Adakah Anda Seorang yang Sangat Berkecenderungan Menggunakan Otak Kanan?
Menjadi seorang sangat berkecenderungan otak kiri atau sangat berkecenderungan otak kanan langsung tidak menilai anda ini seorang yang berguna atau tidak berguna kerana setiap jenis kecenderungan memiliki kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Berikut adalah antara soalan-soalan yang perlu anda jawab YA atau TIDAK secara jujur terhadap diri anda untuk menentukan sama ada anda ini seorang yang sangat berkecenderungan otak kiri atau sangat berkecenderungan otak kanan.
Adakah anda juga menulis dengan menggunakan tangan kiri (kidal)? Ada sesetengah orang berpendapat sekiranya anda adalah seorang yang kidal, anda juga mungkin merupakan seseorang yang cenderung menggunakan otak kanan.
Ikuti entri khas mengenai Kecenderungan Otak Kiri dan Otak Kanan pada setiap hari Isnin; 2, 9, 16, 23 dan 30 haribulan Jun 2008. .
- Adakah anda adalah seorang yang dapat bercerita mengenai seseorang individu dengan baik?
- Adakah orang lain juga menganggap anda sebagai seorang individu yang mudah membaca seseorang dengan baik?
- Adakah anda memiliki tulisan tangan yang buruk?
- Adakah anda semasa zaman kanak-kanaknya, lambat dapat berjalan atau lambat menguasai pergerakan badan yang lain.
- Apabila anda berada di suatu lokasi yang baru, adakah anda mudah untuk mengenal pasti jalan ke sesuatu tempat (tidak mudah sesat)?

|