BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Disember 08, 2010

Masalah Dagu Berlapis - Cara Menghilangkan Dagu Berlapis



Masalah Dagu Berlapis - Dahulu dan Sekarang

Masalah dagu berlapis memang diakui menjadi salah satu punca kenapa individu hilang keyakinan diri terhadap paras rupa masing-masing. Tidak kira yang gemuk atau pun yang kurus, masalah dagu berlapis ini memang menimbulkan masalah dari segi penampilan diri.

Masalah dagu berlapis yang paling teruk adalah apabila lapisan kulit berlemak di bawah dagu ini menghilangkan dagu. Kes seperti ini berlaku apabila jumlah lemak pada lapisan kulit tinggi.

Dagu berlapis pastinya memberikan seribu satu kerisauan kepada gadis-gadis cantik dan pemuda-pemuda kacak yang mementingkan penampilan rupa paras.

Mengukur atau mengesan dagu berlapis pada wajah sendiri

Dagu berlapis boleh dikesan menerusi cermin muka. Bolehkah masalah dagu berlapis ini dihilangkan? Adakah cara-cara untuk menghilangkan masalah dagu berlapis ini?

Persoalan yang diyakini timbul ialah, bagaimana masalah dagu berlapis boleh terjadi? Punca dagu berlapis ialah makan yang berlebihan, cara duduk, cara tidur dan berjalan yang tidak betul. Oleh itu cara untuk menghilangkan dagu berlapis adalah seperti berikut:
  • Orang yang suka membongkok atau tunduk selalunya akan mengalami masalah dagu berlapis. Cuba tundukkan kepala anda ke bawah, dan rasalah di bawah dagu anda, pasti anda akan menemui lapisan dagu yang berlapis sekiranya ada lemak di dalam lapisan kulit muka dan leher anda.
  • Makan secukupnya. Elakkan makanan berminyak dan berlemak. Gemuk dan dagu berlapis ibarat lagu dan melodi.
  • Elakkan tidur selepas makan. Jika anda biasakan diri untuk tidur selepas makan, muka anda akan menjadi tembam, dan kulit dagu anda akan melabur banyak sel-sel lemak ke dalam kulit anda. Pelaburan seperti ini sia-sia. Malah bomoh-bomoh tertentu mungkin suka menjadikan anda sebagai sasaran untuk bekalan mentah minyak dagu.
  • Anda juga boleh gunakan teknik urutan untuk memecahkan lemak pada dagu. Urutan hendaklah secara menaik, iaitu dari bawah dagu ke atas dagu, sama seperti mencuci muka dengan benda-benda yang digunakan untuk mencuci muka.

Jurulatih Ansai, Memiliki Dagu Berlapis

Senaman Dagu
Anda pernah dengar senaman dagu? Minyak dagu? Baiklah, senaman dagu adalah baik untuk kesihatan dagu. Dagu juga perlu bersenam seperti senaman mengempiskan perut. Tetapi ingat, jika anda meninggalkan aktiviti senaman ini, pastinya lemak akan kembali mencari kulit dagu anda. Bagaimanakah caranya senaman dagu ini dilakukan?

Pertama, sebelum senaman dagu, kita ajar sikit pipi muka yang tembam pada wajah yang tembam. supaya pipi kita tahu kita tidak suka pipi kita tembam Caranya, berdiri tegak, muka pandang ke hadapan. Gunakan bahagian belakang telapak tangan kiri dan kanan untuk menampar muka anda. Selalunya dibuat sebanyak 40 kali atau jangan sampai muka lebam.

Sekarang barulah kita akan melakukan senaman dagu. Mula-mula jelirkan lidah sepanjang yang boleh. Ibarat seekor katak atau sesumpah yang mahu menangkap serangga dengan mulutnya, begitulah anda. Buatlah dalam 10 bilangan. Kesan daripada senaman ini, otot di bahagian leher akan terasa tegang dan ketat.

Angkat bahagian bawah bibir dengan menggunakan otot muka dan leher supaya bibir bawah melebihi bibir atas. Selalunya senaman ini dibuat oleh orang utan. Buatlah sebanyak 10 kali.

Rupa paras menjadi tidak kacak kerana dagu berlapis?

Tidur Tanpa Menggunakan Bantal Untuk Hilangkan Dagu Berlapis
Salah satu cara untuk menghilangkan dagu berlapis adalah tidur dengan muka menghadap ke atas. Kaedah tidur seperti ini bertujuan untuk mengelakkan dagu dan leher daripada bercantum.