Dimensi Manusia Dan Dot Dot Dot
Pertama sekali, istilah 'dot dot dot' mula popular selepas cerita lakonan Sofea Jane, iaitu "Perempuan, Isteri dan Jalang" diubah kepada "Perempuan, Isteri dan ..." selepas menerima teguran dan kritikan daripada pelbagai pihak sehingga mendapat tempat di arus media.
Kali ini aku bukan mahu bercerita tentang filem. Kali ini aku bukan mahu bercerita tentang drama, tentang blog atau tentang ikan pelaga atau Swordtail. Kali ini aku masih lagi dengan cerita tentang mimpi. Tentang mimpi yang mati.
Setelah peristiwa pencerobohan tempoh hari, aku gagal untuk masuk ke dunia itu lagi. Mata pedang yang berkilauan adalah imej terakhir yang dapat aku lihat pada saat terakhir sebelum aku kembali ke dunia ini. Namun aku masih tidak berputus asa, kerana aku percaya, aku masih boleh kembali semula ke dunia itu.
Sesuatu sedang berlaku di sana. Pergolakan. Pertumpahan darah. Pelarian. The Elven. Elvish atau bahasa Quenya adalah bahasa yang digunakan oleh bangsa ini.
Kerana itu aku harus kembali ke suatu tempat yang jauh dari sini. Dengan pengangkutan udara. Mencari sesuatu yang hilang, fakta dan sejarah di sebuah tempat yang jauh di Numen pada bulan Ringare, ketika Yenearsira mula menyebar sejuknya.
Amin autien rath.Quel kaima, Tenna' tul're (san')
Aku mahu kembali ke katil.
Tidur dengan lena, sehingga hari esok.
|