BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Disember 05, 2009

Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2009 TV3

Keputusan Pemenang-Pemenang Anugerah Skrin 2009 TV3 telah pun keluar. Afdlin Shauki dan Fara Fauzana merupakan pasangan pengacara pada malam tadi. Drama-drama yang terpilih rata-rata memiliki nilai moral dan pengajaran yang tinggi.

Menurut Amiene Rev, pada masa kecilnya, bibi, atau pengasuh beliau sering bercerita tentang moral; hubungan antara manusia dengan manusia yang lain. Drama-drama dan filem-filem yang telah ditayangkan pada ketika itu sering dijadikan contoh serta rujukan semasa bercerita. Pendek kata, usaha-usaha menerbitkan drama dan filem yang boleh memberi teladan, haruslah disampakan dengan jelas supaya mudah difahami dan diikuti penonton, dan seterusnya membentuk generasi yang lebih berdisiplin, beradab dan menghormati orang lain. Siapa lagi yang berupaya memanfaatkan teknik visual, audio dan video untuk manusia sepenuhnya bagi mempelajari tentang adab dan hormat-menghormati jika bukan karyawan. Kemunculan filem-filem dan drama-drama yang menekankan pembentukan akhlak dan padat dengan pengajaran perlu dipergiatkan lagi.

Hindarkan penggunaan-penggunaan dialog kasar, kesat dan biadab; hindarkan penayangan perilaku-perilaku biadab terutamanya untuk watak-watak hero dan heroin sepenuhnya di dalam filem-filem supaya tidak menjadi ikutan anak-anak muda pada kemudian hari.

KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2009

  1. Lakon Layar Terbaik : Fariza Azlina Isahak ( KAMI THE MOVIE )
  2. Lakon TV Terbaik : Erma Fatima ( Tersasar di Jalan Mu )
  3. Videografi Terbaik : Tersasar di Jalan Mu
  4. Laporan Khas Berita Terbaik : Buletin Utama "Air Najis"
  5. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik : Majalah 3, Gaza. Episod I & II
  6. Rancangan Hiburan Terbaik : Kemuncak Sehati Berdansa II
  7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Ida Nerina ( Wayang )
  8. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Zul Huzaimy ( Wayang )
  9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Norish Ismail
  10. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama : Ahmad Tamimi Siregar
  11. Drama Komedi Terbaik : Datin WanAbe
  12. Rancangan Realiti Terbaik : Gadis Melayu, Episod Akhir
  13. Rancangan Bual Bicara Terbaik : AC Disini
  14. Rancangan Musikal Terbaik : Anugerah Juara Lagu 23
  15. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem 2009 : Liyana Jasmay
  16. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem 2009 : Eman Manan
  17. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama 2009 : Rosnah Mat Aris
  18. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama 2009 : Que Haidar
  19. Anugerah Pengarah Terbaik Filem : Dr. Hatta Azad Khan ( Wayang)
  20. Anugerah Pengarah Terbaik Drama : Erma Fatima ( Tersasar di Jalan Mu )
  21. Anugerah Yasmin Ahmad : Jaclyn Victor
  22. Drama Rantaian Terbaik : Kekasihku Seru
  23. Filem Terbaik : Wayang
  24. Drama Terbaik : Erma Fatima ( Tersasar di Jalan Mu )