Mimpi Mengenai Bangunan dan Dunia Misteri
Hari ini satu keganjilan telah berlaku. Di mana siang menjadi malam dan malam menjadi siang. Keganjilan ini berlaku akibat perubahan cuaca sejuk dan dingin. Aku menemui kesinambungan mimpi silam. Apakah mimpi ini sekali lagi membawa satu petanda atau ramalan tentang sesuatu perkara? Apakah maksud mimpi ini?
Barangkali ini adalah mimpi yang berkaitan dengan hampir setahun yang lalu. Mimpi pada masa itu bersambung kembali selepas berbelas-belas bulan kemudian.
Aku percaya, menerusi mimpi tersebut, aku telah kembali ke satu dimensi lain yang telah aku tinggalkan sejak beberapa bulan lalu. Dan alangkah menakjubkan, apabila aku pulang, aku telah melalui dunia ini sekali lagi, seperti segalanya telah diramalkan untuk berlaku. Adakah ini mimpi atau ramalan misteri?
Pendek kata, aku telah kembali semula ke beberapa jam sebelum hari ini bermula dan melalui kehidupan ini sekali lagi. Aku percaya, dunia itu wujud. Aku percaya, aku pernah pergi dan sekali lagi pergi ke dunia tersebut.
30 November 2009, aku kembali ke dunia yang aku sendiri sudah lama tidak menjejakkan kaki. Aku menemui semua orang yang pernah aku tinggalkan di dunia itu. Bangunan-bangunan yang bersambung, tangga bukit, bas dan keretapi. Teknologi yang hampir mirip dengan dunia manusia.
Jadi siapakah aku? Adakah aku berasal dari dunia ini atau dunia yang satu lagi? Aku sendiri yang memiliki jawapannya. Seperti kunci yang hilang. Aku akan kembali ke dunia itu setiap tahun. Dengan rahsia tentang dunia ini. Rahsia yang tidak dapat didedahkan. Rahsia tentang apa yang akan berlaku dan biarkan ia berlaku kerana itu adalah ketetapan untuk generasi seterusnya.
Kali ini aku ingin masuk lagi ke dunia itu. Kerana aku percaya, sekiranya benar dunia itu wujud. Aku tentu mampu untuk masuk ke dunia tersebut sekali lagi. Kali ini dengan kehendak sendiri. Aku mempunyai kenalan, mungkin kawan dan sahabat di dunia itu. Mungkin juga... keluarga.

Saya melihat angin taufan seperti ribut pasir bergulung-gemulung seperti roda melanda pohon-pohon kurma dan kelapa sawit. Orang ramai bertempiaran lari kerana bimbang akan terbang nyawa diragut angin ganas itu. Bunyi siulan angin itu sendiri seperti dengusan haiwan pemangsa yang ganas. Semua orang berlari meredah hutan mencari tempat yang selamat. - Petikan dari: Mimpi Hari Kiamat Dua Malam Berturut-turutKali ini masih di sebuah kawasan yang dipenuhi dengan bangunan. Tangga bukit. Bangunan yang bersambung dengan bangunan yang lain. Bas. Keretapi. Mimpi yang hampir sama. Dunia lain. Dunia yang bersambung dengan dunia ini. Kehidupan lain. Sebuah kehidupan yang maju. Mirip dunia ini.

|