BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Seks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seks. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 16, 2012

Sebab Perut Lelaki Buncit Selepas Nikah

Sebab Perut Lelaki Buncit Selepas Kahwin

Pasti ramai tertanya-tanya kenapa perut laki dia makin ke depan selepas nikah. Memang 90 % benda ni akan terjadi kepada lelaki selepas nikah. Berikut merupakan sebabnya.

Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.

Sumber: Majalah Maskulin edisi Ogos tahun 2009

Ahad, Januari 01, 2012

Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Faraj

Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Faraj
Soalan: Sepasang suami isteri merancang keluarga dengan kaedah mengeluarkan air mani di luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau membunuh benih yang boleh menjadi anak?

Jawapan:

Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azal. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan dari mengandung. Hal ini berlaku sejak zaman Nabi s.a.w. Ini seperti kata seorang sahabah yang terkenal Jabir bin ‘Abd Allah:

كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْقُرْآنُ يَنْزِلُ“

Kami melakukan ‘azal pada zaman Nabi s.a.w. dan Al-Quran sedang turun” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksud Jabir mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Nabi s.a.w iaitu masa al-Quran masih diturunkan tetapi mereka tidak pun dilarang oleh al-Quran. Maka dengan ini mengeluarkan air mani di luar rahim untuk mengelakkan mengandung adalah diharuskan.

Sama dalam hal ini pil perancang untuk mengelakkan mengandung. Namun oleh kerana wujudnya hadith Muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-saya`d al-khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan ini.

Di samping itu, hadith yang lain riwayat Muslim juga menyatakan bahawa seseorang yang cuba melakukan ‘azal jika Allah kehendaki tetap akan mendapat anak. Ini mungkin kerana dia tidak dapat mengawal pancutan air mani sebelum dia mencabutnya.

Perlu diingatkan, oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan, atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (climax), maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan isteri.

Ini kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri. Demi keadilan dan hak isteri, maka izinnya perlunya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling kuat kebanyakan ulama. Sehingga al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata: “Tiada khilaf di kalangan ulama bahawa tidak boleh dilakukan ‘azal dengan isteri yang merdeka melainkan setelah mendapat keizinannya. Ini kerana persetubuhan adalah daripada haknya” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 10/385, Beirut: Dar al-Fikr).

Di samping perlu difahami, adapun hasrat mencegah kehamilan jika sebabkan bimbang kepapaan, atau kekurangan rezeki, atau kurang kemewahan adalah diharamkan kerana ianya menyamai perbuatan musyrikin dan tidak meyakini rezeki Allah.

Jika disebabkan keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan atau kesibukan maka ia diizinkan. Namun jika digunakan pencegah kehamilan secara berterusan tanpa sebab adalah diharamkan oleh para ulama. Ini jika dibiarkan akan mengurangkan jumlah umat Islam. Dinasihatkan agar kita memperbanyakkan zuriat, kerana ianya menambahkan kekuatan dan suara umat Islam dalam negara ini.

Allah Lebih Mengetahui

Sumber : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Rabu, Oktober 15, 2008

Jimak Sebelum Waktu Fajar Tidak Batalkan Puasa Di Bulan Ramadhan

Hukum Agama: Jimak Sebelum Waktu Fajar Tidak Batalkan Puasa
Sumber: Harian Metro

SOALAN: SEKIRANYA pasangan yang baru kahwin berjimak selepas waktu imsak dan mandi hadas, adakah puasa pasangan terbabit terbatal? Jika batal, selain daripada puasa ganti, apakah yang harus dilakukan pasangan terbabit? Sehingga bila pada Ramadan kita boleh menangguhkan mandi hadas?

MUSYKIL,
Kuala Lumpur.


JAWAPAN: PUASA (bahasa Arab ialah al-siyam, al-sawm) dari sudut bahasa ialah menahan diri daripada sesuatu (bahasa Arab ialah al-imsak).

Menurut istilah puasa ialah menahan diri daripada sesuatu yang membatalkannya seperti makan minum dan bersetubuh mulai terbit fajar hingga terbenam matahari dengan niat dan mengikut syarat tertentu.

Mengenai bersetubuh pada Ramadan, Allah berfirman, maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.

“Allah mengetahui kamu mengkhianati diri sendiri (iaitu tidak dapat menahan nafsumu), lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhi isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang sudah ditetapkan Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar...” (Q 2: 187).

Dalam hal ini, antara penjelasan Zain al-Abidin al-Fatani dalam Kashf al-Litham (I: 104) ialah ‘jika naik fajar dan dalam mulutnya itu tiada makanan ditelan atau ia sedang berjimak maka ketika itu ia mengeluarkan qasad [niat] untuk meninggalkan jimak nescaya sah puasanya dan jika keluar mani sekalipun kerana jadinya daripada mubasharah (persetubuhan) yang harus.’

Maka persetubuhan itu tidak membatalkan puasa kerana berlaku sebelum waktu fajar (subuh).

Bagaimanapun, waktu imsak yang difahami sekarang sebagai ‘waktu akhir pada malam hari puasa (iaitu 10 minit sebelum fajar) yang tidak boleh makan minum dan lain-lain pekerjaan yang membatalkan puasa.’ (Dusuki, 1988: 137). Ia ditetapkan bagi memastikan supaya kita tidak terlanjur sehingga melakukan perkara membatalkan puasa.

Walaupun sah berpuasa dalam hadas dan ia adalah kering, kita sepatutnya mandi hadas besar untuk menunaikan solat Subuh.