BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Remaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Remaja. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 27, 2012

Ibu Muda Dijadikan Hamba Seks Oleh Remaja Belasan Tahun

Ibu Muda Dijadikan Hamba Seks Oleh Remaja Belasan Tahun

Seorang ibu muda dijadikan hamba seks kepada seorang remaja belasan tahun dimana beliau didakwa menggunakan ilmu hitam terhadap ibu muda tersebut.

Mengikut maklumat yang disampaikan kepada wartawan, wanita berusia 27 tahun ini menjadi mangsa kepada remaja berumur 17 tahun ini pada bulan Disember tahun lepas selepas memberikan sesatu minuman yang menyebabkan beliau tidak sedarkan diri.

Beliau mengugut wanita terbabit dengan objek tajam dan memaksanya melakukan hubungan seks dengan beliau. Remaja terbabit juga memberi amaran bahawa beliau akan menyebarkan video hubungan mereka di internet.

Dalam masa yang sama beliau menyuruh mangsa membenci suaminya dan mintak diceraikan.

Mangsa tidak menyangka perkara begini akan terjadi kerana beliau menganggap hubungan mereka seperti kakak dan adik.

Komen: Adakalanya batas pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan boleh mengundang ke tahap kritikal seperti ini.

Budak Remaja Samun Rompak CyberCafe CC Ditembak Dipeha

Kes-kes rompakan dan samun bersenjata yang dilakukan oleh para penyamun dan perompak budak remaja berusia sekitar 15-17 tahun kini berleluasa. Video-video budak-budak belasan tahun yang menyamun ini dapat ditemui dan ditonton oleh beribu-ribu pengguna internet menerusi YouTube. Video-video ini memaparkan aksi-aksi remaja menyamun dan mencederakan para pengunjung kafe-kafe siber di beberapa tempat. Pemilik atau penjaga cyber cafe pula kelihatan tidak berani bertindak jauh kerana takutkan remaja-remaja yang melakukan rompakan bersenjata ini.

Samun di Cyber Cafe
5 Mei 2010

Pada tahun tersebut, sekumpulan remaja berusia belasan tahun yang menyamun sebuah cyber cafe ditembak di peha kerana cuba melawan polis. Polis yang ketika itu menyamar sebagai orang biasa mengarahkan kedua-dua remaja terbabit supaya menyerah diri tetapi kedua-dua remaja tersebut yang bersenjata golok, parang, pisau dan kayu ditembak di peha.


Kes Samun dan Rompak Cyber Cafe Dirakam Di CCTV 
2 Ogos 2012 dan 6 Ogos 2012

Sekitar bulan Ogos 2012, beberapa kes rompakan dan samun bersenjata yang dilakukan oleh sekumpulan budak remaja berusia dalam lingkungan 15-17 tahun telah tersebar menerusi YouTube.


Tarikh-tarikh yang tercatat pada video-video itu menunjukkan hari-hari dan tempat-tempat yang berbeza iaitu pada 2 Ogos 2012 sekitar jam 5 pagi, 6 Ogos 2012 sekitar jam 12 malam.

Beberapa carian telah ditemui dan memungkinkan carian-carian ini dibuat oleh remaja-remaja yang terbabit sekiranya mereka tertangkap: media malaya remaja bawah umur rompak remaja bawah umur merompak cybercafe remaja menyamun saibe cafe kena tangkap budak rompak cyber cafe budaya merompak di malaysia media malaya remaja media malaya remaja bawah umur penyamun bawah umur remaja bawah umur rompak cybercafe di malaysia monyet gila budak rompak cyber cafe perompak cyber cafe samun cyber cafe budak rompak cybercafe budak rompak cc pulut durian remaja rompak cyber 06-08-2012 remaja kantoi remaja rompak cybercafe budak-budak rompak cc rompak cyber cafe budak samun cc remaja rompak cyber cafe remaja menyamun saibe cafe kena tangkap remaja rompak cc remaja samun remaja samun cc remaja samun cybercafe remaja samun kedai internet cafe

Selasa, Oktober 11, 2011

KEBURUKAN FACEBOOK - GEJALA SOSIAL - PELAJAR CENDERUNG JADI PEMARAH

 KEBURUKAN FACEBOOK: 60,000 pelajar kita ketagih FaceBook

Remaja habiskan masa 4 jam sehari layari internet, kerap menipu, antisosial KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB). Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi. 

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online. 

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. 

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB. “Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya. Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial. Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan. 

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya. Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau. Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental. 

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya. Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri. Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.