Lapor Kepada Polis Jika Balik Kampung Untuk Memudahkan Pemantauan Rumah
Perhatian: Orang ramai yang ingin meninggalkan rumah bagi tempoh lama sempena perayaan Aidilfitri ini, diminta melaporkannya kepada polis bagi memudahkan pemantauan.
Penghuni rumah dinasihat menghentikan langganan akhbar, jika tidak akhbar akan terbiar di pintu pagar rumah, yang boleh menjadi petunjuk pemilik tidak ada di rumah.
Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan terutama di kawasan perumahan bagi mencegah kejadian jenayah pada musim perayaan.
Pemilik gedung perniagaan, kedai emas dan bank turut dinasihati memperketat kawalan ke atas premis masing-masing dengan memasang alat keselamatan tambahan seperti penggera dan kamera litar tertutup bagi mengelak kejadian jenayah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng | BERNAMA

|