Petua Mudah Tidur - Masalah Susah Lena
Apabila seseorang itu tidur kurang daripada enam jam, pelbagai masalah akan timbul terhadap dirinya. Sebelum Thomas Edison mencipta mentol lampu (tahun 1880), manusia selalunya tidur sekitar 10 jam sehari.
Antara petua untuk memudahkan anda tidur lena pada waktu malah hari ialah:
Antara petua untuk memudahkan anda tidur lena pada waktu malah hari ialah:
- Mendisiplinkan diri dengan jadual waktu tidur yang seragam.
- Elakkan aktiviti senaman sekitar lima atau enam jam daripada masa tidur.
- Jauhkan diri daripada mengambil sebarang bentuk kafein, nikotin atau alkohol.
- Elakkan diri daripada makan makanan yang memberi kesegaran pada tubuh badan pada waktu malam.
- Elakkan tidur pada waktu petang atau selepas waktu Asar.
- Tenangkan diri sebelum masuk tidur dengan melakukan aktiviti seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang berirama perlahan.
- Sekiranya selepas melakukan perkara-perkara di atas, anda masih belum tidur. Jangan bimbang kerana kebimbangan akan menyebabkan anda semakin susah untuk tidur. Cuba buat perkara-perkara lain yang boleh membuat diri anda mengantuk, contohnya membilang biri-biri melompat pagar dan sebagainya.
|