Mimpi Hari Kiamat Dua Malam Berturut-turut
Entri ini ditulis berminggu-minggu lebih awal, dan akan disiarkan di dalam blog ini pada tarikh yang ditetapkan mengikut fungsi scheduled yang terdapat di dalam sistem penerbitan entri Blogger.
Bermimpi Bencana Alam Maha Dahsyat Melanda Bumi
Saya dilanda mimpi mengenai bencana alam, seolah-olah hari kiamat sudah tiba, dua malam berturut-turut. Mimpi ini menyebabkan saya berasa sedih dan murung. Namun pada masa yang sama juga timbul seperti suatu kesedaran yang baru di dalam diri saya.
Saya melihat angin taufan seperti ribut pasir bergulung-gemulung seperti roda melanda pohon-pohon kurma dan kelapa sawit. Orang ramai bertempiaran lari kerana bimbang akan terbang nyawa diragut angin ganas itu. Bunyi siulan angin itu sendiri seperti dengusan haiwan pemangsa yang ganas. Semua orang berlari meredah hutan mencari tempat yang selamat.
Saya melihat bumi bergegar seolah-olah gempa bumi sedang berlaku. Tanah mulai retak dan dari tanah-tanah itu keluar gas-gas panas yang mampu melecurkan kulit dan daging. Rekahan dan jurang menenggelamkan ramai orang jatuh ke dalam tanah. Manusia-manusia dipisah-pisahkan sesama mereka.
Saya juga melihat dari dalam tanah itu keluar makhluk-makhluk yang tinggi-tinggi dan besar-besar. Merayau-rayau mencari mangsa. Seperti bayangan asap, bayangan habuk dan api.
Langit seolah-olah sudah runtuh. Sesekali turun meteor dari langit dan menghempas dalam kadar yang banyak, berderap-derap dengan bunyi hentaman dan letupan yang memekakkan telinga, mencetuskan rasa seram seperti teriakan bayi dan orang tua yang seram. Batu-batu bertaburan.
Saya menemui satu kawasan perumahan. Lalu bersembunyi di dalam rumah itu. Kebetulan lalu beberapa orang anak murid saya dan saya berasa gembira dan bersyukur kerana mereka terselamat. Kami sama-sama bersembunyi. Perasaan sungguh sedih dan sayu kerana memikirkan orang-orang tersayang yang lain menusuk ke jiwa. Hiba.
Tiba-tiba saya melihat ada beberapa kumpulan orang berkumpul di satu tempat. Seolah-olah memegang lilin yang bercahaya. Saya lalu mengekori kelompok manusia ini dan mendengar perbincangan mereka mengenai kemurkaan alam.
Saya dipinta menyampaikan sesuatu. Saya lalu bersuara mengatakan bahawa segala kemusnahan alam ini berpunca daripada manusia sendiri. Manusia yang menyebabkan penipisan lapisan ozon. Manusia yang menyebabkan bumi ini semakin panas. Kiamat sudah hampir. Dunia ini sudah sampai ke penghujungnya. Kita, tingkah laku kita sendiri adalah petanda dunia semakin sampai ke hari penamat usianya. Saya berkhutbah panjang seolah-olah saya bukan lagi saya.
Sedar sahaja dari tidur, saya segera mengingati mimpi ini. Pada malam pertama saya bermimpi, saya masih lagi dalam kebingungan. Pada malam kedua, saya seolah-olah menerima ilham sehingga mampu pula berkhutbah di dalam mimpi itu. Setiap kali mengenangkan mimpi itu, saya seolah-olah mahu mengubah pelbagai perkara dalam dunia ini, supaya bencana alam seperti di dalam mimpi itu tidak berlaku.
Teringatkan peristiwa tsunami tempoh hari, saya bermimpi kira-kira sebulan lebih awal sebelum peristiwa sebenar berlaku. Semuanya seperti di dalam mimpi. Saya cuma berharap itu sekadar kebetulan. Tetapi kebetulan yang terlalu kerap menyebabkan saya berasa agak bimbang dengan kedua-dua mimpi ini. Apa yang akan terjadi dalam beberapa minggu lagi? Saya bimbang. Saya sangat takut tetapi tidak ada orang yang dapat memujuk saya supaya tidak takut. Cuma Tuhan.
Kepada Allah saya berserah.

|