelaki apabila tumpas kepada pilihan pertama, Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21, 21-18, 21-18.

Beregu emas menang 21-15 set pertama tapi gagal mengekalkan fokus sama dan tunduk dalam set kedua 18-21 untuk diheret ke set penentuan.

Sumber: Berita Harian

Selasa, Julai 31, 2012

Atlit Olimpik Boleh Tangguh Puasa Ramadhan?

Mufti setuju atlit Olimpik tangguh puasa

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa.

“Setuju (dengan Harussani dan Dr Asri) sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan keringanan yang diperkenankan oleh syarak,” kata Dr Juanda melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, tokoh agama itu berkata ia terserah kepada atlit tersebut sama ada berpuasa ataupun tidak sekalipun ia merupakan “keluasan agama”.

Dr Juanda mengulas pandangan Harussani dan Dr Asri yang dilaporkan berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan puasa bagi mengelakkan daripada dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau boleh menjejaskan peluang kemenangan.

Malah Dr Asri yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan The New Straits Times sebagai berkata, atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) supaya bersidang bagi memutuskan pandangan mereka berhubung perkara itu.

Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor kepada dihubungi Malaysiakini petang ini berkata pandangan yang dikemukakan itu bukan pandangan rasmi kerajaan.

“Umat Islam memerlukan satu panduan yang sama. Kita menghormati padangan Tan Sri Harussani dan Dr Asri. Tetapi pandangan mereka tidak mewakili satu badan yang berpusat dari kerajaan.

“Itu pandangan peribadi mereka,” katanya yang menambah PUM telah berbincang mengenai perkara itu sebelum ini.

Bagaimanapun masyarakat Islam sangat memerlukan keputusan majlis itu dan PUM mahu diselaraskan di peringkat kebangsaan, kata Dr Mohd Roslan lagi.

Sumber: Malaysiakini