BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Ogos 28, 2012

Pesara Yang Jujur Pulangkan Kembali Wang Pencen Lebih - KISAH BENAR

Pesara jujur enggan terima pencen lebih
Disediakan oleh Berita Harian


GAMBAR: Radzuan menunjukkan surat bayaran balik Emolumen RM36,385.98 yang diterimanya dari Pejabat Kesihatan Seremban.

Seremban: Pencen bulanan seorang pesara ialah RM2,600 tetapi jumlah yang dikreditkan dalam akaunnya RM7,000.

Bekas Penolong Pegawai Perubatan di Jabatan Kesihatan negeri, Radzuan Awaludin, 59, berkata perkara itu disedari ketika mahu mengeluarkan wang pencennya pada Februari lalu selepas tempoh perkhidmatan kontraknya pada jawatan sama selama dua tahun berakhir pada 30 Januari lalu.