Adakah Anda Seorang Yang Sangat Cenderung Menggunakan Otak Kiri?
Menjadi seorang yang sangat berkecenderungan otak kiri atau sangat berkecenderungan otak kanan langsung tidak menilai anda ini seorang yang berguna atau tidak berguna kerana setiap jenis kecenderungan memiliki kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Berikut adalah antara soalan-soalan yang perlu anda jawab YA atau TIDAK secara jujur terhadap diri anda untuk menentukan sama ada anda ini seorang yang sangat berkecenderungan otak kiri atau sangat berkecenderungan otak kanan.
Ikuti entri khas mengenai Kecenderungan Otak Kiri dan Otak Kanan pada setiap hari Isnin; 2, 9, 16, 23 dan 30 haribulan Jun 2008.
- Adakah anda lebih mudah mengingati wajah seseorang berbanding namanya?
- Adakah anda lebih suka memasang sesuatu perabot pasang siap (yang belum dipasang) secara sendiri (cuba jaya atau mengikut logik akal sendiri) tanpa merujuk kepada panduan pemasangan yang sedia ada?
- Adakah anda lebih mudah untuk berfikir dan memfokuskan kepada sesuatu idea apabila dalam keadaan sendirian berbanding berada di dalam kumpulan?
- Adakah anda lebih cenderung mengingati objek atau gambar berbanding nama, sebutan atau perkataan?
Ikuti entri khas mengenai Kecenderungan Otak Kiri dan Otak Kanan pada setiap hari Isnin; 2, 9, 16, 23 dan 30 haribulan Jun 2008.
|