BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Disember 04, 2009

Mereka Tanya Saya Tulis - Amiene Rev

Ada orang bertanya kepada saya, dari mana datangnya idea-idea untuk menulis di blog ini. Baiklah, pernahkan anda melihat gambar di kotak iklan blog saya? Tanya Sama Amiene Rev merupakan satu idea gila-gila dan parodi yang menggeletek hati saya. Disebabkan, saya menerima permintaan dan pertanyaan daripada ramai orang yang datang berkunjung ke blog saya, maka saya memutuskan untuk menggunakan konsep gila-gila seperti ini. Ia bukan satu konsep yang serius.


Saya menerima permintaan dan pertanyaan ramai pengunjung mengenai itu dan ini. Saya membaca kiriman mereka dan menulis apa-apa sahaja yang saya rasa menarik minat saya. Apa pun ini adalah blog peribadi. Saya tulis apa yang saya mahu. Saya tidak tulis apa yang saya tidak mahu.

Ramai orang suka bila saya mengulas cerita dan filem. Saya pun mengulas filem. Ada orang bertanya kenapa saya tidak mengulas blog lagi. Bagi saya, saya dan saya lagi, mengulas blog bukan kerja mudah. Tambahan pula sekarang ini saya memiliki kerja dan tanggungjawab yang banyak di luar sana. "Takkan nak mengadap depan komputer saja! Dah tak ada kerja lain nak buat ke selain mengadap notebook? (Maaf, Saya menggunakan BMR - Bahasa Melayu Rendah)."

Apabila menjadi blogger, perkara yang paling asas perlu diketahui, akan ada orang, bukan satu, tetapi ramai yang akan masuk ke atau ingin masuk ke dunia kita, kehidupan kita. Namun administrator Blogger memahami hakikat ini, dan oleh itu mereka menyediakan sistem penapisan terhad.

Oh, ya. Memandangkan kerja menjadi blogger adalah sangat sibuk. Selalunya saya akan mengupah budak-budak (bukan budak juga) untuk membantu menguruskan blog saya. Mereka akan menapis mana-mana komen yang diterima dan sekiranya ada apa-apa yang berbentuk cadangan, mereka akan simpulkan ke dalam satu perenggan pendek dan mengirimkan kepada saya.

Pendek kata, blog Duke Amiene Rev bukan lagi blog yang dikendalikan oleh saya seorang. Saya cuma menulis kerana ini ialah blog saya. Bahagian-bahagian seperti iklan, e-mel blog dan komentar lain diuruskan oleh budak-budak saya :p. Saya rasa blog ini perlukan perubahan dari segi rekabentuk, memandangkan tahun 2010 semakin hampir. Kebiasaannya saya akan mengubah rekabentuk blog ini setiap tahun.

Rekabentuk blog ini saya gubah sendiri berdasarkan kod sedia ada. Begitu juga dengan grafiknya.

NOTA: Entri ini ditulis beberapa hari lebih awal kerana Amiene Rev sekarang sedang bergembira! Oyea!