BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Belanjawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belanjawan. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 25, 2013

Ringkasan Bajet 2014 Malaysia 25 Oktober 2013

ISI KANDUNGAN BELANJAWAN 2014 - MALAYSIA - 25 OKTOBER 2013

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji".

Lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.

* Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

* Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan.

* RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.

* Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi.

* RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013.

* Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong.

* Tahun 2015 diisytiharkan sebgai ‘Year of Festival’.

* Kerajaan mencadangkan tempoh permohonan galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama 3 tahun sehingga 31 Dis 2016.

* Menyediakan Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM2 bilion bagi membiayai projek infrstruktur pelancongan.

* Fasa kedua projek ‘High Speed Broad Band’ (HSBB) dengan kos pelaburan RM1.8 bilion dan kelajuan Internet mencapai 10 megabits sesaat untuk dimanfaat 2.8 juta isirumah di seluruh negara.

* 1,000 menara pemancar komunikasi dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion untuk meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar.

* Kabel dasar laut yang baharu dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan kos RM850 juta untuk tingkat capaian Internet di Sabah dan Sarawak.

* Kerajaan bercadang tingkatkan sumbangan dalam Skim Persaraan 1Malaysia daripada 5% kepada 10 peratus, iaitu daripada jumlah minimum RM60 kepada RM120 setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 sehingga akhir 2017.

* Insentif RM500 sekali bayar kepada pencarum Skim Persaraan Swasta yang mempunyai pelaburan minimum terkumpul RM1,000 dalam tempoh setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 bagi tempoh 5 tahun.

* RM6 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan program pertanian mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil.

* RM2.4 bilion bantuan subsidi dan insentif merangkumi subsidi baja, benih, pengeluaran padi, harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan.

* Peruntukan RM243 juta bagi pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan.

* RM634 juta diperuntukkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara bagi meningkat produktiviti serta menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi.

* Kerajaan akan melaksanakan projek ternakan udang kara di Semporna, Sabah yang dapat mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan dan membantu lebih 6,000 pengusaha tempatan.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

* Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak.

* Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.

* Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.

* Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.

* Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang, pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.

* Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.

* Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.

* Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.

* Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.

* Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.

* Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.

* Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa 'close-out netting' menerusi kontrak kewangan.

* Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

* Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.

* Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.

* Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

* Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.

* Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

* Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC.

* Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.

* Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global Ke-5 dari 7-9 Nov, 2013.

* Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.

* Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.

* Peruntukan RM120 juta bagi pakej bersepadu untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS.

* Melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane Policy sehingga 31 Dis, 2017.

* Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Dis, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.

* Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

* Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).

* Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.

* Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.

* Kadar cukai pendapatan korporat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus.

* Kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak 1 mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus daripada tahun taksiran 2016.

* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan sebanyak 1 hingga 2 mata peratusan daripada tahun taksiran 2015.

* Yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai dibenarkan sebagai potongan cukai daripada tahun taksiran 2015.

* Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberikan Elaun Modal Dipercepat sehingga tahun taksiran 2016.

* Mewujudkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM akan menerajui inisiatif ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam pemberian bantuan kepada golongan sasar.

* Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

* Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.

* GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.

* Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.

* Mewujudkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM akan menerajui inisiatif ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam pemberian bantuan kepada golongan sasar.

* Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

*Kadar cukai maksimum semasa pada 26 peratus akan dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus.

*Langkah-langkah ini akan berkuat kuasa mulai tahun 2015.

- Bernama

Jumaat, September 28, 2012

BELANJAWAN 2013 (BAJET 2013) – 28 SEPTEMBER 2012

BELANJAWAN 2013 (BAJET 2013) – 28 SEPTEMBER 2012 | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bajet 2013 akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September nanti. Tema Bajet 2013 ialah “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”. Pembentangan Bajet  2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia dan akan diadakan seperti berikut:
TARIKH: 28 September 2012
MASA: 4.00 ptg
TEMPAT: Parlimen Malaysia
LIVE STREAMING BELANJAWAN 2013
(Friday, 4.00 p.m)
ISI PENTING BAJET 2013
  • Bonus penjawat awam sebanyak 1 bulan setengah gaji. ( Raya, Disember dan Januari)
  • Peruntukan untuk Bajet 2013 ialah RM251.6 bilion. Perbelanjaan Mengurus ialah RM201.9 bilion & Peruntukan Pembangunan ialah RM49.7 bilion.
  • 1.5 mil youths with monthly income of RM3,000 or below will get RM200 for purchase of a 3G smartphone
  • Govt will extend 50% discount on KTM Komuter fares to all Malaysians with
  • Bagi merangsang pelaburan, kerajaan akan perhebat pelaksanaan 12 Bidang Utama Negara (NKEA)
  • BR1M 2.0: bantuan tunai RM500 kepada isirumah berpendapatan kurang daripada RM3,000
  • BR1M 2.0: bantuan tunai RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang drpd RM2,000
  • Bagi pembangunan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS), Skim Pembangunan PKS berjumlah RM1 bilion akan dikendalikan oleh SME Bank
  • RM30 juta diperuntuk bagi Pelan Induk PKS (2012-2020), melibatkan 32 inisiatif termasuk 6 program berimpak tinggi
  • Dana Industri Halal pula sediakan RM200 juta untuk pembiayaan modal kerja PKS yang usahakan pengeluaran produk halal
  • Skim ini akan memberi had perlindungan maksimum sehingga RM5,000 & kerajaan akan biaya skim ini dengan peruntukan RM16 juta setahun
  • Perbadanan Nasional Bhd akan memperkenalkan program “Business In Transformation” menggunakan model “licensing” atau “franchising”
  • PNS akan beri pinjaman RM25,000 bg “licensee” & RM500,000 kepada “licensor” dalam usaha memodenkan perniagaan penjaja & peniaga kecil
  • Kerajaan perkenal insentif cukai bagi menggalakkan pengusaha swasta dalam pembangunan industri minyak & gas
  •  1) Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk 10 tahun; 2) pengecualian cukai pegangan; 3) pengecualian duti setem
  • Paddy farmers below 10 hectares will fall under the Paddy Takaful Coverage Scheme with compensation of up to RM13, 000
  • SC akan perkenalkan Graduate Representative Program dgn kerjasama sektor swasta bagi melatih graduan memenuhi keperluan industri
  • Pengecualian duti setem & cukai keuntungan harta di peringkat awal penubuhan amanah perniagaan
  • RM100 juta untuk Yayasan Pasaran Modal bagi pembangunan modal insan bagi industri sekuriti di bawah kawal selia SC
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus TRX
  • Bantuan Persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah akan diteruskan.
  • Bantuan Bauchar buku akan diberikan dan ditingkatkan dari RM200 kepada RM250
  • Pelepasan cukai pendidikan anak-anak bermula dari gaji ibubapa yang berpendapatan RM6000
  • Untuk tambahbaik SPRM, 150 perjawatan akan ditambah sehingga 5,000 anggota
  • Geran RM10,000 kepada persatuan penduduk berdaftar untuk aktiviti rondaan di kawasan kejiranan & mempertingkatkan peranan rukun negara
  • Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan
  • Diskaun 20% pinjaman pelajaran PTPTN akan diberikan kepada mereka yang mula membayar pada bulan Oktober 2012
  • Perluasan 5 RTC & mini RTC di seluruh negara bagi sediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di satu pusat integrasi
  • Pembinaan 441 km jalan luar bandar & jalan perhubungan desa akan manfaatkan 220,000 penduduk
  • Projek bekalan air akan manfaatkan 24,000 rumah & penyambungan bekalan elektrik akan manfaatkan 19,000 rumah
  • The My First Home Scheme will be improved to enable more Malaysians to own their first residential property

Ahad, Oktober 17, 2010

Bonus Sebulan Gaji 2010-2011 Untuk 1.2 Juta Penjawat Awam?

Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada Kerajaan Malaysia
Sumber: Kosmo!

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan sebulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion.

Oleh itu katanya, pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.

"Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan... kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.

"Sebab itu, yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam," kata beliau ketika berucap pada majlis Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini semalam.

Jumaat, Oktober 15, 2010

Belanjawan 2011 Dibentangkan Hari Ini

Beberapa perkara yang ditunggu-tunggu daripada Belanjawan 2011 untuk dibincangkan pada petang ini termasuklah:
  1. Pengurangan subsidi.
  2. Bonus dan insentif kewangan untuk kakitangan awam.
  3. Penurunan cukai pendapatan.
  4. Had dan syarat penggunaan kad kredit.
  5. Cukai berasaskan jualan produk haram dan aktiviti haram seperti perjudian. Baru-baru ini pernah timbul isu pemulangan semula wang dan gaji oleh rakyat kepada pihak kerajaan kerana kecurigaan terhadap isu halal haram wang yang diterima.
  6. Pengurangan nilai peratus pembiayaan perumahan orang bank dan syarikat kewangan.
  7. Status penjualan beberapa GLC seperti PLUS dan UEM.
KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2011 menjadi tumpuan apabila Dewan Rakyat mula bersidang esok sehingga 15 Disember depan. Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan tersebut pada 15 Oktober ini Pada majlis rundingan belanjawan di Putrajaya hari Jumaat, Najib menyifatkan belanjawan sebagai peneraju transformasi ekonomi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sidang kali ini menyaksikan kekosongan satu kerusi berikutan kematian Ahli Parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Barisan Nasional (BN) semalam.
Chong terbunuh dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi dan bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Sembulan dekat Kota Kinabalu. Dewan Rakyat mempunyai 137 ahli parlimen BN, 77 pembangkang dan lapan bebas.
- Bernama
TERBARU MENGENAI BELANJAWAN NEGARA 2011
KUALA LUMPUR: Lebih RM100 bilion untuk Belanjawan 2011 tetapi peruntukan untuk semua kementerian dipotong separuh menerusi peruntukan Pentadbiran Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Perbelanjaan dipotong untuk membiayai projek-projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) dengan masing-masing mendapat peruntukan lebih RM17 bilion dan RM11 bilion.

Kira-kira RM35 bilion, separuh dari peruntukan tahun lalu, diperuntukan untuk projek-projek baru kementerian.