BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Ogos 27, 2012

Ibu Muda Dijadikan Hamba Seks Oleh Remaja Belasan Tahun

Ibu Muda Dijadikan Hamba Seks Oleh Remaja Belasan Tahun

Seorang ibu muda dijadikan hamba seks kepada seorang remaja belasan tahun dimana beliau didakwa menggunakan ilmu hitam terhadap ibu muda tersebut.

Mengikut maklumat yang disampaikan kepada wartawan, wanita berusia 27 tahun ini menjadi mangsa kepada remaja berumur 17 tahun ini pada bulan Disember tahun lepas selepas memberikan sesatu minuman yang menyebabkan beliau tidak sedarkan diri.

Beliau mengugut wanita terbabit dengan objek tajam dan memaksanya melakukan hubungan seks dengan beliau. Remaja terbabit juga memberi amaran bahawa beliau akan menyebarkan video hubungan mereka di internet.

Dalam masa yang sama beliau menyuruh mangsa membenci suaminya dan mintak diceraikan.

Mangsa tidak menyangka perkara begini akan terjadi kerana beliau menganggap hubungan mereka seperti kakak dan adik.

Komen: Adakalanya batas pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan boleh mengundang ke tahap kritikal seperti ini.