BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Ogos 28, 2012

Teh hijau bantu cegah barah kulit

Teh hijau bantu cegah barah kulit
2012-08-26 Disediakan oleh Berita Harian


Ekstrak teh hijau dikatakan boleh mengubati penyakit barah kulit. Kajian dapati pati minuman mampu hapus ketumbuhan

Edinburgh: Kalangan saintis berharap sejenis ubat berasaskan teh hijau yang berkesan untuk mencegah barah kulit akan dapat dihasilkan selepas kajian mendapati pekatan minuman itu boleh menghapuskan hampir separuh daripada ketumbuhan penyakit berkenaan.