BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Julai 30, 2007

Erti Kemerdekaan dan Maksud Kebebasan

Adakah kemerdekaan itu bermaksud kebebasan? Tidak. Jika kemerdekaan itu bermaksud kebebasan, maka apa gunanya perkataan merdeka itu dilaungkan.

Perkataan merdeka terawal dilaungkan, adakah pada 31 Ogos 1957 di Tanah Melayu? Bilakah kali pertama kita merdeka? Ramai Melayu beranggapan diri mereka sudah merdeka. Ini tafsiran yang silap.

Kemerdekaan telah diperolehi, untuk negara kita, Malaysia. Hakikatnya, rakyat Malaysia belum merdeka. Yang merdeka itu cuma negara kita, Malaysia, tetapi kita, rakyat Malaysia, belum bebas dari cengkaman penjajah.

Mental rakyat Malaysia belum sepenuhnya bebas dari penjajahan Barat dan selainnya. Negara kita sudah merdeka, tetapi kita, belum merdeka.

Negara kita sudah merdeka, tetapi kita, belum merdeka.
Barangkali anak-anak kita ada yang belum merdeka.
Barangkali ada antara kita yang belum merdeka.
Barangkali ada antara rakan-rakan kita yang belum merdeka.
Barangkali ada antara musuh-musuh kita yang belum merdeka.
Barangkali, aku, Amiene Rev, belum merdeka.

Betapa malunya aku, untuk diri aku sendiri untuk melaungkan kemerdekaan...
tetapi untuk negaraku... Ya.

Sebab negara kita sudah merdeka.
Hakikatnya kita belum sepenuhnya merdeka.

Kita cuma bebas.
Tetapi bebas pun tetap terbatas.

Adakah kita, sudah merdeka?

Maka dilaungkan sajak ini, "Teguran Buat Rakyat Negara yang Merdeka".
Sebuah cetusan rasa, karya:
Amiene Rev (C) 2007