BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Disember 04, 2009

Salji Begitu Dingin - Memori Di Ireland

Salji begitu dingin. Musim sejuk. Tangan tidak boleh dibasahi air. Beku. Kebas. Sekian lama tidak merasai kedinginan salji. Berbulan-bulan lamanya. Dan kini kembali. Mencari sesuatu. Pinggiran landasan dipenuhi serbuk-serbuk ais yang turun lesu dari langit. Dari awan yang merajuk. Pilu. Bagaimana kau tahu, awan itu merajuk? Bagaimana kau anggar, awan itu pilu?

Dua orang budak itu memikul barang-barangku. Umpama sherpa. Landasan di Limerick ke Ennis ditutup. Keretapi tidak dapat melalui situ. Kami harus memikir alternatif lain. Aku menghubungi Emmanuel Satum Chaud. Katanya dahulu, jika datang ke mari, harus singgah ke tempatnya dahulu.

"Kerana kita adalah sahabat."