In Memory Of Haloscan - Haloscan Meninggalkan Dunia Blogger Dengan Bermaruah
Haloscan dinaik taraf ke Echo
Disqus dan Intense Debate alternatif baru
Disqus dan Intense Debate alternatif baru
Haloscan is being upgraded.You need to take action by Jan 02, 2010
Good Bye Haloscan. You're the best. You're very sporting.
Haloscan sudah mengumumkan perkhidmatan komentar percuma untuk blog akan ditamatkan. Para blogger yang mengguna perkhidmatan komenter percuma Haloscan kini boleh membuat keputusan sama ada mahu meneruskan dengan Echo (Haloscan versi baru), atau mengucapkan selamat tinggal kepada Haloscan.Haloscan tidak begitu zalim, mungkin ada kata-kata manis daripada para pembaca yang ingin anda kenang dan eksport bersama-sama sebagai cenderahati peringatan untuk diri anda. Haloscan kini membenarkan para pengguna untuk mengeksport komen-komen yang diterima sebelum ini untuk dipindahkan ke mana-mana perkhidmatan komentar baru.
Sebelum ini, fungsi eksport komentar ini cuma boleh digunakan oleh pengguna premium atau pengguna berbayar. Namun, memandangkan Haloscan mempunyai perikemanusiaan, setiap pengguna Haloscan boleh memindahkan data lengkap dokumentasi komentar sebelum ini seperti lokasi penghantar komen (boleh dikesan menerusi sistem pengesanan atau penyiasatan penghantar oleh itu sebarang identiti pengirim komen boleh dikenalpasti dengan mudah biarpun pengirim menggunakan identiti samaran), IP Address, nama, teks, no. contact dan sebagainya untuk disimpan sebagai rujukan.
Sekarang, terdapat dua perkhidmatan komentar percuma yang boleh digunakan untuk menggantikan Haloscan. Kedua-duanya dikatakan memiliki fungsi yang sama seperti Haloscan iaitu:
Walau bagaimana pun, saya tidak berminat untuk bertukar ke sistem baru buat masa ini, kerana saya mahu melihat sendiri penamatan perkhidmatan komentar percuma Haloscan yang penuh bersejarah.
Ini juga bermaksud sebarang pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini untuk ruangan "Tanya Sama Amiene Rev" tidak akan dapat dijawab kerana soalan-soalan yang dihantar menerusi komen itu akan lenyap bersama-sama dengan Haloscan. Sebab itu dulu saya suruh hantar pakai e-mel. Saya awal-awal lagi mengarahkan pembantu-pembantu saya untuk tidak mengirim apa-apa soalan yang dihantar menerusi komentar kerana penyertaan tersebut dianggap tidak sah kerana tidak mematuhi peraturan permainan. Kakakaka...
|