Penagih Punca Ragut - Antara Kambing Dan Peragut
Kambing yang sedia kita tahu adalah binatang yang tidak berdosa. Kambing tidak meragut beg tangan wanita. Kambing tidak menagih dadah. Manusia? Ada manusia yang ketagih dadah. Ada manusia yang meragut beg tangan wanita dan nenek tua. Terkutuk sungguh manusia itu. Jadi, siapakah yang lebih mulia? Kambing yang tidak berdosa atau manusia yang meragut beg tangan wanita? Bagaimana pula dengan kambing yang ego seperti yang diceritakan oleh kartunis Bawang dalam majalah Ujang sekitar awal tahun 2000 dahulu? Sesungguhnya isu ragut kini telah menjadi satu isu negara. Peragut-peragut kini semakin dajal menimbulkan kecelakaan di jalan raya dan di laluan pejalan kaki. Di mana-mana. Peragut. Di situ. Peragut. Di sana. Peragut. Di padang, kambing meragut rumput.
Keterangan gambar: Betapa tidak berdosanya kambing ini meragut rumput. Betapa bahagianya kambing ini meragut rumput. Kenapa peragut tidak meragut rumput? Kenapa? Mari kita renung-renungkan fakta di bawah ini:
Atas dasar itu, adalah elok sekiranya para penagih dadah pergi mengubati diri di Pusat Serenti atau di mana-mana pusat pemulihan dadah. Nescaya, mereka tidak perlu lagi meragut beg tangan orang lain semata-mata untuk mendapatkan wang yang tidak halal bagi memenuhi nafsu ketagihan mereka terhadap dadah.
Dadah merosakkan akal. Apabila saraf otak telah rosak, maka pemikiran pun tidak lagi waras. Lalok. Memalukan. Mengaibkan. Dadah musuh durjana. Dekati dadah membawa padah. Semasa di sekolah dahulu, kerap kali guru lukisan memberi tugasan melukis poster berkenaan anti-dadah. Di sekolah juga ada Kelab Anti-Dadah. Malah Mawi juga ada melaungkan kata-kata "Belia Benci Dadah!" semasa di pentas Akademi Fantasia dahulu.
Setiap hari, bilangan penagih dadah bertambah sebanyak lima orang. Sebulan ada lebih kurang tiga puluh hari. Maka, 150 orang penagih dadah dihasilkan secara tidak sengaja dalam masa satu bulan. Penagih dadah tidak dilahirkan menerusi hubungan seks. Bak kata, bukan salah ibu mengandung. Penagih dadah dilahirkan menerusi pengaruh kawan, setiap hari, setiap bulan, setiap tahun. Setahun ada 12 bulan. 12 darab dengan 150 sudah menjadi 1800 orang penagih dadah. Itulah yang jadi kalau tidak mahu dengar nasihat ibu bapa. Emak dan ayah pesan jangan bergaul dengan orang yang bukan-bukan, degil. Sekarang sudah terpengaruh dengan dadah, apa nak jadi?
Kos untuk memulihkan penagih dadah akan meningkat. Katakan 1800 orang dadah setiap tahun berjaya ditangkap dan dimasukkan ke pusat pemulihan dadah atau ke pusat Serenti. Berapa banyak perbelanjaan dibazirkan untuk memulihkan penagih dadah? Ada pula penagih dadah yang setelah dilepaskan keluar dari pusat-pusat pemulihan, mereka kembali menagih dadah kerana bergaul dengan kawan-kawan lama. Apa boleh buat, kawan-kawan mereka yang masih terlepas di luar sana sudah rosak akal fikirannya. Dadah telah merosakkan saraf otak yang menjadi tunjang penjana idea dan pemikiran logik lagi bernas. Dadah menjadikan fantasi menjadi semakin hebat sehingga mampu menakluki realiti.
Penagih dadah meragut beg tangan orang lain kerana ketagihan dadah. Di Malaysia tidak ada akademi dadah. Jadi, sudah pasti penagih dadah ini menjadi penagih dadah bukan kerana undian rakyat Malaysia. Penagih dadah ini menjadi peangih dadah kerana pengaruh kawan. Ini berbalik semula kepada kepentingan mengajar adab kepada manusia. Apa pun gejala yang berlaku di negara ini, semuanya mestilah berbalik kepada soal moral dan perikemanusiaan. Soal mengenang budi dan jasa. Soal menghormati orang lain. Jika anak menghormati ibu bapa, jika anak tahu mengenang budi dan jasa ibu bapa, maka pastilah si anak itu akan mendengar cakap ibu bapa. Ibu bapa kata jangan bergaul dengan budak menagih dadah, maka anak yang tahu mengenang budi pasti akan akur. Bagaimana pula kalau ayah atau ibu pun penagih dadah? Si anak sebagai seorang yang dilahirkan oleh ibu, perlu membalas jasa kesusahan ibu mengandung dan keperitan ibu melahirkan anak dengan membawa ibu bapanya kembali ke jalan yang benar.

Penagih dadah yang semakin bertambah dengan lima penagih baru dikesan setiap hari menjadi punca kes ragut sehingga meragut nyawa, sukar dibendung.Isu peragut di jalanan semakin kuat kedengaran. Bukan lagi laungan strategi politik untuk mengalihkan isu-isu berkenaan pengaruh individu dalam pilihan raya. Isu ragut kini isu nasional. Penagih dadah perlukan duit. Penagih dadah dipandang serong. Penagih dadah sukar mencari kerja. Kadangkala ada penagih dadah yang malas mencari kerja. Ada juga penagih dadah yang pernah bekerja tetapi dibuang kerja. Oleh kerana masyarakat tidak menerima lagi kebanyakan pekerja yang didapati positif menagih dadah, maka penagih dadah menjadi penganggur yang tidak terhormat, dan seterusnya hidup dengan menagih dadah. Saya, bersimpati besar, dengan golongan seperti ini.
Pensyarah Kriminologi Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. P. Sundramoorthy berkata, 70% kes ragut di Malaysia dilakukan oleh penagih dadah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula menyatakan selagi ada penagih dadah, selagi itu akan ada jenayah ragut.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zainal Abidin Kamarudin semalam memerintahkan seorang tertuduh kes ragut membaca dengan suara kuat laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai kematian seorang mangsa ragut, Abdul Rahman Mohd. Khadla’din.
Sumber: Utusan Malaysia

|