BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Ogos 14, 2012

Warna MERAH JAMBU - Tanda Harga Barangan Kawalan

Pamer tanda harga merah jambu pada barang kawalan: Ismail Sabri
2012-08-12 15:29:46 Disediakan oleh Berita Harian

BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran kepada peniaga supaya mempamerkan tanda harga merah jambu pada 20 jenis barangan kawalan atau berdepan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Akta Pencatutan 2011 jika gagal berbuat demikian.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi peniaga yang tidak mempamerkan tanda harga merah jambu denda RM10,000 akan dikenakan.