Lee Chong Wei Menang Set Pertama Olimpik 2012 Namun Tewas Dalam Set Kedua - Hero Badminton Malaysia
Impian Emas Badminton MUSNAH, Chong Wei Tewas Kepada Lin Dan, Olimpik 2012
Harapan Malaysia untuk melihat pingat emas pertama Sukan Olimpik MUSNAH apabila Datuk Lee Chong Wei tewas di tangan pemain China, Lin Dan dalam final acara perseorangan sebentar tadi. Chong Wei menamatkan set pertama, yang menyaksikan pertemuan ulangan dengan Lin Dan dan yang ke-30 antara dua jaguh ini, 21-15 dalam 26 minit.
Bagaimanapun beliau kalah dalam set kedua 10-21 dalam 20 minit. Chong Wei yang bermain dengan tungkus-lumus gagal sekali lagi di tangan Lin Dan 21-19. Pertemuan dengan Lin Dan merupakan ulangan di Sukan Olimpik 2008 di Bejing yang mana pemain China itu menumpaskan Chong Wei 21-12, 21-8 untuk merangkul pingat emas.
Mengimbas pertemuan pada final Sukan Olimpik 2008, Chong Wei pernah berkata, keadaannya kini berbeza ketika lawannya beraksi di gelanggang sendiri dan kini Arena Wembley adalah gelanggang berkecuali. Bagaimanapun, Chong Wei mengakui beliau mula rasa tertekan sama seperti sebelum menemui Lin Dan pada perlawanan akhir di Beijing pada 2008.
Mengikut statistik, Lin Dan mempunyai kelebihan ke atas Chong Wei dengan memenangi 20 daripada 29 pertemuan antara mereka. Pada pertemuan terakhir semasa Kejohanan All England, Mac lepas, Lin Dan mendahului 21-19 pada set pertama dan 6-2 pada set kedua apabila Chong Wei menarik diri akibat kecederaan buku lali. Chong Wei kali terakhir menumpaskan Lin Dan adalah pada Terbuka Korea pada Januari lepas dengan 12-21, 21-18 dan 21-14
Jika Lee Chong Wei berjaya tewaskan Lin Dan, maka itu bermaksud ramai orang dapat makan aiskrim percuma! Ramai remaja kini mula memperkatakan tentang aiskrim Baskin Robin! LEE CHONG WEI tewaskan Lin Dan 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit dalam final Seluruh England.
Sumber: My News Hub
BADI 'kerap tumbang kepada Lin Dan di pentas besar' berjaya ditamatkan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei apabila gah mempertahankan mahkota kejuaraan berprestij Seluruh England, awal pagi tadi.
Dalam saingan yang diibaratkan ‘pertembungan final impian’ di Arena Tertutup Birmingham, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama membuktikan kehandalan dengan menundukkan musuh tradisinya itu 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.
Kejayaan itu jelas rangsangan dan tonik terbaik kepada Chong Wei selepas sebelum ini tumpas 15 daripada 22 pertemuan kepada pemain tembok besar China itu termasuk terbaru di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu.
Ia juga menambah koleksi kejuaraan di kabinet pemain kelahiran Pulau Pinang itu musim ini sesudah muncul juara dalam kejohanan Siri Super Final di Taiwan dan Terbuka Malaysia, Januari lalu.
Lin Dan yang masih segar dengan kemenangan di Terbuka Jerman minggu lalu harus kecewa kerana impiannya untuk melakar sejarah menjadi pemain era baru pertama untuk memenangi kejohanan tertua itu lima kali berkecai.
Begitupun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong membuatkan peminat marah dan kecewa apabila mensia-siakan peluang keemasan memenangi acara beregu lelaki apabila tumpas kepada pilihan pertama, Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21, 21-18, 21-18.
Beregu emas menang 21-15 set pertama tapi gagal mengekalkan fokus sama dan tunduk dalam set kedua 18-21 untuk diheret ke set penentuan.
Sumber: Berita Harian
|